Posts

Showing posts with the label Cedera

[Video] Penyanyi Radhi OAG didakwa cederakan bekas isteri

Image
[Video] Penyanyi Radhi OAG didakwa cederakan bekas isteri   Seterusnya di:  https://pakdin.my/158254 .... Penyanyi Radhi OAG mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan bekas isterinya dalam satu kejadian di Kota Damansara  di sini, Selasa lalu. Muhammad Radhi Razali, 45, didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Nur Shahira Ayu Zahiri, 28, pukul 2.29 petang, 19 April lalu di parkir sebuah kondominium di Kota Damansara di sini. Penyanyi kumpulan rock alternatif itu tiba di pekarangan mahkamah pukul 8.53 pagi menaiki van polis. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun dan denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali. Majistret Muhammad Iskandar Zainol membenarkan penyanyi itu dibebaskan dengan jaminan  RM2,500 beserta syarat tambahan saksi-saksi tidak diganggu sepanjang perbicaraan. Mahkamah menetapkan 17 Julai ini untuk sebutan kes bagi serahan dokumen. Terdahulu, T