Posts

Showing posts with the label Tekan Butang

#PRNJohor: Wan Saiful perlu berhenti jadi ejen pemecah belah

Image
#PRNJohor: Wan Saiful perlu berhenti jadi ejen pemecah belah [Sumber: https://pakdin.my/?p=154251 ] Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Wan Saiful Wan Jan diminta untuk berhenti menyemai benih kebencian dan menjadi ejen pemecah belah antara parti beliau dan UMNO. Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, Wan Saiful disarankan untuk menumpukan tenaga ke arah menjual tawaran parti PPBM sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal diadakan tidak lama lagi. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Wan Saiful bahawa kumpulan yang mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ialah PPBM, bukannya UMNO. “Ini bukan kenyataan pertama beliau menyerang UMNO, tetapi sudah berkali-kali. Kenyataan balas saya beberapa minggu lepas jelas membuktikan sekali lagi, Bersatu sudah mula kurang yakin dengan kemampuan parti sendiri, kenyataan begini hanya dibuat kerana PRN Johor makin dekat. “Pertama, UMNO dan Barisan Nasional (BN) ber