Posts

Showing posts with the label Ahmad Maslan

Hutang 1MDB hampir selesai

Image
Hutang 1MDB hampir selesai BACA seterusnya di: https://pakdin.my/174612/ Jangan gunakan lagi alasan hutang 1MDB membebankan dan belum selesai. Setakat 30 Sept 2023, baki hutang 1MDB ialah RM5.15 bilion. Tapi baki dalam akaun amanah 1MDB pula ialah RM9.85 bilion. Masih menunggu lagi bayaran RM4.65 bilion dari penyelesaian IPIC. Maksudnya akan ada RM14.5 bilion dalam akaun amanah untuk menyelesaikan baki hutang RM5.15 bilion. Adakah RM14.5 bilion tidak boleh selesai keseluruhan hutang RM5.15 bilion? Ini jawapan dalam Dewan Rakyat oleh Timbalan Menteri Kewangan ketika itu, ya! Selain itu, 1MDB masih ada asset-asset yang sangat bernilai seperti projek Bandar Malaysia dengan GDV RM140 bilion, projek TRX bernilai RM40 bilion dan tanah Pulau Pinang yang sekurang-kurangnya bernilai RM2 bilion Belum ambill kira lagi berapa puluh bilion Ringgit yang telah diselamatkan bagi Petronas serta TNB hasil dari peranan 1MDB untuk menyelesaikan perjanjian-perjanjian berat sebelah IPP zaman Mahathir.

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Image
6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan BACA di: https://pakdin.my/174044/ Sebanyak 6.5 juta jumlah permohonan eMADANI diluluskan setakat ini. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata ia membabitkan agihan dana berjumlah RM650 juta daripada RM1 bilion peruntukan keseluruhan. "Jumlah pendaftaran yang masih dalam proses 1.8 juta permohonan yang mengambil masa perjanjian kita dalam laman sesawang, satu ke lima hari dan saya ingin menyatakan, kepada mereka yang menghadapi masalah, rasakan diri mereka layak tetapi tak dapat, boleh menghubungi untuk merayu di talian hotline 8882 4565. Bercakap kepada pemberita selepas melakukan tinjauan eMADANI, di sini, Ahmad berkata sebagai alternatif, pemohon yang layak namun tidak berjaya, boleh mengemukakan rayuan menerusi emel emadani@treasury.gov.my. Sementara itu, Ahmad berkata penggunaan kredit eMADANI hanya dibenarkan untuk transaksi secara fizikal. Beliau berkata, ia bertujuan menyokong usahawan mikro, ke

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Image
[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 UMNO akan memutuskan tarikh pemilihan parti, termasuk bagi jawatan tertingginya pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, esok 27 Januari 2023. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata ia membabitkan pemilihan parti di peringkat cawangan, selain peringkat bahagian, yang dijangka diadakan serentak di 191 bahagian seluruh negara, termasuk untuk memilih pucuk pimpinan tertingginya. "Mesyuarat esok kita akan memutuskan mengenai tarikh pemilihan yang kita kena buat sebelum 19 Mei depan. Sebab dalam perlembagaan UMNO, pemilihan hendaklah dibuat dalam tempoh enam bulan selepas pembuangan undi pilihan raya (peringkat) Dewan Rakyat. "Mesyuarat MKT esok malam adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media

[VIDEO] Pemilihan UMNO perlu dibuat sebelum 19 Mei ini – Ahmad Maslan

Image
[VIDEO] Pemilihan UMNO perlu dibuat sebelum 19 Mei ini – Ahmad Maslan BACA seterusnya di https://pakdin.my/161730/?amp=1 Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan UMNO perlu membuat pemilihan di semua peringkat jawatan tertinggi sebelum 19 Mei depan. Jelas Setiausaha Agung UMNO itu, ia ekoran permohonan parti itu untuk menangguhkan pemilihan selama enam bulan selepas Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) baru-baru ini. “Pemilihan parti UMNO di semua peringkat iaitu cawangan dan bahagian serta Majlis Kerja Tertinggi termasuk Exco Wanita, Pemuda dan Puteri hendaklah diadakan sebelum 19 Mei. “Ini kerana pada 9 November tahun lalu, PRU15 diadakan, tempoh dalam enam bulan itu adalah apabila tarikh PRU15. “Jadi campur enam bulan bermakna sebelum 19 Mei depan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU2022) hari ini. Jelas Ahmad lagi, PAU2022 kali juga tidak akan memuktamadkan tarikh bagi pemilihan kerana UMNO mempunyai tempoh beberapa minggu lagi untuk

[VIDEO] MKT UMNO mahu Parlimen bubar dalam masa terdekat, PRU15 tahun ini

Image
[VIDEO] MKT UMNO mahu Parlimen bubar dalam masa terdekat, PRU15 tahun ini BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160855/ MESYUARAT Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada malam Jumaat mencapai ketetapan untuk Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehlan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini. Menurut Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, berdasarkan keputusan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertua Agong selaras Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan. Keputusan yang dibuat oleh MKT itu, katanya, konsisten dengan pendirian parti sejak awal untuk mengembalikan mandat kepada rakyat Malaysia selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada Februari 2020. Ahmad berkata seluruh jentera parti telah diarah untuk memuktamadkan semua persiapan pilihan raya. Tambahnya, hanya dengan mengembalikan hak rakyat bagi membolehkan mandat sebenar diperolehi sahaja kerajaan yang stabil boleh dibentuk un

Cukup-cukuplah Tun Mahathir

Image
Cukup-cukuplah Tun Mahathir Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158478   1. Rakyat Malaysia sudah mula muak dengan perangai Tun Mahathir. Beliau kurang relevan kepada politik negara dan zaman beliau sudah semakin berlalu. Saya beri 3 sebab utama kenapa beliau kurang relevan. 2. Pertama, ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, dasar pro-Melayu/Bumiputera yang beliau lakukan kurang berjaya. Malah beliau sentiasa menyindir dan memperkecilkan orang Melayu dengan panggilan malas dan mudah lupa. 3. Beliau tidak mengutamakan dasar-dasar pro-rakyat seperti BR1M, Klinik 1Malaysia, Kedai 1Malaysia, kad siswa, Teksi 1Malaysia subsidi bantuan kepada penoreh getah, nelayan dan lain-lain kerana ianya dianggap membazir dan memanjakan orang Melayu. 4. Kongres Maruah Melayu yang dianjur tidak lebih sekadar hangat-hangat tahi ayam. Tiada tawaran konkrit kepada orang Melayu yang diberikan. 5. Jika ada pun, Dasar Kemakmuran Bersama yang dipelopori Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), tidak membuahka

Perhimpunan Agung UMNO Khas 14 Mei, pinda perlembagaan tempoh pemilihan parti

Image
Perhimpunan Agung UMNO Khas 14 Mei, pinda perlembagaan tempoh pemilihan parti SUMBER:  https://pakdin.my/158163 .. Perhimpunan Agung UMNO Khas akan diadakan pada 14 Mei 2022 (Sabtu) bagi melakukan pindaan Perlembagaan UMNO mengenai tempoh pemilihan parti, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan. Beliau memaklumkan bahawa pelaksanaan persidangan terbabit dibuat sebagaimana keputusan sebulat suara usul Perhimpunan Agung UMNO 2021. “Bagi melaksanakan keputusan sebulat suara usul Perhimpunan Agung UMNO 2021 lalu, satu Perhimpunan Agung UMNO Khas akan diadakan pada 14 Mei 2022 (Sabtu) bagi melakukan pindaan Perlembagaan UMNO mengenai tempoh pemilihan parti. “Pada hari yang sama juga akan diadakan Sambutan Hari UMNO dan Jamuan Hari Raya Aidilfiti,” katanya menerusi kenyataan media berkaitan keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO hari ini. Terdahulu, MKT UMNO telah bermesyuarat dengan dipengerusikan presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di Ibu Pejabat part

#PRNJohor: Ugut PM, Bawa Faedah Kepada PPBM Atau Rakyat? – Ahmad Maslan

Image
#PRNJohor: Ugut PM, Bawa Faedah Kepada PPBM Atau Rakyat? – Ahmad Maslan [Sumber: https://pakdin.my/?p=154279] TEBRAU – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyelar kenyataan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Wan Saiful Wan Jan yang mengatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah dilakukan secara bersyarat. Katanya, ini kerana langkah tersebut tidak memberi sebarang keuntungan kepada rakyat melainkan ianya bersifat ugutan yang dilihat hanya mempertahankan parti mereka sahaja. “Rakyat tak tahu apa syarat yang mereka sebut ini, saya juga tidak tahu… jadi saya ingin bertanya kepada Wan Saiful apa dia sokongan bersyarat itu? “Tolong nyatakan apakah ia ancaman atau ugutan kepada Perdana Menteri dan juga kerajaan yang ada sekarang ini. “Mereka ini mungkin ada kepentingan untuk menjadi menteri-menteri dalam kerajaan Keluarga Malaysia, bukan begitu? Mereka ada kepentingan untuk meneruskan jawatan-jawatan mereka, begitu juga Pas d

MKT tetapkan PAU 2021 pada 16 Mac depan

Image
  MKT tetapkan PAU 2021 pada 16 Mac depan [LINK:  https://pakdin.my/?p=153394 ] UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agung 2021 dari 16 hingga 19 Mac depan. Perkara itu ditetapkan pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) bulanan yang dijalankan malam tadi. Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kesemua 14 orang perwakilan setiap bahagian akan dijemput untuk menghadiri perhimpunan itu secara bersemuka dan tidak diadakan secara hibrid. “Kesemua lima orang perwakilan bagi setiap sayap juga akan menghadiri perhimpunan agung masing-masing pada kali ini. “Walaupun demikian, prosedur operasi standard (SOP) tetap akan dipenuhi daripada segi penjarakan, pelitup muka, penggunaan aplikasi Mysejahtera, sanitasi dan lain-lain,” katanya menerusi kenyataan media. Pada Disember lalu, Ahmad Maslan memaklumkan PAU 2021 yang sepatutnya berlangsung pada 13 sehingga 15 Januari ini ditangguhkan. Penangguhan tersebut merupakan susulan bencana banjir yang berlaku di banyak kawasan dan pimpinan U