Posts

Showing posts with the label Konvoi

🎦 Dua maut lori rempuh enam kenderaan termasuk polis di Putrajaya

Image
  🎦 Dua maut lori rempuh enam kenderaan termasuk polis di Putrajaya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168038 - PUTRAJAYA: Sebuah lori dipercayai telah mengubah laluan dari lorong tengah ke kiri sebelum merempuh 11 buah kenderaan termasuk sebuah motosikal pengiring polis dalam nahas di Kilometer 5.7 Jalan Persiaran Utara di sini pada Rabu. Kejadian kira-kira jam 10.14 pagi itu melibatkan enam kereta, dua lori, tiga motosikal dan sebuah motosikal polis trafik, dengan satu daripada lori terlibat dipercayai melanggar kenderaan yang sedang berhenti dalam barisan di jalan tersebut. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, akibat kemalangan itu dua individu maut di tempat kejadian. "Semakan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian menghala ke Puchong berhampiran susur keluar Persiaran Timur itu mendapati sebuah lori dari arah belakang dipercayai telah mengubah haluan sebelum merempuh beberapa buah kenderaan yang berhenti di lokas

[VIDEO] Tragedi konvoi lima sahabat

Image
[VIDEO] Tragedi konvoi lima sahabat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165129 REMBAU: Konvoi motosikal lima sahabat berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan di Kilometer 222.7 Lebuhraya Utara- Selatan (Plus) arah utara, berhampiran sempadan Alor Gajah - Rembau, di sini, pagi hari ini 21 Mei 2023. Dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, sebanyak lapan kenderaan terbabit dalam kemalangan berkenaan, termasuk tiga kereta. Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, mangsa Muhammad Alif Danial Muhamad Zamri, 22, disahkan maut di lokasi kejadian selepas parah di beberapa bahagian badan. "Siasatan awal mendapati mangsa bersama empat rakan menunggang di lorong kiri dari arah Ayer Keroh, Melaka menghala ke Senawang, Negeri Sembilan. "Sampai di tempat kejadian mangsa dikatakan hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang sisi sebelah kanan sebuah kereta Nissan Almera yang dipandu seorang lelaki beru

[Video] Pemandu wanita punca konvoi kereta mewah berhenti tengah lebuh raya ditahan

Image
[Video] Pemandu wanita punca konvoi kereta mewah berhenti tengah lebuh raya ditahan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157378 - KULAI: Pemandu trak pikap Ford Ranger yang memotong secara 'zig-zag' sehingga berlaku pelanggaran konvoi kereta mewah di Kilometer 34 Lebuh Raya Utara Selatan dekat sini, Jumaat lalu ditahan polis hari ini. "Wanita itu direman tiga hari hingga 23 Mac ini selepas perintah reman daripada Majistret Sharifah Maleeha Syed Hussin. "Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini. Semalam polis percaya tindakan pemandu trak pikap yang memotong secara berbahaya menjadi punca konvoi terbabit memberhentikan kenderaan mereka di tengah jalan Lebuh Raya Utara Selatan dalam kejadian pada 18 Mac lalu. Insiden itu turut tular di media sosial menerusi video berdurasi satu minit 14 saat yang memaparkan beberapa kenderaan mewah berhenti di tengah lebuh raya dan menghalang laluan kenderaan la