[VIDEO] Panda gergasi Xing Xing, Liang Liang sambut ulang tahun ke-17
[VIDEO] Panda gergasi Xing Xing, Liang Liang sambut ulang tahun ke-17 BACA seterusnya di: pakdin.my/166988 - Pasangan panda gergasi, Fu Wa dan Feng Yi yang ditempatkan di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) Zoo Negara di sini sejak 2014, menyambut ulang tahun ke-17 hari ini. Ulang tahun kelahiran dua ekor panda gergasi itu disambut dengan kek hari jadi istimewa yang diperbuat daripada buah-buahan seperti epal, tembikai dan anggur yang dihiasi dengan beberapa kuntum bunga. Pasangan panda gergasi itu dipinjamkan kepada Malaysia pada 2014 selama 10 tahun bersempena dengan ulang tahun ke-40 hubungan dua hala antara Malaysia dengan China. Kedua-dua haiwan itu dilahirkan pada 23 Ogos 2006 di Pusat Panda Wolong, Sichuan, China dan tiba di negara ini pada 21 Mei 2014, yang kemudiannya ditempatkan di GPCC yang dibina khas. Setakat ini, pasangan panda gergasi itu yang dinamakan semula sebagai Xing Xing dan Liang Liang, memiliki tiga ekor anak iaitu Nuan Nuan yang dilahirkan pada 18 Ogos 2015,