Posts

Showing posts from November, 2022

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Image
[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161121/ Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre (KLCCC) melaporkan, keadaan lalu lintas turut terjejas dan pengguna jalan raya juga berdepan kesesakan akibat banjir tersebut. “Kawasan yang terlibat adalah di Jalan Klang Lama, Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sg Besi dan Jalan Tun Razak. “Seterusnya, di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban, Lebuhraya Mahameru dan juga Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2),” kata KLCCC. https://youtu.be/b0GJBjniqqg

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Image
[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan BACA seterusnya di https://pakdin.my/161117/ Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan akhir Farid Kamil, 41, selaku perayu bagi mengetepikan hukuman penjara sembilan bulan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 2019. Bagaimanapun, Hakim Kamaludin mengekalkan dua tahun pengawasan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) terhadap pelakon itu dan memerintahkannya dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda. Pelakon filem Remp-It 2 itu membayar denda berkenaan. Kamaludin dalam keputusan sebulat suara berkata mahkamah bersetuju dengan peguam perayu bahawa Mahkamah Majistret tidak konsisten dalam membuat pertimbangan ketika menjatuhkan hukuman terhadap Farid Ka

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

Image
[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161113/ AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi penentu di Stadium Antarabangsa Khalifa sebentar tadi. Sebelum perlawanan, tekanan seakan lebih condong kepada Lions of Teranga yang bawa misi wajib menang namun pengendali Senegal, Aliou Cisse yang dikatakan mirip penyanyi rap terkenal, Snoop Dogg nyata memiliki strategi lebih baik untuk menghadirkan kejayaan. Walaupun sekadar memerlukan satu mata untuk mengulangi pencapaian 2006 layak ke peringkat kalah mati, Ecuador jelas tidak bernasib baik sekaligus keputusan itu menghadirkan pengubat duka buat bintang sensasi Senegal, Sadio Mane yang tidak dapat sertai pasukan ke Qatar ekoran kecederaan. Selain itu, kemenangan tipis ini melengkapkan penampilan ke-50 paling sempurna buat Ismaila Sarr yang turut menyumbangkan satu g

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

Image
[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana  BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161109/ DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022 sebagai juara peringkat kumpulan. Kemenangan skuad The Oranje di Stadium Al Bayt sekali gus menambah derita buat Qatar apabila pasukan kendalian Felix Sanchez itu tewas dalam tiga perlawanan dalam aksi Kumpulan A sekali gus menutup Piala Dunia sebagai pasukan tercorot. Pada saingan tersebut, Qatar yang dilihat terdesak untuk mencari kemenangan pertama dalam kempen Piala Dunia, masih gagal mempersembahkan permainan terbaik mereka pada perlawanan terakhir itu. Mana tidaknya, kekalahan itu menyebabkan Qatar menjadi pasukan pertama ‘ditendang’ keluar sejurus tewas 0-2 di tangan Ecuador sebelum tumbang 1-3 di tangan Senegal. Lebih malang mereka gagal untuk meraih kemenangan terakhi

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Image
Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat BACA seterusnya di https://pakdin.my/161105/ Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel. Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, siasatan dilakukan selepas menerima laporan polis berkenaan tuduhan itu. “Siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman. “Kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 504, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini. Terdahulu, Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, Anwar Ibrahim sudah mengarahkan pihak polis mengambil tindakan terhadap pihak yang mengaitkannya sebagai ejen Israel. Namun begitu, dia tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai laporan polis

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

Image
[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali BACA seterusnya  https://pakdin.my/161101/ SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 4.36 petang. Sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikerahkan ke lokasi kejadian. BACA juga:  Arkib: Kepala Air - https://pakdin.my/tag/kepala-air/ Kepala air: 11 mangsa termasuk bayi terkandas di Sungai Pinang, Batang Kali - https://pakdin.my/151438/ Beliau berkata, laporan awal mendapati mangsa merupakan sebuah keluarga yang terdiri daripada empat kanak-kanak lelaki, dua kanak-kanak perempuan, dua lelaki dewasa dan dua wanita dewasa. https://www.instagram.com/p/ClgxwLJD2d-/ “Kesemua mangsa berjaya diselamatkan pada pukul 8.21 malam ini,” katanya dalam satu kenyat

[Video] #PialaDunia: Jerman masih 'bernyawa'

Image
[Video] #PialaDunia: Jerman masih 'bernyawa' BACA seterusnya di  https://pakdin.my/161092/ SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan seri 1-1 dengan Sepanyol, awal pagi tadi. Harapan Jerman untuk mara ke pusingan 16 mengalami tamparan mengejut apabila tewas kepada Jepun dalam perlawanan pertama. Namun, Costa Rica bertindak balas kepada kekalahan 0-7 di tangan Sepanyol dengan menundukkan Jepun 1--0 untuk tiket ke peringkat kalah mati ditentukan dalam perlawanan terakhir Kumpulan E. Dalam pertembungan getir di antara dua nama besar Kumpulan E di Stadium Al Bayt itu, Alvaro Morata meletakkan Sepanyol di hadapan sebelum pemain simpanan Jerman, Niclas Fullkrug, mengikat kedudukan bagi memastikan mata pertama pasukannya. Untuk mara, pasukan kendalian Hansi Flick itu perlu menewaskan Costa Rica dalam perlawanan terakhir kumpulan, awal Jum

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

Image
[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0 BACA seterusnya di  https://pakdin.my/161080/ DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium 2-0 pada aksi kedua Kumpulan F di Stadium Al Thumama sebentar tadi. Selepas cipta sensasi dengan mengikat satu lagi gergasi Eropah, Croatia tanpa jaringan pada aksi pertama, Maghribi kekal yakin dengan mempertaruhkan kesebelasan sama manakala pengendali Belgium, Roberto Martinez melakukan tiga perubahan. Sejarah membuktikan Maghribi hanya mampu mengumpul dua kemenangan di Piala Dunia namun kejayaan ini melengkapkan misi balas dendam The Atlas Lions selepas Belgium tundukkan mereka 1-0 pada perhitungan pertama di pentas ini semasa edisi 1994. Sekalipun peratusan penguasaan permainan lebih berpihak kepada Belgium, anak buah Martinez seakan hilang idea setiap kali mengatur serangan malah bintang sensasinya, Kevin De Bruyne sep

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

Image
[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161074/ DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar tadi. Pada perlawanan di Stadium Ahmed bin Ali itu, skuad Samurai Biru itu gagal meneruskan momentum cemerlang seperti yang dilakukan ketika menewaskan Jerman pada aksi pertama awal minggu ini. Kedua-dua pasukan dilihat bermain dengan berhati-hati dan berdisiplin sepanjang 45 minit pertama tidak ada gerakan yang boleh membuahkan jaringan. Bersambung pada separuh masa kedua, Costa Rica dilihat lebih garang tetapi memerlukan minit ke-81 sebelum dapat memecahkan kebuntuan hasil jaringan Keysher Fuller. Jepun berusaha untuk mencari gol penyamaan dalam mencari satu mata berharga tetapi tidak berjaya dengan kekalahan 0-1 kekal sehingga tamat perlawanan. https://www.instagram.com/tv/Cld544ap6Z0/?utm_source=ig_web_copy_link Keputusan ters

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Image
Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161070/ Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA 2022 Qatar. Jangan risau, kini anda boleh bebas melakukan jenayah itu kerana Ketua pengarah Jabatan Pemasyarakatan telah mengumumkan Piala Dunia akan ditayangkan di penjara Thai. Keputusan itu dibuat untuk membolehkan banduan menonton acara sukan paling popular di dunia di dalam penjara. Walau bagaimanapun, terdapat sejumlah besar sekatan. Pertama sekali, perlawanan hanya akan ditunjukkan sehingga jam 9 malam, jadi kebanyakan perlawanan yang berlaku lebih lewat pada waktu malam tidak akan ditayangkan. Penonton sukan ini juga mesti bersikap tenang dan tidak menjadi liar dengan persembahan tradisional bagi meraikan sambutan, bergaduh atau jeritan marah sekiranya persembahan buruk pasukan yang mereka minati. Tiada pertengkaran

[VIDEO] Suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas

Image
[VIDEO] Suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas BACA seterusnya di https://pakdin.my/161064/ Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di dalam lif yang videonya tular semalam telah diberkas polis. Menakutkan, remaja berkenaan telah mencabul anak guru yang pernah mengajarnya ketika mereka berduaan di dalam lif. Dalam CCTV yang merakam tindakan tindakan dari luar lif mendapati kanak-kanak itu memasuki lif sejurus remaja berkenaan memasukinya dahulu sebelum membuat onar di dalamnya. Memetik laporan Kosmo, polis berjaya menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes cabul membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dalam sebuah lif di sini, Rabu lalu. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, lelaki berkenaan ditahan petang Khamis lalu di sekitar Pasar Kajang. Beliau berkata, suspek akan direman unt

[VIDEO] Bas persiaran terbalik, 1 maut, 46 cedera

Image
  [VIDEO] Bas persiaran terbalik, 1 maut, 46 cedera BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161060/ PHETCHABUN: Sebuah bas persiaran dua tingkat terbalik di Lebuhraya 12 di daerah Nam Nao pada Ahad, membunuh pemandu dan mencederakan kesemua 46 penumpang. Kemalangan berlaku kira-kira jam 3.30 petang antara penanda kilometer 418-419 di Lebuhraya 12 (Lom Sak-Chumphae) di Taman Negara Nam Nao. Pemandu bas sewa khas maut dalam kemalangan itu dan kesemua 46 penumpang cedera. Empat puluh lima dimasukkan ke Hospital Nam Nao dan satu ke Hospital Khon San. Penumpang itu kesemuanya anggota kumpulan wanita dari daerah Wapi Pathum, wilayah Maha Sarakham, dalam lawatan turun padang ke Khao Kho di Phetchabun. Mereka dalam perjalanan pulang ke Maha Sarakham. Polis sedang menyiasat punca kemalangan. - BangkokPost https://www.instagram.com/p/ClTEUuVJuQ2/

Ancam bunuh Agong, lelaki ditahan

Image
Ancam bunuh Agong, lelaki ditahan BACA seterusnya di  https://pakdin.my/161056/ Polis menahan lelaki berusia 30-an yang memuat naik kandungan berunsur ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Lelaki itu yang menggunakan akaun Instagram memuatnaik kandungan itu bersama foto Baginda. Tangkapan layar kandungan itu turut tersebar di media sosial yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemilik akaun berkenaan. Difahamkan, lelaki itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis di Kajang malam tadi. Sementara itu, Ketua Polis Selangor akan mengeluarkan kenyataan selepas selesai proses reman terhadap lelaki berkenaan.

[VIDEO] Bom kereta meletup di Selatan Thai, seorang terbunuh, 28 cedera

Image
[VIDEO] Bom kereta meletup di Selatan Thai, seorang terbunuh, 28 cedera BACA selanjutnya https://pakdin.my/161052 BANGKOK – Seorang mangsa meninggal dunia dan lebih 24 orang cedera di Thailand selepas bom kereta meletup di luar fasiliti polis hari ini, kata seorang gabenor wilayah. Serangan berlaku waktu tengah hari di Narathiwat yang merupakan salah sebuah wilayah paling selatan di Thailand. Konflik tahap rendah membelenggu selatan Thai sejak 2004 yang membunuh lebih 7,000 orang selepas kumpulan-kumpulan pemisah melancarkan penentangan di rantau dengan penduduk majoriti beragama Islam itu kerana menuntut lebih banyak kuasa autonomi. Gabenor Narathiwat, Sanan Pongaksorn berkata, seorang suspek memandu sebuah kereta ke dalam kawasan fasiliti polis sebelum meninggalkan kenderaan itu. Sebutir bom meletup tidak lama kemudian selepas kereta suspek diparkir, katanya sambil menambah, polis sedang memeriksa rakaman sistem televisyen litar tertutup untuk mengenal pasti suspek dan menyiasat moti

[VIDEO] Gempa bumi Cianjur: Sekurang-kurangnya 103 orang maut, kebanyakannya kanak-kanak

Image
[VIDEO] Gempa bumi Cianjur: Sekurang-kurangnya 103 orang maut, kebanyakannya kanak-kanak BACA selanjutnya https://pakdin.my/161047 Kebanyakan mangsa yang maut akibat gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat, dianggap sebagai kanak-kanak. "Kebetulan waktu [gempa] bertepatan dengan [anak-anak] mengaji di madrasah diniyah dan masjid," kata Menteri Koordinator Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Indonesia, Muhadjir Effendy, Selasa (22/11). Demikian disampaikan Muhadjir selepas mengadakan mesyuarat penyelarasan dengan pelbagai pihak berkaitan di Cianjur, Jawa Barat. Mengenai jumlah mangsa yang maut, Muhadjir mengakui "belum pasti". Bagaimanapun, "untuk angka sementara, sekitar 162 orang meninggal dunia," katanya. Sebelum ini, Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil, menyatakan sekurang-kurangnya 162 orang maut dan ratusan lagi cedera. Demikian disampaikan Ridwan Kamil melalui akaun Twitternya pada Selasa (22/11) awal pagi. Namun, dalam keterangan tertulis, Selasa (22/1

#PRU15: Dr Mahathir kalah, hilang wang pertaruhan di Langkawi

Image
#PRU15: Dr Mahathir kalah, hilang wang pertaruhan di Langkawi BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161042 BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hilang wang pertaruhan dan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi. Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu hanya mendapat  4,566 undi, di tempat keempat dalam persaingan lima calon. Langkawi dimenangi calon Perikatan Nasional (PN) Mohd Suhaimi Abdullah dengan majoriti  13,518 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Armishah Siraj yang mendapat 11,945 undi. Dr Mahathir bertanding pilihan raya sejak 1964 dan tidak pernah kalah sehingga pilihan raya terakhirnya pada masa itu pada 1999. Beliau tidak bertanding lagi selepas bersara daripada jawatan perdana menteri pada 2003. Dr Mahathir kembali bertanding pilihan raya pada 2018 ketika memimpin kempen pembangkang menjatuhkan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14. Selain Dr Mahathir, calon Pakatan Harapan Zabidi Yahya dan calon bebas Abd Kadir Sainudin juga hilang deposit.

Syarikat induk Facebook, Meta berhentikan lebih 11,000 pekerja

Image
Syarikat induk Facebook, Meta berhentikan lebih 11,000 pekerja BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161037/ Meta Platforms Inc, syarikat induk Facebook pada Rabu , berkata, syarikat itu akan memberhentikan 13 peratus kakitangannya atau lebih daripada 11,000 pekerja. Pemberhentian beramai-ramai itu berpunca daripada pengurangan mendadak nilai syarikat di tengah-tengah pasaran pengiklanan yang runtuh dan inflasi yang tinggi sejak beberapa dekad. Pemberhentian kakitangan adalah antara "beberapa langkah" untuk "menjadi syarikat yang lebih kecil dan cekap", Xinhua memetik ketua pegawai eksekutif Mark Zuckerberg sebagai berkata dalam mesej kepada pekerjanya. Usaha lain termasuk mengurangkan ruang pejabat, mengurangkan perbelanjaan mengikut budi bicara dan melanjutkan pembekuan pengambilan pekerja ke suku pertama bagi mengurangkan perbelanjaan, menurut mesej yang disiarkan di laman sesawang syarikat itu pada Rabu. Meta yang suatu masa bernilai lebih AS$1 trilion, kini be

#PRU15: Manifesto Temberang GTA ikrar letak Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM bawah Parlimen

Image
#PRU15:  Manifesto Temberang GTA ikrar letak Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM bawah Parlimen BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161031/ Kebodohan dan kepura-puraan dalam janji manifesto ini tidak boleh disangkal lagi. Mahathir berkata jika GTA memenangi PRU15, mereka berjanji untuk meletakkan pelantikan dan pemantauan Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, KPN dan ketua SPRM di bawah kawalan parlimen. Kerana beliau komited untuk membersihkan Malaysia daripada unsur-unsur salah seperti salah guna kuasa, rasuah, penipuan pentadbiran, dan tidak amanah. Dan kerana beliau komited untuk mengukuhkan konsep pengasingan kuasa dan integriti. Oleh kerana dia melantik sendiri AG dia, berulang kali dia melanggar Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dengan melantik hakim tertinggi dia sendiri, melantik penyokong setia dia sendiri sebagai Ketua Polis Negara walaupun pada hakikatnya dia sudah melepasi umur persaraan dan melantik ahli politik aktif daripada kalangan pemimpi pa

Orang ramai sepatutnya berhenti menyumbang dana kepada DAP-PH

Image
Orang ramai sepatutnya berhenti menyumbang dana kepada DAP-PH BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161027/ Mereka terus berbohong kononnya mereka miskin tetapi pengisytiharan aset mereka menunjukkan sebaliknya. Anwar isytihar aset bernilai RM12 juta, Ngeh Koo Ham RM82 juta, Rafizi RM19 juta, Kula RM9 juta, Gobind RM12.4 juta, 80 calon PKR isytihar RM354 juta. Guan Eng tinggal di banglo bernilai RM7 juta. Diantara mereka, salah seorang calon DAP, Yeo Bee Yin, paling mewah. Dia berkahwin dengan salah satu keluarga terkaya di Malaysia. Suaminya dan adik lelakinya sahaja mempunyai aset bernilai AS$4.1b atau RM19.4 bilion - diwarisi daripada bapa mertuanya yang meninggal dunia 3 tahun lalu. Sebagai gambaran tentang betapa kayanya mereka, jika anda meletakkan RM19.4b itu dalam akaun simpanan yang memberikan faedah 6% setahun, faedah HARIAN mereka ialah RM3.2 juta. RM3.2 juta sehari! Yeo boleh dengan mudah meminta suaminya meluangkan hanya dua atau tiga hari pendapatan faedah untuk membiaya

Siasatan SPRM ke atas hakim SRC - Mahkamah Persekutuan tangguh penghakiman

Image
Siasatan SPRM ke atas hakim SRC - Mahkamah Persekutuan tangguh penghakiman BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161023/ Dua bekas Ketua Hakim Negara iaitu Tun Eusoff Chin dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim telah disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah ketika mereka masih berkhidmat. Tiada sebarang peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menghalang hakim yang sedang berkhidmat atau telah bersara daripada disiasat. Mohd Nazlan adalah hakim perbicaraan yang mensabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi tujuh kesalahan rasuah membabitkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd pada 28 Julai 2020. Mahkamah Persekutuan hari ini menangguhkan keputusannya berhubung isu perlembagaan yang dikaitkan dengan siasatan SPRM terhadap hakim Mahkamah Rayuan Mohd Nazlan Mohd Ghazali. Mahkamah tertinggi negara yang dianggotai tujuh hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Ma

Akujanji calon palsu: Setpol Shamsul Anuar lapor polis

Image
Akujanji calon palsu: Setpol Shamsul Anuar lapor polis BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161015 Setiausaha politik kepada Pengarah Komunikasi BN, Shamsul Anuar Nasarah membuat laporan polis berhubung ‘akujanji palsu’ menyokong Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, yang tular ketika ini. Laporan dibuat di Balai Polis Dang Wangi petang tadi. Semalam, Shamsul berkata akujanji calon PRU15 yang mengikrarkan sokongan kepada Zahid termasuk sebagai perdana menteri adalah palsu. Tangkap layar memaparkan dokumen itu menggunakan kepala surat Umno dan tertera namanya. Setiausaha Shamsul, Azizan Md Zain, memberitahu pemberita majikannya tidak pernah menandatangani akujanji sedemikian. Beliau percaya dokumen itu ditularkan untuk memfitnah Shamsul, Zahid, dan Barisan Nasional menjelang PRU15.