Posts

Showing posts with the label Imam

▶️ Imam masjid New Jersey mati ditembak

Image
▶️ Imam masjid New Jersey mati ditembak https://pakdin.my/174804/ TRENTON, NEW JERSEY – Polis masih mengesan seorang lelaki bersenjata yang menembak seorang imam di luar sebuah masjid dalam kejadian di negeri New Jersey, lapor saluran berita NBC News. Pengarah Keselamatan Awam Newark, Fritz Frage berkata, kes tembakan itu berlaku sekitar pukul 6.15 pagi (waktu tempatan) di South Orange Avenue and Camden Street semalam 3 Januari 2023. Mangsa yang dikenali sebagai Hassan Sharif, kemudian dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal. Dia meninggal dunia akibat kecederaan sekitar pukul 2.20 petang (waktu tempatan) pada hari yang  sama. Suspek yang memakai pakaian serba hitam dilihat melarikan diri dari lokasi kejadian. Tiada butiran lain mengenai suspek ditemui oleh pihak berkuasa.  Pemangku Pendakwa Raya Daerah Essex, Theodore Stephens bagaimanapun memaklumkan bahawa Sharif telah ditembak lebih daripada sekali. “Ketika insiden berat sebelah terhadap orang Islam melonjak, keganasan senjat

Wang Sumbangan Biro Kebajikan UMNO Digunakan Baik Pulih Masjid Al-Aqsa

Image
Wang Sumbangan Biro Kebajikan UMNO Digunakan Baik Pulih Masjid Al-Aqsa Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158259 ... Imam merangkap Pengarah Masjid Al-Aqsa, Sheikh Omar Fahmi Awadallah Al Kiswani memaklumkan wang sumbangan Biro Kebajikan UMNO sebanyak USD200,000 telah digunakan untuk baik pulih infrastrukur dan kawasan masjid berkenaan. Perkara itu dimaklumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika beliau melakukan panggilan video bersama Sheikh Omar, semalam. “Sheikh Omar juga mengambil kesempatan untuk menyatakan penghargaan beliau yang tidak terhingga kepada keprihatan rakyat Malaysia khususnya UMNO terhadap nasib yang sering menimpa umat Islam di sana dan ke atas Masjid Al-Aqsa itu sendiri. “Beliau mengingatkan kembali sumbangan Biro Kebajikan UMNO sebanyak USD200,000 kepada pihak Masjid Al-Aqsa pada tahun lepas yang telah mereka gunakan sepenuhnya untuk membaik pulih dan menambah fasiliti di kawasan masjid. “Sheikh Omar juga mengambil kesempatan di atas panggilan