Posts

Showing posts with the label Miri

[VIDEO] Rumah Panjang Long Wat musnah terbakar ketika penghuni sedang nyenyak tidur

Image
[VIDEO] Rumah Panjang Long Wat musnah terbakar ketika penghuni sedang nyenyak tidur BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166417 MIRI: 27 keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas blok tengah rumah panjang Long Wat di Apoh Baram musnah dalam kebakaran awal pagi tadi. Maklumat awal yang diperoleh dari Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi mengesahkan pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran pada jam 1.33 pagi 9 Julai 2023. Pihak Bomba kemudiannya bertindak menghubungi pelapor bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kebakaran yang berlaku. "Bagaimanapun pasukan bomba hanya dapat ke lokasi kejadan pada awal pagi kerana perkhidmatan feri beroperasi bermula jam 6 pagi," ujarnya. Dalam pada itu, Balai Polis Long Lama menghubungi Bilik Kawalan BBP Marudi pada jam 5.19 pagi tadi dan memaklumkan hanya blok tengah rumah panjang sahaja yang terbakar dan berjaya dipadamkan oleh penduduk rumah panjang pada jam 2.30 pagi. Dimaklumkan hanya 27 pintu terbakar (blok te

[VIDEO] Dua maut dalam pertembungan dua pikap

Image
[VIDEO] Dua maut dalam pertembungan dua pikap BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161206 MIRI: Dua maut, manakala lima lagi cedera apabila dua pikap dipercayai bertembung di Jalan Pan Borneo Miri-Bintulu berhampiran Rumah Robert, Suai, tengah hari tadi. Pemangku Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Ahmad Nizam Sapaiee berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan terbabit daripada Balai Polis Batu Niah kira-kira jam 12.49 tengah hari.  “Sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah diarahkan ke lokasi kejadian yang jaraknya lebih kurang 38 kilometer dari balai sejurus terima panggilan kecemasan tersebut.  “Setibanya di lokasi didapati berlaku kemalangan melibatkan dua kenderaan pacuan empat roda. "Terdapat dua mangsa dalam satu kenderaan didapati meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan media di sini.  Ahmad Nizam berkata setelah pemeriksaan dilakukan, komander operasi mengarahkan anggota bomba menggun

[VIDEO] Remaja hilang dari rumah ditemui lemas

Image
[VIDEO] Remaja hilang dari rumah ditemui lemas BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160768/ MIRI – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya sejak petang semalam ditemui lemas di Pantai Coco Cabana di sini petang tadi 19 September 2022. Sebelum itu, bapa mangsa menerima maklumat berhubung penemuan barangan milik anaknya, Tan Mei Ling, 15, di kawasan pantai berkenaan pagi tadi. Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak, pihaknya menerima panggilan daripada bapa mangsa pada pukul 7.25 pagi yang memohon bantuan mencari dan menyelamat anaknya di pantai tersebut. “Lelaki itu mendapati barang kepunyaan anaknya seperti beg tangan, telefon bimbit dan sepasang kasut mangsa berada di tepi laut selepas panggilan telefon dijawab oleh orang awam di sekitar kawasan tersebut. “Pada pukul 11.19 pagi, pasukan penyelamat melakukan pencarian di sekitar kawasan persisiran pantai dan mayat mangsa dijumpai terapung kira-kira 100 meter dari Pusat