Posts

Showing posts with the label Tukang Cuci

Cabul kaum sejenis: Tukang cuci wanita dijel empat tahun, denda RM3,000

Image
Cabul kaum sejenis: Tukang cuci wanita dijel empat tahun, denda RM3,000 https://huluselangor.com/?p=174774 HULU SELANGOR – Nasib seorang tukang cuci wanita yang mencabul kaum sejenisnya di sebuah tandas berakhir di tirai besi selepas dipenjara empat tahun dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini hari ini. Mahkamah memutuskan demikian selepas tertuduh yang dikenali sebagai Ita yang merupakan warga Indonesia menukar pengakuan kepada bersalah pada 15 Ogos lalu. Berdasarkan alasan penghakiman mahkamah yang dikeluarkan pada 26 Disember lalu, Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak sebagai Majistret berkata, fakta kes menunjukkan tertuduh mencabul kehormatan dengan menyentuh alat sulit mangsa berusia 29 tahun. Menurut mahkamah, perbuatan tersebut bukan sahaja mengaibkan, malah mendatangkan trauma kepada mangsa. “Mahkamah mengambil kira perbuatan ini adalah jenayah serius yang menjatuhkan maruah mangsa. “Mahkamah menimbangkan faktor rayuan, hujahan pihak pendakwaan,