Posts

Showing posts with the label Pecat

UMNO ambil keputusan pecat Isham Jalil

Image
UMNO ambil keputusan pecat Isham Jalil BACA seterusnya di: https://pakdin.my/174066 Seorang Ahli Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memberitahu media bahawa parti itu mengambil keputusan untuk memecat Ishal Jalil. Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat MKT yang diadakan di Menara Dato’ Onn, malam ini. “Dia (Isham Jalil) dipecat,” kata ahli MKT yang turun di pekarangan lobi Menara Dato’ Onn. Beliau bagaimanapun enggan namanya disebut media. Dalam pada itu, ahli MKT berkenaan berkata, Isham dipecat kerana membuat pelbagai kesalahan terhadap parti. “Kesalahan dia banyak, dia suruh presiden dipecat dan letakkan jawatan. Dia kata UMNO barua dia, dia tak ikut keputusan parti, dia ajak Presiden berdebat secara terbuka. “Dan ini, saya rasa (mesyuarat) yang keempat dia tidak hadirkan diri,” katanya. Awal hari ini, Isham dalam satu kenyataan menyifatkan kekalahan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman berpunca daripada pemimpin parti itu yang didakwa terlalu mempertahan

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Image
[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian parti tersebut. Keputusan tersebut dibuat selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung di Menara Dato’ Onn. Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, turut dipecat ialah lima orang ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang, sembilan orang ahli UMNO Bahagian Putrajaya, dua orang ahli UMNO Bahagian Tanjung Karang dan 26 orang ahli UMNO dari negeri Pahang. “Dalam pada itu, ahli UMNO yang digantung hak-haknya dalam parti selama enam tahun ialah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Maulizan Bujang, Datuk Seri Mohd Salim Sharif dan Shahril Sufian Hamdan. “Antara kesalahan mereka ialah menjadi calon bebas, calon parti selain Barisan Nasional dan terlibat membantu parti lawan ketika PRU15,” katanya melalui satu kenyataan seben