Posts

Showing posts from May, 2023

Hujan membasahi Kaabah selepas subuh

Image
Hujan membasahi Kaabah selepas subuh BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165348 MEKAH – Ratusan ribu jemaah di Masjidilharam bergembira apabila hujan turun membasahi bumi mekah selepas solat subuh pagi tadi. Difahamkan, kali terakhir hujan turun di Tanah Suci ialah pada Februari lalu. Ketika ini cuaca panas melanda Mekah hingga mencecah 40 darjah Celsius. Terdahulu bunyi guruh mula kedengaran berdentum pada awal pagi sebelum azan subuh berkumandang pada pukul 4.12 pagi waktu tempatan. Jemaah Malaysia yang menetap di Hotel Abraj Al-Janadriyah turut teruja dengan hujan tersebut apabila masing-masing mengambil video dan gambar dari lobi hotel serta tingkap bilik masing-masing. Seorang jemaah, Mohd. Anuar Othman, 51, berkata, hujan mula turun renyai-renyai sebelum subuh sekitar pukul 3.20 pagi sebelum lebat selepas subuh. “Ketika itu saya dalam perjalanan pulang ke hotel. Hujan itu sejuk dan ia sangat mendamaikan,” katanya. @ulekmayang.com Jemaah Malaysia yang menetap di Hotel Abraj

Wanita maut dipercayai ditikam bekas tunang

Image
Wanita maut dipercayai ditikam bekas tunang BACA setrusnya di https://pakdin.my/165338 KOTA KINABALU: Seorang wanita maut dipercayai dibunuh oleh bekas tunangnya di sebuah premis dalam pusat beli belah di Jalan Haji Saman, di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah itu, mangsa wanita berusia 22 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai ditemui terlentang di lantai dalam premis berkenaan dengan beberapa kesan tikaman pada tubuhnya. Pada masa sama, suspek berusia 33 tahun yang masih berada di lokasi kejadian berjaya ditahan pasukan polis. Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, sebaik menerima laporan mengenai kejadian itu, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu bergegas ke lokasi kejadian. Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati mangsa masih bernafas dalam keadaan berlumuran darah dan pegawai perubatan segera memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR). VIDEO berkaitan: https:/

[VIDEO] Reman lelaki bunuh, bakar teman wanita hamil disambung lima hari

Image
[VIDEO] Reman lelaki bunuh, bakar teman wanita hamil disambung lima hari BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165326 Reman seorang lelaki disyaki membunuh dan membakar teman wanitanya yang hamil empat bulan di kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar, disambung lima hari hingga Sabtu.  Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Agus Salim Mohd Alias berkata berkata pelanjutan reman suspek berusia 20 tahun itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Selangor hari ini. Katanya setakat ini lebih 20 saksi telah dipanggil untuk dirakam kenyataan bagi membantu siasatan kes bunuh tersebut. Media sebelum ini melaporkan, luka akibat tikaman di dada menjadi punca pelayan restoran itu maut selain dikelar diperut sebelum dibakar teman lelakinya di sekitar kebun kelapa sawit, Jalan Sungai Limau, di sini Isnin lepas. Agus Salim berkata suspek berusia 20 tahun yang merupakan bekas penuntut kolej, telah membawa mangsa menaiki kereta seterusnya bertengkar dengan wanita tersebut sebelum dipukul

Pengurusan matawang ringgit

Image
Pengurusan matawang ringgit BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165311 Ringgit oh Ringgit. Tahun 2015 dan 2017 kita juga pernah berdepan dengan isu nilai Ringgit. Jika kita lihat 2015, pada tahun itu - Nilai Ringgit jatuh lebih kurang 15-18 peratus - Nilai Rupiah Indonesia, Baht Thailand, Dolar Singapura, Peso Filipina juga jatuh sekitar 5-10 peratus Bukan Malaysia sahaja, tetapi serantau dan banyak matawang utama dunia juga terjejas. Antara sebabnya ekonomi US bertambah kukuh dan kadar faedah US pada ketika itu naik buat kali pertama sejak 2006, daripada keadaan ekonomi dengan kadar hampir sifar ditambah pula percetakan mata wang hampir USD3.7 trilion dahulu. Dalam kata mudah lain, ya benar. Ada faktor luar yang menyumbang kepada naik turun nilai Ringgit kita. Itu di luar kawalan, tetapi ada jalan cara menanganinya. Ada juga faktor dalaman, dan dalam kawalan kita. Bagi menangani dan mengelakkan krisis ekonomi, - satu Jawatankuasa Khas Ekonomi ditubuhkan pada 2015 - kerajaan pada ket

Bekas MB Negeri Sembilan Mohd Isa kembali sertai UMNO

Image
Bekas MB Negeri Sembilan Mohd Isa kembali sertai UMNO BACA setrusnya di https://pakdin.my/165303 Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan bahawa bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, yang meninggalkan UMNO pada 2018, diterima menyertai semula parti itu. Beliau berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dipengerusikan oleh Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. "Ya, perkara itu diputuskan oleh MT yang bermesyuarat semalam. Surat rasmi belum dikeluarkan lagi kerana mesyuarat semalam habis pada 12 malam, saya tidak sempat ke pejabat," katanya kepada pemberita di Wisma UMNO Negeri Sembilan di sini hari ini. Mohd Isa, 74, yang juga bekas Ahli Parlimen Jempol, sebelum ini mengumumkan keluar UMNO kerana ingin bertanding dalam pilihan raya kecil Port Dickson memandangkan parti itu tidak meletakkan calon. Sementara itu, Mohd Isa mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan parti diterajui Ahmad Zah

[VIDEO] Perolehan daripada LIMA ‘23 pastikan keupayaan pertahanan pada tahap optimum - Mohamad Hasan

Image
[VIDEO] Perolehan daripada LIMA ‘23 pastikan keupayaan pertahanan pada tahap optimum - Mohamad Hasan BACA setrusnya di https://pakdin.my/165294 Perjanjian perolehan yang dicapai pada Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA ‘23), selaras dengan komitmen kerajaan untuk memastikan keupayaan pertahanan dan tahap kesiapsiagaan negara berada pada tahap optimum. Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata perjanjian bernilai RM17.6 bilion telah ditandatangani pada LIMA ‘23 dengan RM10.1 bilion dalam 43 kontrak adalah berkaitan pertahanan. “Sepanjang lima hari acara berlangsung, rakan pertahanan saya bertukar pandangan tentang banyak perkara. Antaranya bagaimana kita boleh terus mengukuhkan kerjasama serantau antara negara dan kaedah untuk menggalakkan masa depan yang kukuh, stabil dan mampan,” katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapan semasa majlis penutupan LIMA ‘23 di pekarangan Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini hari ini, yang turut dihadiri M

Shereen raih emas acara 400M pada kejohanan NCAA, Colorado

Image
Shereen raih emas acara 400M pada kejohanan NCAA, Colorado BACA setrusnya di https://pakdin.my/165285 Atlet olahraga negara Shereen Samson Vallabouy terus mencipta sensasi di Amerika Syarikat selepas menjuarai acara 400 meter (m) pada Kejohanan Trek dan Padang Divisyen II Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) di Pueblo, Colorado, hari ini. Menurut laman sesawang kejohanan itu, https://results.leonetiming.com/?mid=5634, Shereen yang mewakili Winona State University di Minnesota berjaya merekodkan 52.74 saat (s) sekali gus mengesahkan kemenangan pingat emas di bumi "Uncle Sam" itu.  Pelari Azusa Pacific, Alayna Verner pula menduduki tempat kedua dengan catatan 52.78s manakala Corrssia Perry yang mewakili West Texas A&M pada kedudukan ketiga dengan 53.39s.  Bulan lepas, anak perempuan kepada pasangan bekas pelari trek negara, Samson Vallabouy dan Josephine Mary meleburkan rekod 400m kebangsaan berusia 30 tahun apabila berjaya mencatatkan 51.80s pada Kejohanan Olahraga T

LIMA 2023: TITRA tandatangan perjanjian bekal helikopter tanpa pemandu pertama Turkiye ke pasaran Malaysia

Image
LIMA 2023: TITRA tandatangan perjanjian bekal helikopter tanpa pemandu pertama Turkiye ke pasaran Malaysia BACA setrusnya di https://pakdin.my/165276 Syarikat industri pertahanan Turkiye Titra Technology  menandatangani satu perjanjian kerjasama strategik dengan penyedia penyelesaian dron yang berpangkalan di Malaysia Aerodyne Group untuk pengenalan helikopter tanpa pemandu pertama Turkiye, Alpin, ke pasaran Malaysia. Titra mengambil bahagian dalam edisi ke-16 Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA '23), satu pameran maritim dan aeroangkasa paling penting di rantau Asia Pasifik, yang diadakan di pulau peranginan Langkawi dari 23-27 Mei. Acara dwitahunan bertemakan "Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia " disertai oleh lebih 525 peserta pameran, termasuk 140 syarikat daripada industri pertahanan, 101 syarikat daripada sektor komersial dan 284 syarikat daripada kedua-dua sektor. Menurut Agensi Anadolu, Titra menandatangani perj

Bekas hakim, anggota polis didakwa minta rasuah lepaskan kes khalwat

Image
Bekas hakim, anggota polis didakwa minta rasuah lepaskan kes khalwat BACA seterusnya di https://pakdin.my/165263 Seorang bekas hakim dan seorang anggota polis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan rasuah RM4,000 untuk melepaskan seorang lelaki berkaitan kes khalwat pada 2019. Bekas hakim Mahkamah Syariah, Burhanuddin Ismi Adam, 43, dan Lans Koperal Muhamad Hamri Ayob, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah. Muhamad Hamri didakwa meminta bagi pihak Burhanuddin Ismi suapan iaitu wang sebanyak RM4,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk Burhanuddin Ismi membuat keputusan melepaskan kes khalwat yang memihak kepada lelaki itu di bawah Seksyen 54(1) (2) Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992. Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran, Jalan Kuala Kangsar, Taman Tasek Mutiara di sini pada kira-kira 5.30 petang 10 Sept 2019. Pertuduhan mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, dibaca bersama Seksyen 16(a)(B) akta s

Pegawai SPRM, Datuk Roy Didakwa rasuah RM640,000 supaya anak Muhyiddin tidak direman

Image
Pegawai SPRM, Datuk Roy Didakwa rasuah RM640,000 supaya anak Muhyiddin tidak direman BACA seterusnya di https://pakdin.my/165253 Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ahli perniagaan dikenali sebagai 'Datuk Roy' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM640,000 supaya anak bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak direman SPRM. Mohd Rasyidi Mohd Said, 43, dan Datuk Roy atau nama sebenarnya Mohd Hussein Mohd Nasir, 54, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu. “Faham Yang Arif, mengaku tidak bersalah,” kata kedua-dua tertuduh kepada Hakim Azura Alwi. Mereka didakwa bersama-sama secara rasuah meminta untuk diri mereka atau bagi mana-mana orang lain suatu suapan wang tunai berjumlah RM400,000 daripada Siti Dalena Berhan, 47, sebagai dorongan untuk tidak menahan reman Datuk Fakhri Yassin Mahiaddin semasa siasatan pihak SPRM. Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah restora

[VIDEO] Perkukuh parti masing-masing untuk peroleh sokongan pengundi - Ahmad Zahid

Image
[VIDEO] Perkukuh parti masing-masing untuk peroleh sokongan pengundi - Ahmad Zahid BACA seterusnya di https://pakdin.my/165244 Parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu memperkukuhkan parti masing-masing bagi memperoleh sokongan daripada ahli serta pengundi-pengundi yang bukan ahli, kata pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri mengingatkan parti-parti komponen di bawah BN iaitu MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) agar terus memperkasa parti masing-masing sebagai teras di dalam BN. "Yang penting adalah kerjasama dengan semua parti di dalam 'outfit' BN, itu prinsip yang pertama namun realiti politik baru di dalam Kerajaan Perpaduan, kita harus menyantuni keberadaan parti-parti dari kolaborasi ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Semicon Asia Tenggara 2023 di sini hari ini. "Terdapat 19 parti yang berada di dalamnya. Saya tidak mahu mana-mana parti berkecil hati bila kita bekerjasama

[VIDEO] Teman lelaki bunuh, bakar kekasih hamil

Image
[VIDEO] Teman lelaki bunuh, bakar kekasih hamil BACA seterusnya di https://pakdin.my/165235 SUNGAI BESAR  -- Perselisihan faham untuk menyembunyikan kehamilan di luar nikah dipercayai punca seorang pelayan restoran dibunuh kejam dengan ditikam, dikelar perut dan dibakar teman lelakinya di sekitar kebun kelapa sawit, Jalan Sungai Limau, Isnin lepas. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintenden Agus Salim Mohd Alias berkata suspek yang merupakan bekas penuntut kolej itu telah membawa mangsa menaiki kereta seterusnya bertengkar dengan wanita berusia 21 tahun itu sebelum dipukul di kepala lantas dibunuh di lokasi berkenaan sekitar 10 malam. Terdahulu, Agus Salim berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan mayat seorang wanita tempatan dalam keadaan terbakar dan tertiarap di kawasan kebun kelapa sawit tersebut sekitar 8 pagi semalam (23 Mei). Katanya hasil tindakan pantas pihaknya, mereka berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun di sebuah kediam
Image
[VIDEO] Bangunan lama KWSP di Petaling Jaya terbakar BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165204 Bangunan lama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, Petaling Jaya, di sini, terbakar buat kali kedua selepas insiden sama pada 2018. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Hafisham Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 10.39 pagi tadi dan tiba di lokasi kira-kira enam minit kemudian. Beliau berkata lebih 20 anggota dikerahkan ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seksyen 7, BBP Serdang, BBP Puchong, BBP Pantai Dalam dan BBP Hang Tuah. “Bangunan terbakar berkenaan hanya melibatkan tingkat 4 dan tingkat 5. Kami berjaya mengawal api pada 11.08 pagi hari ini. “Alhamdulillah, bangunan KWSP lama itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian hari ini. Hafisham berkata bangunan KWSP berkenaan telah dikosongkan sebelum ini dan kini sedang

Isu Kalimah Allah: Muhyiddin salahkan DAP atas kesalahan beliau sendiri?

Image
Isu Kalimah Allah: Muhyiddin salahkan DAP atas kesalahan beliau sendiri? BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165191 Setelah masyarakat umum telah selesa dengan penyelesaian 10 perkara Najib pada tahun 2011, Kalimah Allah tidak merupakan isu yang besar pada tahun 2018 dan sepatutnya diselesaikan dengan cara baik dan secara senyap di luar mahkamah. Tetapi apabila Muhyiddin bertegas untuk bawa isu ini ke mahkamah maka ianya tidak lagi di bawah kawalan kerajaan. Maka isu ini di bawa ke mahkamah dan pada 10 Mac 2021, kerajaan telah kalah di mahkamah. Dan jika rayuan diteruskan pun, adakah ianya ada jaminan bahawa kerajaan akan menang dalam sistem perundangan dikawal Memon lantikan Tommy dan Richard Malanjum? 10 MAC 2021 Penganut Kristian kini boleh guna kalimah Allah https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/03/794647/penganut-kristian-kini-boleh-guna-kalimah-allah 21 Januari 2015 Berakhirnya Isu Kalimah Allah… https://www.malaysia-today.net/2015/01/21/berakhirnya-isu-kalimah-allah/

[VIDEO] Apa yang rakyat Malaysia biasa dapat selepas menyingkirkan Najib?

Image
[VIDEO] Apa yang rakyat Malaysia biasa dapat selepas menyingkirkan Najib? BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165181 Sila tanya rakan-rakan kamu, terutamanya rakan-rakan Cina soalan ini Apa rakyat Malaysia biasa dapat selepas menyingkirkan Najib? - Prestasi ekonomi yang lebih baik? Tidak. lima tahun lepas jauh lebih teruk berbanding 9 tahun Najib. - Pasaran Saham Lebih Teguh? Tidak, pasaran saham tidak pernah pulih ke paras tertinggi sepanjang masa sebelum PRU14. Malah, kita adalah nombor satu antara pasaran yang berprestasi paling teruk di dunia dalam tempoh 5 tahun yang lalu. - Mata wang yang lebih kukuh? Tidak, mata wang kita juga tidak pernah pulih ke tahap sebelum PRU14. Pada masa ini, ia adalah kira-kira 70sen lebih rendah berbanding USD (RM4.55 berbanding RM3.83 dan 46sen lebih rendah berbanding Dolar Singapura (RM3.38 berbanding RM2.92) - Dividen KWSP, TH, ASB, LTAT yang lebih tinggi? Sekali lagi tidak, purata dividen untuk dana ini sejak 5 tahun lepas adalah jauh lebih renda

Selangor berpesta gol benam Perak 4-0

Image
Selangor berpesta gol benam Perak 4-0 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165160 Selangor FC membelasah Perak FC 4-0 dalam aksi Liga Super 2023 di Stadium Perak, Ipoh , Perak malam ini dan membawa pulang tiga mata berharga. Turun dengan kesebelasan terbaik, anak buah Tan Cheng Hoe bagaimanapun hanya berhasil menembusi kubu Bos Gaurus memasuki lima minit terakhir sebelum wisel separuh masa pertama ditiup menerusi jaringan pemain import Colombia Ayron del Valle. Berselang lima minit kemudian, penyerang kebangsaan Mohamad Faisal Abdul Halim menggandakan jaringan buat Gergasi Merah apabila bijak melepasi perangkap ofsaid pertahanan Perak sebelum menewaskan penjaga gawang T Shaheeswaran. Bersambung babak kedua, Selangor terus melebarkan jaringan kepada 3-0, kali ini giliran pemain tengah Muhammad Mukhairi Ajmal mencetak nama selaku penjaring apabila rembatan padu daripada luar kotak penalti pada minit ke-51 gagal ditepis kemas Shaheeswaran. VIDEO berkaitan: Ayron kemudian terus menjadi du

[VIDEO] Pengasuh mengaku salah cuai jaga bayi

Image
[VIDEO] Pengasuh mengaku salah cuai jaga bayi BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165141 JOHOR BAHRU – Seorang pengasuh sebuah taska yang sebelum ini tular di media sosial kerana mendera dua bayi mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan bertindak cuai yang menyebabkan kecederaan fizikal mangsa, Mac lalu. Tertuduh, Nurul Shahira A’shiqin Sulaiman, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim. Mahkamah bagaimanapun menetapkan tarikh 2 Ogos depan untuk fakta dan penghukuman atas pengakuan bersalah dibuat tertuduh. Berdasarkan kedua-dua kertas pertuduhan, tertuduh yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang bayi perempuan berusia 11 bulan dan seorang bayi lelaki sembilan bulan, didakwa bertindak cuai dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal. Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah premis taska yang beralamat di Jalan Utama 34, Taman Mutiara Rini di sini, kira-kira pukul 1

[VIDEO] Tragedi konvoi lima sahabat

Image
[VIDEO] Tragedi konvoi lima sahabat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165129 REMBAU: Konvoi motosikal lima sahabat berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan di Kilometer 222.7 Lebuhraya Utara- Selatan (Plus) arah utara, berhampiran sempadan Alor Gajah - Rembau, di sini, pagi hari ini 21 Mei 2023. Dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, sebanyak lapan kenderaan terbabit dalam kemalangan berkenaan, termasuk tiga kereta. Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, mangsa Muhammad Alif Danial Muhamad Zamri, 22, disahkan maut di lokasi kejadian selepas parah di beberapa bahagian badan. "Siasatan awal mendapati mangsa bersama empat rakan menunggang di lorong kiri dari arah Ayer Keroh, Melaka menghala ke Senawang, Negeri Sembilan. "Sampai di tempat kejadian mangsa dikatakan hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang sisi sebelah kanan sebuah kereta Nissan Almera yang dipandu seorang lelaki beru

[VIDEO] Kerajaan kenal pasti keluasan tanah untuk aktiviti agromakanan - Ahmad Zahid

Image
Kerajaan kenal pasti keluasan tanah untuk aktiviti agromakanan - Ahmad Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165112 Kerajaan menerusi Felcra Berhad sedang mengenal pasti keluasan tanah yang mencukupi untuk digunakan sebagai aktiviti agromakanan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata hal ini secara tidak langsung akan memberi peluang kepada peserta Felcra dan generasi seterusnya sebagai tenaga kerja dalam bidang terbabit. "Saya telah tetapkan tanggungjawab baharu kepada Felcra untuk bantu kerajaan dan rakyat dengan menjadi sebuah agensi yang melakukan aktiviti pengeluaran bahan makanan selain membantu Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi mengurangkan import bahan makanan seperti beras daging, ayam dan telur. "Kita bukan nak bersaing dengan pengeluar sedia ada tetapi sekadar kurangkan kos sara hidup dan untuk tentukan bahawa soal keterjaminan makanan ini tidak bermusim sama

[VIDEO] Haji: Cuaca panas boleh sebabkan strok haba

Image
[VIDEO] Haji: Cuaca panas boleh sebabkan strok haba BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165100 MADINAH  -- Cuaca panas ekstrem dengan purata suhu melebihi 40 darjah Celcius setiap hari di Arab Saudi boleh menyebabkan jemaah haji negara mengalami strok haba. Pakar Perubatan Kesihatan Awam Dr Asraf Ahmad Qamruddin berkata cuaca panas dan kering boleh membawa kepada kenaikan suhu dan kehilangan air daripada badan sehingga mengakibatkan strok haba jika terdedah kepada cuaca tersebut. "Strok haba jika tidak dicegah dan dirawat awal boleh menyebabkan kematian," katanya kepada pemberita di sini. Beliau berkata jemaah haji perlu peka terhadap simptom strok haba seperti kulit kering dan berlaku kemerah-merahan, lidah dan bibir kering, pening kepala, kekejangan otot serta pengsan. Menurutnya jemaah haji perlu mendapatkan rawatan segera jika mengalami simptom-simptom tersebut di pusat kesihatan yang disediakan Tabung Haji (TH). https://youtu.be/nJuCLPHaOVg Dr Asraf berkata semua jemaa

Tahap kesihatan mental mahasiswa membimbangkan

Image
Tahap kesihatan mental mahasiswa membimbangkan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165083 Kesihatan mental merupakan isu penting dan semakin membimbangkan terutamanya dalam kalangan belia dan pelajar peringkat tertiari. Dianggarkan bahawa satu daripada empat pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terjejas oleh isu kesihatan mental seperti kemurungan, kebimbangan dan tekanan. Kemurungan adalah gangguan kesihatan mental yang dicirikan oleh perasaan sedih yang berterusan dan kehilangan minat dalam beraktiviti. Gejala kemurungan termasuk perubahan dalam corak tidur, kesukaran menumpukan perhatian, merasakan harga diri yang rendah, hilang selera makan, keletihan dan pemikiran untuk membunuh diri. Rawatan untuk kemurungan biasanya melibatkan psikoterapi, ubat antidepresan, atau gabungan kedua-duanya. Kebimbangan juga adalah isu kesihatan mental yang biasa dalam kalangan golongan ini. Ia boleh nyata dalam pelbagai bentuk, seperti kebimbangan sosial, kebimbangan menghadapi ujian dan kebimb

Tasik terbesar di dunia mengering secara mendadak, dan saintis berkata mereka telah mengetahui sebabnya

Image
Tasik terbesar di dunia mengering secara mendadak, dan saintis berkata mereka telah mengetahui sebabnya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165071 Lebih separuh daripada tasik dan takungan terbesar di dunia telah kehilangan sejumlah besar air sejak tiga dekad yang lalu, menurut satu kajian baru, yang menyalahkan sebahagian besarnya pada perubahan iklim dan penggunaan air yang berlebihan. Kira-kira satu perempat daripada penduduk dunia tinggal di lembangan tasik yang mengering, menurut kajian oleh pasukan saintis antarabangsa, yang diterbitkan Khamis dalam jurnal Sains. Walaupun tasik hanya meliputi sekitar 3% daripada planet ini, ia menampung hampir 90% air tawar permukaan cecairnya dan merupakan sumber penting air minuman, pengairan dan kuasa, dan ia menyediakan habitat penting untuk haiwan dan tumbuhan. Tetapi mereka menghadapi masalah. Paras air tasik berubah-ubah sebagai tindak balas kepada variasi iklim semula jadi dalam hujan dan salji, tetapi ia semakin terjejas oleh tindakan

SPRM siasat bekas menteri kanan, tokoh perniagaan seleweng RM2.3 bilion dana negara

Image
SPRM siasat bekas menteri kanan, tokoh perniagaan seleweng RM2.3 bilion dana negara BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165059 Seorang bekas menteri kanan dan seorang tokoh perniagaan bergelar Tan Sri disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan dana negara bernilai lebih RM 2.3 bilion. Menurut sumber, siasatan itu dijalankan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. Sumber berkenaan berkata siasatan itu adalah kesinambungan dan lanjutan daripada pendedahan dokumen-dokumen sulit oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) berhubung transaksi-transaksi yang disyaki berlaku di beberapa pusat kewangan luar pesisir. “Tumpuan siasatan adalah berhubung dengan pembelian dan pemilikan saham di sebuah syarikat tersenarai oleh sebuah syarikat gergasi negara yang dikatakan didalangi oleh be

[VIDEO] 2 maut, 9 cedera bas terbabas di LPT 2

Image
[VIDEO] 2 maut, 9 cedera bas terbabas di LPT 2 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165044 DUNGUN: Percutian 30 sahabat ke Pulau Redang Terengganu berakhir dengan tragedi selepas dua daripada mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 375.4, Lebuh Raya Pantai Timur 2( LPT2), selepas Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Bukit Besi, pagi tadi 19 Mei 2023. Dalam kejadian jam 5.20 pagi, mangsa, Tan Poh Hwa, 42, dan Choo Chia Tan, 44, masing-masing dari Taman Indah Tampin, Negeri Sembilan. Poh Hwa disahkan maut di tempat kejadian sementara Chia Tan meninggal dunia ketika diberi rawatan kecemasan di Hospital Dungun, kira-kira jam 9.15 pagi. Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Bomba negeri Terengganu, Baharum Muhamad Hasim berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 5.20 pagi berhubung kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran. Katanya, seramai 16 anggota bomba dari Balai Bomba Bandar Al-Muktaffi Billah Shah dan Balai Bomba Kuala Berang bergegas ke lokasi kejadian. "Sebaik anggota

Sarawak perlu kekal aspek perpaduan walau beza kaum, agama - Abang Jo

Image
Sarawak perlu kekal aspek perpaduan walau beza kaum, agama - Abang Jo BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165031 KUCHING -- Sarawak perlu terus mengekalkan dan mengutamakan aspek perpaduan serta keharmonian kaum dalam beragama tanpa mengetepikan kesucian Islam, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Beliau berkata perpecahan akibat isu perkauman hanya merugikan Sarawak yang akan menjangkau usia 60 tahun kemerdekaan pada 22 Julai ini.  “Ia (perpaduan) merupakan asas yang sangat perlu untuk sesebuah masyarakat bergerak maju ke hadapan. Setelah 60 tahun merdeka, kini Sarawak sangat berpotensi menjadi negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Seminar Antarabangsa Imam As-Syafi’i di Pusat Konvensyen Borneo Kuching anjuran Jabatan Mufti Sarawak, di sini hari ini.  Abang Johari berkata meskipun ada kalanya rakyat Sarawak yang terdiri daripada berlainan bangsa dan agama mempunyai perbezaan pendapat, perkara itu tidak pe

Dua anggota polis ditembak penyerang hendap di Yala

Image
Dua anggota polis ditembak penyerang hendap di Yala BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164871 YALA: Dua pegawai polis ditembak dan cedera dalam satu serangan hendap di daerah Muang wilayah sempadan selatan ini pada petang Selasa. Serangan berlaku kira-kira 12.20 tengah hari di jalan Ban Niang - Lam Mai di Tambon Phron. Letnan Kolonel Polis Suthan Kaewkhiri dan Sgt Mej Polis Suthipong Sangthong kembali ke balai polis Lam Mai dengan menaiki pikap polis selepas menyelesaikan tugasan. Kenderaan mereka berada di pusingan U di hadapan sebuah kilang parawood apabila penyerang yang bersembunyi di tepi jalan melepaskan tembakan ke arah mereka. Kedua-dua anggota polis itu cedera akibat tembakan dan kemudian kejarkan ke Hospital Yala untuk mendapatkan rawatan. Cermin depan pikap dan tingkap belakang kedua-duanya ditembusi peluru. Polis sedang menyiasat.