Posts

Showing posts with the label Felda Jengka 12

[VIDEO] Guna cek palsu, bekas pembantu tadbir Felda dipenjara, denda

Image
[VIDEO] Guna cek palsu, bekas pembantu tadbir Felda dipenjara, denda BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162685 KUANTAN -- Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan bekas pembantu tadbir di Felda Jengka 12 Melor di Maran, dipenjarakan selama 115 bulan selepas beliau mengaku bersalah atas 10 pertuduhan menggunakan cek palsu bernilai RM64,734, dua tahun lepas.  Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain juga memerintahkan tertuduh Mohd Azlan Jainal, 36, yang beralamat di Bahau, Negeri Sembilan, menjelaskan denda RM68,500 atau jika gagal, dipenjara selama 29 bulan.  Pada prosiding itu, Ahmad Zamzani menjatuhkan hukuman penjara antara lapan, 10, 12 dan 13 bulan bagi setiap pertuduhan, namun semua hukuman tersebut diarahkan berjalan serentak mulai hari ini. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara 26 Mac 2021 hingga 30 April tahun sama di sebuah bank di Bandar Tun Abdul Razak, Maran, melibatkan nilai antara RM6,436 dan RM7,000.  Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan