Posts

Showing posts with the label Pornografi

[VIDEO] Ibu mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap anak lelaki

Image
[VIDEO] Ibu mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap anak lelaki BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164496 Seorang ibu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua anak lelakinya, masing-masing berusia 12 dan 14 tahun ketika kejadian pada November tahun lepas. Tertuduh yang berusia 33 tahun didakwa sebagai seorang wanita yang mempunyai hubungan amanah iaitu ibu kandung telah melakukan perbuatan tersebut ke atas dua anaknya di kediaman mereka di sebuah pangsapuri di Puncak Alam pada 8 malam. Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) dan 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan. Ibu kepada lima orang anak itu turut mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan telah mengarahkan pembuatan pornografi kanak-kanak dalam bentuk video di sebuah hotel di Sungai Buloh, antara 17 dan 18 Feb 2022