Posts

Showing posts from November, 2016

MAYAT WANITA HANYA BERSELUAR DALAM DAN COLI DI TEMUI DI PARKCITY BINTULU

Image
Mayat seorang wanita yang hanya memakai coli dan seluar dalam ditemui di dalam bilik sewanya di Parkcity, Bintulu lebih kurang jam 7 pagi tadi.  Difahamkan, rakan mangsa yang tiba ke bilik berkenaan menemui mangsa terbaring di lantai sebelum menghubungi pihak polis.  Susulan itu, polis telah menahan teman lelaki mangsa yang berusia 31 tahun untuk membantu siasatan.

JANGAN JADI ZOMBIE KEPADA SERANGAN BERITA PALSU (FAKE NEWS) RBA DAN PAKATUN MENJELANG PRU14 TELAH BERMULA

Image
DAP telah pun memberi amaran. Bersiap sedia lah. Seperti dijangka RBA dan PakaTun akan melakukan propaganda dengan menyebarkan propaganda palsu dan pembohongan menjelang pilihanraya umum akan datang. Satu contoh adalah semasa PRU-13 pada tahun 2013 apabila ramai rakyat Malaysia benar-benar yakin dengan propaganda palsu 40,000 pengundi hantu warga Bangladesh dan 'Blackout'. Akhirnya dibuktikan tidak benar oleh BERSIH dan DAP sendiri sebulan kemudian selepas perhimpunan Blackout505 yang hambar, dan mengeluarkan laporan bahawa tidak ada perkara tersebut berlaku dan tidak ada bukti. Walaupun begitu, ramai rakyat Malaysia masih percaya propaganda ini tetapi tidak boleh menjawab mengapa pembangkang tidak berjaya untuk menangkap walau seorang pun pengundi hantu Bangladesh daripada 40,000 itu dan tidak dapat menjawab apabila tanya di mana lokasi blackout yang sebenar berlaku. Mereka menuduh bekas MB Selangor Khalid Ibrahim adalah yang paling korup dan dengan itu ditukat - akhirnya  Pak

NAJIB KESAL USAHA BAWA PELABUR MASUK DIANGGAP GADAI NEGARA

Image
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kesal dengan tindakan segelintir pihak yang sering kali mencari pelbagai alasan untuk mengecam beliau termasuk usahanya mencari pelaburan asing. Najib, yang juga Presiden UMNO berkata, usaha beliau untuk meningkatkan ekonomi negara dengan membawa pelabur asing ke Malaysia turut dikecam dan dilabel sebagai cuba menggadai negara. "Kalau kita tak bawa masuk pelaburan dia kata kita gagal, tapi kalau kita bawa masuk pelaburan dia kata kita menggadaikan negara. Ini mainan politik. "Bila masa bawa masuk pelaburan jadi soal kedaulatan? Selama ini tak timbul apa? Apa beza pelaburan dari Jepun, Amerika Syarikat, Eropah dan dari China?" katanya pada program Soal Jawab Khas sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016. Rancangan yang bersiaran selama sejam itu diperantarakan oleh Hamdan Ahmir dan disertai Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah dan pengacara RTM, Sayed Munawar Sayed Mohd. Mustar. Najib yang juga Menteri Kewangan turut memb

HUBUNGAN TEGANG UMNO DAN PAS SEMAKIN KENDUR - NAJIB

Image
Hubungan tegang antara UMNO dan Pas yang berlaku suatu ketika dahulu, kini semakin kendur termasuk di peringkat akar umbi, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata, ini berikutan Pas pada masa ini lebih terbuka dan komited bekerjasama dalam memperjuangkan perkara khususnya yang melibatkan kepentingan ummah di negara ini. "Begitu juga UMNO, UMNO pun bersikap sedemikian dalam banyak hal bila melibatkan soal ummah, soal masa depan negara. "Ada bab-bab di mana kita memang mempunyai pendapat yang sama tetapi kita belumlah macam tahun 1974 dalam bentuk satu kerajaan campuran dan sebagainya," katanya sewaktu Program Soal Jawab Khas bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2016, di sini, malam tadi. Najib menegaskan, UMNO dan Pas berjuang menerusi wadah parti masing-masing. "Kita bergerak dalam kumpulan, kelompok masing-masing, dalam parti masing-masing. Ada masa kita berbeza pendapat, ada masa kita tak sama pendirian tetapi ada kala juga kita boleh

MAHATHIR PEMIMPIN ‘SUPER EGO’ – NAJIB

Image
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Mahathir Mohamad sebagai seorang pemimpin yang mempunyai 'super ego' yang besar. "Kalau dia bertarung dia mesti nak menang, cuba nak menang. Sekarang dia tak berjaya dia akan lebih agresif dengan kata-kata dan sebagainya," katanya pada program Soal Jawab Khas sempena Perhimpunan Agung Umno 2016. Rancangan yang disiarkan kira-kira sejam itu diperantarakan oleh Hamdan Ahmir dan disertai Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah dan pengacara RTM, Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar. Najib yang juga Presiden Umno berkata, usaha Mahathir menjatuhkan beliau menerusi Deklarasi Mahathir juga tidak berhasil kerana ia tidak sah di sisi undang-undang dan Perlembagaan sehingga ditolak oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja, bulan lalu. Sehubungan itu, Najib berkata, Mahathir tidak mempunyai pilihan selain daripada menyerangnya kerana beranggapan untuk menumbangkan Umno, presiden parti perlu ditumbangkan terlebih dahulu. Waktu M

DAKWAAN MALAYSIA BANKRAP SEKADAR SERANGAN POLITIK - NAJIB

Image
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan dakwaan kononnya Malaysia akan bankrap dan sebuah kerajaan yang gagal hanyalah sebagai serangan politik kerana ia tidak disokong fakta dan kenyataan yang sahih.  Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membidas tanggapan sedemikian berkata, dakwaan oleh sekumpulan kecil itu dilihat lebih bermotifkan politik. Katanya, rakyat perlu lebih bijak menilai dengan menganalisis fakta dan kenyataan yang datangnya dari pihak yang tidak berkepentingan seperti agensi penarafan, Bank Dunia dan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF). "Inilah yang perlu kita jelaskan kepada rakyat bahawa mereka tidak boleh percaya apa yang tidak disokong dengan kenyataan dan fakta...kenyataan dan fakta ini mestilah datang daripada pihak yang tiada kepentingan. "Ulasan mereka (pihak yang tiada kepentingan), analisis mereka itu adalah sebenarnya lebih tepat daripada apa sahaja yang didakwa oleh mana-mana pihak yang bermotifkan politik," katanya pada pro

"PERBEZAAN ANTARA MAHATHIR DAN SAYA..."

Image
EKSKLUSIF Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, perbezaan di antaranya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad ialah beliau mempunyai hubungan secara langsung dengan kepimpinan Umno bahagian. "Itulah yang membezakan saya dengan Tun Dr Mahathir," katanya sambil menambah, "Dr Mahathir bergerak secara basisnya menerusi menteri-menteri besar dan ketua menteri yang merupakan ketua-ketua badan perhubungan Umno negeri yang kemudiannya mempunyai pengaruh ke atas ketua-ketua bahagian." "Sebaik sahaja seorang menteri besar itu tidak lagi berkuasa, beliau (Dr Mahathir) tidak mempunyai hubungan dengan ketua-ketua bahagian ini lagi malah beliau tidak mengenali sebahagian besar daripada kepimpinan bahagian. Anda akan terkejut jika saya katanya nama-nama ketua bahagian pun beliau tidak tahu..," kata Najib dalam temuramah khas dengan Kumpulan Media Star di Seri Perdana, pada Sabtu. Najib menjelaskan demikian ketika ditanya, bagaimanakah beliau berhadapan dengan cabaran dan tekana

PEMIMPIN DAP SARAWAK DIPANGGIL POLIS, MUNGKIN DIDAKWA MENGHASUT

Image
KUCHING: Tujuh pemimpin DAP, termasuk 3 wakil rakyat dipanggil untuk dirakamkan kenyataan mereka mengenai bantahan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada pagi Rabu. Pada hari itu, kira-kira 30 orang berkumpul di luar bangunan DUN Sarawak bagi membantah penggantungan pemimpin DAP negeri Chong Chieng Jen daripada persidangan dan menuntut lebih ketelusan dalam melaporkan aspek kewangan kerajaan negeri. Tiga wakil rakyat yang diambil keterangan mereka hari ini ialah Adun Pending Violet Yong, Dr Ting Tiong Choon (Pujut) dan David Wong Kee Woan (Pelawan). Yong mengesahkan keterangan mereka diambil oleh pihak polis petang tadi di Simpang Tiga One Stop Centre. Turut dirakam kenyataan adalah Mordi Bimol di Balai Polis Gita. Mordi adalah bekas calon DAP bagi kerusi Tasik Biru pada pilihan raya negeri tahun ini dan kerusi Parlimen Mas Gading pada 2013. Pada petang Rabu lepas, ahli DAP Bong Kuet Vui, Dr Kelvin Yii dan Abdul Aziz Isa dipanggil bagi merakamkan kenyataan mereka Bong adalah pemba

[VIDEO] PASANGAN BIA'DAP GANGGU ANGGOTA MBSA DICEKUP DAN DAKWA

Image
Sepasang lelaki dan wanita yang didakwa mengganggu seorang anggota penguatkuasa wanita Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) kerana mengeluarkan saman, akhirnya ditahan polis selepas video mereka melakukan perbuatan itu tersebar di laman sosial.  Penahanan itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritenden Dr Abdul Aziz Awang Darus pada pagi Jumaat.  "Mereka ditahan dan kes itu dirujuk kepada timbalan pendakwaraya awam untuk tindakan lanjut," katanya.  Difahamkan pasangan itu akan didakwa di Mahkamah Shah Alam mengikut Seksyen 183 Kod Penal kerana mengganggu tugas penjawat awam.  Klip video berdurasi dua minit yang menunjukkan seorang anggota penguatkuasa wanita MBSA didakwa dikasari seorang lelaki dan pasangannya menjadi viral di laman media sosial.  Dalam video itu, pasangan itu dlihat cuba menghalang tugas anggota penguatkuasa wanita itu termasuk menarik pakaian dan mengepungnya.  Berlaku sedikit pergelutan ketika pegawai wanita it

[VIDEO] VIRAL PASANGAN BIA'DAP TARIK BAJU, KEPUNG PENGUATKUASA WANITA MBSA

Image
Biadab, itulah perkataan yang sesuai untuk mengambarkan kelakuan sepasang lelaki dan wanita yang menghalang tugas pegawai penguatkuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) termasuk menarik pakaian dan mengepung pegawai tersebut. Kejadian tersebut dipercayai berlaku berhampiran Restoran Selera Kampung Subang, Sungai Buloh disebabkan pasangan tersebut tidak berpuas hati disaman pegawai penguatkuasa berkenaan. Melalui paparan video berdurasi 2 minit 10 saat, pasangan tersebut dilihat mengepung pegawai penguatkuasa wanita berkenaan, menarik baju, mengambil gambar dan cuba menyentuh tubuh. Kelihatan seorang lelaki dipercayai orang awam cuba meleraikan kejadian itu sambil diperhatikan seorang pegawai penguatkuasaan yang lain. Kredit: anakkenyalang.com

BUANG BAYI DALAM SEMAK DI MIRI

Image
MIRI: Bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui di dalam semak di Jalan Tudan, Lutong di sini, petang tadi. Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui pada 2 petang oleh orang awam yang terdengar tangisan bayi itu. Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Khoo Leng Huat berkata, sepasukan anggota polis ke lokasi selepas menerima panggilan orang awam berhubung kejadian itu. Menurutnya, bayi berkenaan dipercayai baru dilahirkan antara dua hingga empat sebelum dibuang. "Bayi berkenaan kemudiannya dihantar ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi polis bagi membantu siasatan," katanya.

SAYA CABAR AMBIGA UNTUK MELAKUKAN AFIDAVIT UNTUK MENAFIKAN KAITAN BERSIH DAN CIA

Image
SAYA CABAR AMBIGA UNTUK MELAKUKAN AFIDAVIT UNTUK MENAFIKAN BERIKUT: Selepas Perang Dunia II, berhadapan dengan ancaman kepada sekutu Amerika Syarikat dan tanpa apa-apa mekanisme untuk menyalurkan bantuan politik, pembuat dasar AS terpaksa secara rahsia cara, diam-diam menghantar penasihat, peralatan, dan dana untuk menyokong akhbar dan pihak di bawah pengepungan di Eropah. Apabila didedahkan pada lewat tahun 1960-an bahawa American Private Voluntary Organizations (PVOs) telah menerima dana rahsia CIA untuk melancarkan peperangan idea di forum-forum antarabangsa, Pentadbiran Johnson membuat kesimpulan bahawa pembiayaan itu perlu dihentikan, mencadangkan penubuhan  "a public-private mechanism" untuk membiayai aktiviti di luar negara secara terbuka. Dipihak Capitol Hill, Ahli Kongres Dante Fascell (D, FL) memperkenalkan rang undang-undang pada bulan April, 1967 untuk mewujudkan Institut Hal Ehwal Antarabangsa, satu inisiatif yang akan memberi kuasa kepada pembiayaan terang-teran

MARIA CHIN'S SOSMA DETENTION - FACT VS FICTION

Image
Don't be fooled by false propaganda about her arrest which are designed to get sympathy for her.  -------------------------------------- IGP: Maria could have asked for mattress but did not Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar said that Maria Chin Abdullah’s solitary confinement should not have been an issue, while insisting that her detention under Sosma is in line with lockup rules and the Prisons Act 1995 SEPANG, Nov 23 — The police have denied that Maria Chin Abdullah was treated badly under detention such as being denied a mattress, saying that the Bersih 2.0 chair could have asked for one but refused to do so. Inspector-General of Police (IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar also said that her solitary confinement should not have been an issue, while insisting that her detention under the Security Offences (Special Measures) Act 2012 (Sosma) is in line with lockup rules and the Prisons Act 1995. “I deny that we’re treating her badly. Whatever tr

MARIA CHIN DITAHAN DIBAWAH SOSMA: MENGAPA PEGUAM NEGARA DAN KETUA POLIS MEMBISU?

Image
Sangat luar biasa mengapa Maria Chin dikenakan tahanan SOSMA sedangkan semua orang lain yang ditahan sudah keluar. Kemungkinan ia adalah disebabkan oleh siasatan berkaitan dokumen DC Leaks dimana OSF milik Soros 'mendakwa mereka adalah pemacu utama Program di Malaysia, memainkan peranan penting dalam membawa beratus-ratus ribu orang turun untuk berhimpun dalam demonstrasi BERSIH dan OSF bukan hanya sekadar membiayai. Lanjutan dari pendedahan DC Leaks, BERSIH dan Majlis Peguam juga mengaku menerima dana daripada Soros dan juga NDI (di mana dana dari NED adalah terang-terangan daripada CIA). Sejarah Maria juga menarik kerana arwah suaminya menyertai PLO sehingga ke tahap menjadi pengawal peribadi Yasser Arafat. Dan apabila mereka kembali ke tanah air, mereka telah mengasaskan dua gerakan NGO dimana ejen CIA mendiang Philip Agee yang telah mendedahkan sebagaj kerja dalaman CIA. Harus ingat bahawa siasatan PDRM bermula lebih awal dan apabila

50 WANITA DIPERKOSA ASKAR MYANMAR

Image
MAUNGDAW, RAKHINE: Sekurang-kurangnya 50 wanita di dua kampung di sini dirogol tentera Myanmar kelmarin sementara 25 penduduk lelaki ditahan. Kejadian berlaku selepas sekumpulan 200 tentera Myanmar memasuki Kampung Kyar Gaung Taung pagi Ahad lalu. Mereka menggunakan pembesar suara, memanggil penduduk keluar, kononnya untuk menemui mereka. Penduduk lelaki yang bimbang ditangkap melarikan diri. Mereka yang tidak melarikan diri diarah berkumpul di kawasan sawah, bersama penduduk wanita. Di situ, tentera berkenaan mengganggu dan ada yang merogol wanita terbabit, sementara penduduk lelaki dan kanak-kanak didera. "Kira-kira 50 wanita diperkosa oleh tentera itu. Dua puluh lima penduduk lelaki ditahan. Mereka masih ditahan dan tentera belum lagi meninggalkan kampung berkenaan," kata seorang penduduk, semalam. Seorang penduduk, Amir Hussein pula melaporkan, seekor kerbaunya dicuri tentera Myanmar sebelum mereka membakar rumahnya. "Mereka menyembelih ke

MAHATHIR DAHULU LEBIH KEJAM GUNA ISA

Image
Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad semasa zaman pemerintahannya lebih kejam jika dibandingkan semasa era pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang lebih terbuka dan banyak bertolak ansur. Ketua Bahagian UMNO Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata jika demonstrasi diadakan oleh BERSIH semasa era Dr Mahathir sudah pasti mereka semua ditangkap bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan ditahan tanpa bicara. "Tun Dr Mahathir Mohamad perlu sedar akan perbuatan beliau yang dahulunya lebih kejam jika dibandingkan dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak. "Jika dahulu, sesiapa sahaja yang menentang tindakan beliau, tindakan ISA akan dikenakan iaitu tahanan tanpa bicara," kata Ismail dalam satu kenyataan pada Selasa. Ismail mengulas tindakan Dr Mahathir yang menyertai himpunan jalan pada Sabtu lalu dan turut menyertai himpunan malam tadi di Dataran Merdeka bagi membantah penahanan Maria Chin Abdullah. Menurutnya, tindakan Dr Maha

DANA UNIT AMANAH PNB CECAH 210.63 BILION SETAKAT OKTOBER

Image
SIMUNJAN: Dana unit amanah Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah mencecah 210.63 bilion unit setakat 31 Oktober lalu. Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, dana amanah tersebut dimiliki oleh 12.86 juta pemegang unit. "Daripada jumlah itu, 89.5 peratus adalah Bumiputera dan 10.5 peratus bukan Bumiputera. Dalam masa sebulan sahaja kita telah berjaya menjana lebih satu bilion unit dalam edaran," katanya dalam ucapan pada Majlis Perasmian Fiesta Labur PNB di Dewan Mesra Simjunjan, Sabtu. Majlis dirasmikankan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri yang juga Anggota Parlimen Batang Sadong. Abdul Wahid berkata, daripada jumlah keseluruhan unit dalam edaran itu, 11 peratus milik pelabur Sarawak. "Ini menjadikan Sarawak berada di kedudukan yang ketiga. Ini adalah suatu pencapaian yang dapat dibanggakan, saya yakin jumlah penyertaan masyarakat Sarawak dapat dipertingkatkan lagi pada masa akan datang, " katanya. Fiesta

BERSIH 5 SARAWAK: TANPA BAJU MERAH, KEHADIRAN TURUN 60%

Image
Di Sarawak, penganjur bersih berkata 400 hadir bersih 5, berbanding 5,000 pada Bersih 4 tahun lepas. Kejatuhan 92% kehadiran peserta. Jangan salahkan polis kerana mengepung mereka atau salagkan baju Merah atas kejatuhan bilangan yang menyertai perhimpunan di Sarawak. Di Sarawak tak ada baju merah. Ini adalah berkaitan dengan kejatuhan penyertaan perhimpunan sebanyak 60% mengikut anggaran oleh Mkini 100,000 pada bersih 4 dan 40,000 tahun ini. Kalau ikut anggaran sekretariat Bersih sendiri kejatuhan adalah 80%, daripada 500,000 tahun lepas 100,000 tahun ini. ----------------- 'Sarawak Bersih whimper shows wariness of foreign link' KUCHING: A former senator says the low turnout at yesterday's Sarawak Bersih rally showed a lack of trust among Sarawakians of an organisation that might have a foreign agenda. Idris Buang, a Supreme Council member of Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, said Sarawakians had shown political maturity in the face of empty rhetoric by the o

SINGAPURA SECARA TEKNIKAL MENGALAMI KEMELESETAN EKONOMI

Image
Daripada akhbar rasmi Kerajaan Singapura, The Straits Times. Sesuatu yang tidak positif bagi Singapura pada masa ini. Pada Suku Ketiga (Ogos-Sep), Singapura telah mencatatkan negatif 4.1% penguncupan KDNK mereka dari suku ke suku (bermaksud perubahan Suku Kedua dan Ketiga) . Jika Suku Keempat (Okt-Dis) juga negatif, maka Singapura akan secara teknikal mengalami kemelesetan oleh itu Singapura berharap Suku Keempat tidak akan terus negatif. Malangnya, pada Oktober - bulan pertama Suku Keempat, Singapura melaporkan penurunan 12% dalam eksport. Oleh itu kemelesetan secara teknikal iaitu didefinisikan sebagai penurunan KDNK bagi dua suku berturut-turut, ianya seakan berlaku. Brexit, Cukai Amnesty Indonesia (di mana ramai rakyat Indonesia mengeluarkan wang dari Singapura dan membawa pulang ke Indonesia) dan Trump menang bermakna peluang Singapura terjerumus kepada kemelesetan secara teknikal pada suku keempat adalah hampir pasti. 'Technical recession looms'

ADAKAH MAHATHIR, MUHYIDDIN MEMPERKUDAKAN BERSIH?

Image
Jika Mahathir dan Muhyiddin bersetuju dengan perjuangan asal Bersih untuk pilihan raya yang bersih, mengapa mereka berdua tidak memperjuangkannya ketika berada dalam BN? Timmy Say, Free Malaysia Today Perhimpunan November 19 sudah tamat. Melihat Mahathir Mohamad menyertai Bersih 5 umpama melihat serigala berpengalaman Hillary Clinton berkempen melawan Donald Trump yang tidak dapat dihuraikan menggunakan kata-kata. Hillary menyerang Trump dari segala arah, terutamanya kata-kata menghinanya, polisinya, kelakuannya sehingga gaya hidupnya. Di dalam kempen Hillary, Trump digambarkan sejahat-jahatnya, dan masa depan Amerika dipersepsikan akan menjadi neraka jika Trump menjadi presiden Amerika Syarikat. Manakala Trump pula tidak mempunyai banyak senjata terhadap Hillary. Meskipun sedikit, serangannya terhadap Hillary sangat mudah dan terbukti berkesan. "Semua polisi yang kamu cadangkan (jika Hillary menjadi presiden), mengapa kamu tak buat sewaktu 30 tahun k

DOKUMEN SYARIKAT MENDEDAHKAN GEORGE SOROS SECARA TIDAK LANGSUNG MEMPUNYAI 29% KEPENTINGAN SALAM PORTAL BERITA MALAYSIAKINI

Image
View Comments   Pic: Facebook The blogger connected the dots linking MDLF to Soros by pointing out that MDLF was started by Soros and and Handel use to work for Soros before helming MDLF as CEO. Adakah dokumen-dokumen pendaftaran syarikat ini bukti bahawa sebuah portal berita dalam talian tempatan dikawal oleh kerajaan asing? Selepas pendedahan  'DC Leaks' mengaitkan NGO berkaitan George Soros cuba menjadi pencatur dalam politik Malaysia, banyak kumpulan-kumpulan tempatan dan juga pertubuhan-pertubuhan media berita didedahkan telah menerima dana daripada Open Society Foundation (OSF). Hari ini, blogger Lim Sian See berkata bukan sahaja OSF menjadi penyedia dana untuk portal berita tempatan Malaysiakini, dokumen syarikat menunjukkan bahawa George Soros sebenarnya memiliki portal berita melalui individu lain. "Selain daripada memberi pembiayaan kepada MalaysiaKini (seperti yang didedahkan dalam ' DC Leaks' dan diakui oleh Soros malam tadi), Soros