Posts

Showing posts with the label Sabah

PRN Sabah: STAR, SAPP bertanding guna logo sendiri

Image
 Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan parti Maju Sabah (SAPP) akan bertanding sendirian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 selepas mengesahkan mereka akan menggunakan logo parti masing-masing dan bukan simbol Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Tindakan itu menyebabkan kedua-dua parti tidak lagi berada dalam GRS susulan keputusan Majlis Tertinggi bahawa mana-mana parti komponen yang bertanding menggunakan logo sendiri tidak lagi menjadi sebahagian daripada gabungan berkenaan. Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun berkata perkara itu dimuktamadkan dalam mesyuarat malam tadi yang berlangsung hampir dua jam, dipengerusikan Datuk Seri Hajiji Noor dan dihadiri presiden parti komponen. Beliau berkata Presiden STAR Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Presiden SAPP Datuk Seri Yong Teck Lee memaklumkankeputusan tersebut dibuat kerana tidak mahu terikat dengan kuota agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan dimuktamadkan antara GRS dan Pakatan Harapan (PH). “Ini bermakna...

Hajiji seorang Ketua Menteri yang agak malang

Image
TAHUN ini merupakan tahun yang cukup malang bagi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor. Seharusnya beliau sudah mengadakan pilihan raya negeri pada masa ini, namun satu demi satu peristiwa 'black swan' menghalang perancangannya untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri. 'Black swan' adalah metafora bagi peristiwa yang mengejutkan semua pihak, dan Hajiji pasti tidak bersedia untuk rentetan kejutan yang menimpa beliau. Nasib seolah-olah seperti 'sudah jatuh sitimpa tangga' dengan Ketua Menteri (KM) dan minggu ini, kerajaannya sekali lagi diletakkan dalam kontroversi apabila Timbalan Ketua Menteri (TKM) Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dituduh terlibat dalam satu skandal rasuah. Tidak lama sebelum ledakan kes rasuah ini, Hajiji memberitahu pemberita bahawa pilihan raya tidak lagi menjadi misteri. Dewan Undangan Negeri Sabah akan dibubarkan secara automatik pada tengah malam 11 November, selepas itu pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari. Apa yang mungkin...

[VIDEO] Ahmad Zahid lancar skuad sukarelawan BN bantu mangsa bencana di Sabah

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini melancarkan Skuad Sukarelawan Barisan Nasional (BN) Sabah bagi membantu meringankan beban mangsa bencana di negeri itu. Beliau yang juga Pengerusi BN berkata skuad berkenaan menghulurkan bantuan sejak tiga hari lepas, dengan membawa empat lori tangki untuk membantu membersihkan kediaman mangsa banjir. “Hari ini saya melancarkan secara rasmi skuad ini dan ia akan didaftarkan dan digerakkan di seluruh 25 kawasan parlimen di Sabah. “Skuad ini akan bergerak bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Peruntukan akan digunakan oleh skuad berkenaan bergantung kepada keadaan dan keperluan di kawasan berlakunya bencana,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran skuad di pekarangan Bangunan UMNO Sabah di sini petang ini. Beliau berkata skuad sukarelawan itu terbuka kepada semua, bukan terhad kepada ahli BN sahaja. “Dalam usaha membantu mangsa kita bersifat “buta warna”, semua kita akan bantu tanpa mengira latar belakang...

Masjid dan Surau di Bawah JAKIM, JAWI diarah adakan solat hajat untuk Sabah

Image
Semua masjid dan surau di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarah mengadakan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan rakyat di Sabah yang kini dilanda musibah banjir serta tanah runtuh. Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar turut merakamkan ucapan takziah dan menzahirkan rasa dukacita dengan musibah yang menimpa rakyat di negeri berkenaan. “Semoga seluruh negeri Sabah segera pulih daripada ujian besar yang sedang melanda. “Seluruh agensi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan turun ke lapangan membantu agensi-agensi pusat dan negeri bagi menyantuni mangsa yang terlibat” katanya. Setakat 8 pagi ini, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan seramai 2,897 mangsa banjir daripada 813 keluarga masih berada di 22 pusat pemindahan sementara dan sebuah Pusat Pemindahan Kekal. Sementara itu, 13 orang terkorban akibat insiden t...

[VIDEO] Bencana tanah runtuh di Sabah ragut 12 nyawa

Image
Bencana tanah runtuh yang melanda Sabah sejak Jumaat lepas telah meragut 12 nyawa termasuk lima kanak-kanak setakat ini, dengan 11 kematian dilaporkan hari ini dan satu kematian pada hari pertama kejadian. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kasim Muda mengesahkan tujuh daripada mangsa termasuk empat kanak-kanak ditemukan meninggal dunia selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Cenderakasih, Kolombong, Inanam kira-kira 9 15 pagi tadi. Beliau berkata mangsa kanak-kanak terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan berumur antara dua hingga sembilan tahun, manakala tiga lagi mangsa melibatkan dua wanita dan seorang lelaki berumur 25 hingga 50 tahun. Di PAPAR, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah Mohd Pisar Aziz memaklumkan dua mangsa terdiri daripada wanita berusia 38 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan maut selepas tanah runtuh menghempap rumah mereka di Kampung Mook pagi tadi 15 September 2025. Dalam satu lagi kej...

PRN Sabah 2025: PH Hormati Keputusan BN Tidak Kerjasama Dengan GRS - PM Anwar

Image
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) menghormati keputusan Barisan Nasional (BN) untuk tidak bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah. Beliau yang juga Pengerusi PH berkata gabungan itu tidak tersepit dalam keputusan berkenaan, malah akan terus berbincang bagi mencari penyelesaian. “PH akan terus berbincang juga dengan BN dan GRS. Kita akan terus berunding, apa pun berunding dengan baik dan mencari penyelesaiannya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Temu Mesra Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan di sini hari ini. Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan keputusan muktamad BN dan UMNO Sabah untuk tidak bekerjasama dengan GRS pada pilihan raya negeri berkenaan. Ahmad Zahid berkata sebaliknya parti itu memutuskan hanya akan bekerjasama dengan PH pada PRN17 Sabah. Mengikut peruntukan, Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16 akan terbu...

PRN Sabah 2025: UMNO, BN Sabah Tidak Kerjasama Dengan GRS - Ahmad Zahid

Image
 UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah memutuskan tidak bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah. Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO berkata UMNO dan BN Sabah bagaimanapun kekal menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya berkenaan. "Kami mengekalkan kerjasama BN-PH. Namun, BN Sabah dan UMNO Sabah memutuskan secara muktamad tidak akan ada kerjasama dengan GRS. Sekian terima kasih," katanya pada sidang media di sini tengah malam tadi. Terdahulu,  Ahmad Zahid mengadakan mesyuarat tertutup dengan barisan pemimpin UMNO Sabah di sini yang turut dihadiri Pengerusi Badan Pimpinan UMNO Sabah yang juga Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin. Mengikut peruntukan, Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16 akan terbubar secara automatik pada 11 Nov ini sekiranya tidak dibubarkan lebih awal, sekali gus membuka laluan kepada PRN17.

Inkues Zara Qairina: Semua peguam kembali menjadi pihak berkepentingan

Image
Mahkamah Koroner sebentar tadi membenarkan permohonan peguam-peguam yang mewakili lima remaja bawah umur yang didakwa terlibat dengan kes buli Zara Qairina Mahathir untuk menjadi pihak berkepentingan dalam inkues membabitkan kematian pelajar Tingkatan Satu itu. Koroner Amir Shah Amir Hassan memutuskan demikian atas alasan kepentingan semua pihak perlu dilindungi. “Selepas membaca dan mendengar hujah kesemua pihak, saya mendapati hujah berkait dengan lima juvenil tersebut hanyalah spekulasi. Kesemua kepentingan semua pihak berhak dilindungi. “Saya benarkan permohonan peguam bagi remaja pertama hingga kelima sebagai pihak berkepentingan. Syarat-syarat yang dikenakan kepada peguam ibu bapa, turut terpakai kepada peguam-peguam lima remaja,”kata Amir Shah. Sebagai pihak berkepentingan, pihak yang diberikan keterangan dibenarkan untuk bertanya soalan tetapi bukan dalam cara soal balas, akan dibekalkan dokumen termasuk pernyataan saksi berkaitan prosiding. Pada awal prosiding, peguam-peguam m...

Zara Qairina's Death: Teacher charged with spreading false information to cause public alarm

Image
English teacher, Siti Hajar Aflah Shaharuddin, has been charged with public mischief for spreading false information regarding the death of a Form 1 student, Zara Qairina Mahathir. Here is a detailed overview of the case: 1. Charges and Court Proceedings Siti Hajar, 39, was charged under Section 505(b) of the Penal Code for making a statement likely to cause public alarm or incite offense against public tranquility. She pleaded not guilty at the Sepang Magistrate's Court on 21 August 2025. The court set bail at RM4,000 with one surety and scheduled the next hearing for 4 October 2025 for document submission. 2. Details of the Alleged Offense The accused, a secondary school teacher in Rawang, Selangor, allegedly spread false information via her TikTok account (SHA_Abrienda) on 6 August 2025 at 1:20 PM. The post claimed that Zara Qairina died after being placed in a washing machine, which was later revealed to be fabricated content created for social media engagement. The statement w...

Analisis semasa | PRN Sabah 2025: BN terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti demi masa depan tadbir urus negeri

Image
Pilihan raya negeri Sabah 2025, yang dijangka diadakan menjelang Disember 2025, akan menjadi satu peristiwa penting dalam menentukan komposisi 73 kerusi di Dewan Undangan Negeri Sabah. Dalam persiapan menghadapi pilihan raya ini, Barisan Nasional (BN), yang diwakili terutamanya oleh United Malays National Organisation ( UMNO ) di Sabah, telah menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana parti politik. Pendekatan fleksibel ini menunjukkan strategi BN untuk memperkuat kedudukannya dalam landskap politik Sabah yang dinamik dan penuh persaingan. Konteks Politik Sabah Sabah mempunyai sejarah politik yang kompleks, sering kali ditandai dengan ketidakstabilan dan perubahan kesetiaan parti. Tiada parti tunggal yang secara konsisten mendominasi tanpa sokongan gabungan, menjadikan kerjasama antara parti satu keperluan untuk kejayaan dalam pilihan raya. Keterbukaan BN untuk bekerjasama dengan parti lain adalah tindak balas kepada realiti ini, di mana perikatan strategik bo...

Analisa semasa | Kerjasama Barisan Nasional dan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri Sabah 2025

Image
Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri Sabah 2025 merupakan satu perkembangan penting dalam landskap politik Malaysia, khususnya di Sabah yang terkenal dengan dinamik politiknya yang unik. Berikut adalah analisis menyeluruh tentang kerjasama ini: Latar Belakang Sejarah Secara tradisinya, BN dan PH adalah musuh politik. BN memerintah Malaysia selama beberapa dekad sehingga dikalahkan oleh PH dalam pilihan raya persekutuan 2018. Walau bagaimanapun, krisis politik pada 2020 telah mengubah dinamik ini, membuka ruang untuk pakatan atau kerjasama antara kedua-dua gabungan dalam situasi tertentu. Di Sabah, kerjasama ini dilihat sebagai langkah strategik untuk menghadapi cabaran politik tempatan. Sebab Kerjasama Kerjasama BN dan PH dalam pilihan raya Sabah 2025 berkemungkinan didorong oleh beberapa faktor: Melawan GRS: Gabungan Rakyat Sabah (GRS), yang kini memerintah Sabah, dilihat sebagai ancaman kepada kepentingan BN dan PH. Dengan berg...

Shafie sahkan Warisan bertanding solo

Image
 Parti Warisan (Warisan) memutuskan akan bertanding secara solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang akan datang. Perkara itu disahkan Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika dihubungi di sini hari ini. “Walaupun tidak memiliki sumber kewangan besar, parti menawarkan kepimpinan tanpa mengira bangsa selain mampu meletakkan Sabah dan rakyat negeri ini berada di landasan yang tepat,” katanya. Pada PRN Sabah ke-16 lepas, Warisan memenangi 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) namun parti itu kini memiliki 14 kerusi selepas beberapa Ahli Dewan Undangan Negerinya bertindak keluar parti. Sebelum ini, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dilaporkan berkata kerajaan negeri mempunyai tempoh hingga Oktober sebelum DUN Sabah dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRN diadakan. Parti Warisan Sabah (WARISAN)  adalah sebuah parti politik berasaskan Sabah yang ditubuhkan untuk memperjuangkan hak autonomi dan kepentingan negeri Sabah dalam konte...

Alliance Bank tawar Program Bantuan Banjir kepada pelanggan terjejas

Image
Alliance Bank Malaysia Bhd mengumumkan Program Bantuan Banjir bagi membantu meringankan beban kewangan pelanggan yang terjejas akibat banjir yang melanda Sabah dan Sarawak baru-baru ini. Menurut bank itu dalam kenyataan hari ini, bantuan tersebut merangkumi pilihan moratorium pinjaman sehingga enam bulan, pengubahsuaian pembayaran pinjaman serta pengecualian caj dan bayaran tertentu bagi pelanggan dan perniagaan yang terkesan oleh bencana banjir. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kellee Kam berkata pihaknya menggalakkan mereka tampil untuk berbincang mengenai cara untuk membantu meringankan beban kewangan mereka dan turut menyediakan bantuan kepada kakitangan yang terjejas akibat banjir. Program Bantuan Banjir kini dibuka untuk permohonan sehingga 3 Mac 2025. Ia menawarkan kelonggaran pembayaran bagi semua pinjaman konvensional dan kemudahan pembiayaan Islam. Bank juga akan mengecualikan caj dan bayaran bagi perkhidmatan tertentu seperti penggantian kad debit, kad ATM, buku cek dan buku...

Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal

Image
Di SARAWAK, jumlah mangsa berkurangan kepada 6,160 orang berbanding 6,259 orang. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan mangsa banjir di Bintulu menurun kepada 2,429 orang berbanding 2,466 di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) petang tadi, manakala 1,372 lagi mangsa di Miri masih berada di 11 PPS berbanding 1,390 orang sebelum ini. Jumlah mangsa di lima PPS di Sibu pula meningkat kepada 828 orang berbanding 825 orang petang tadi, sementara di Serian jumlah mangsa kekal 792 orang di dua PPS. Jumlah mangsa di Samarahan menurun kepada 426 orang di empat PPS berbanding 523 orang petang tadi, manakala peningkatan jumlah mangsa dialami di Mukah dengan 313 orang malam ini berbanding 263 orang petang tadi, berlindung di empat PPS. Secara keseluruhan 32 PPS masih aktif setakat malam ini selepas sebuah PPS di Samarahan ditutup hari ini. Sementara itu, di SABAH, jumlah mangsa banjir kekal 137 orang daripada 40 keluarga setakat 8 malam. Sekretariat JPBN S...

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

Image
Usaha penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada 2024, kata Kementerian Kewangan (MOF). Kerajaan akan menyalurkan SARA melalui MyKad secara bulanan masing-masing kepada 700,000 penerima miskin dan miskin tegar mulai 15 Jan, 2025 (esok). Dalam kenyataan hari ini, kementerian itu berkata kadar bantuan SARA ditingkatkan dengan isi rumah miskin dan miskin tegar dalam rekod eKasih bakal menerima RM2,100 untuk 2025 berbanding RM1,200 pada 2024. Bantuan SARA sebanyak RM100 sebulan akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima bagi Januari hingga Mac 2025 dan mulai April 2025, kadar bantuan ini akan ditingkatkan kepada RM200 sebulan. “Mekanisme yang seragam ini adalah penambahbaikan daripada tahun lepas berbanding penyaluran bantuan secara tunai dua kali setahun kepada penerima SARA yang bermastautin di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan,” kata kementeri...

Timbalan ketua Bersatu Sabah keluar karti, sokong GRS

Image
KOTA KINABALU -- Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Aksyah Nasrah hari ini mengumumkan keluar daripada parti itu dan menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Sehubungan itu Aksyah berkata beliau meletakkan semua jawatan dalam Bersatu berkuat kuasa serta merta. "Saya telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Datuk Seri Ronald Kiandee bertarikh 28 Dis 2024. Peletakan jawatan ini dibuat atas keputusan saya sendiri dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa pun,” katanya dalam kenyataan hari ini. Sementara itu, beliau menyatakan sokongan penuh kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi GRS dan perjuangan parti itu, dalam mempertahankan hak-hak dan kepentingan Sabah seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negeri Sabah.  Beliau berkata slogan “Rumah Kita, Kita Jaga” sering diungkap Hajiji merupakan satu naratif yang amat tepat dalam memastikan Sabah benar-benar dipimpin dan diurus oleh kepimpinan parti tempatan tanpa menidak...

Jangan terikut-ikut provokasi pihak pertikai pelantikan Tun Musa sebagai TYT: Abdul Hakim

Image
KOTA KINABALU: Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Datuk Hj Abdul Hakim Gulam Hassan, mengingatkan orang ramai terutama masyarakat Islam supaya tidak terikut-ikut dengan provokasi pihak tertentu yang mempertikai pelantikan mantan Ketua Menteri, Tun Musa Hj Aman sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11. - Peringatan kepada Orang Awam: Datuk Hj Abdul Hakim Gulam Hassan, Timbalan Presiden Pertubuhan Islam Sabah (USIA), menggesa orang ramai, terutamanya komuniti Muslim, agar tidak terpengaruh dengan provokasi yang mempertikaikan pelantikan bekas Ketua Menteri Tun Musa Hj Aman sebagai Gabenor ke-11 Sabah. - Ketentuan Ilahi: Beliau menekankan bahawa pelantikan tersebut, yang diluluskan oleh Yang di-Pertuan Agong, adalah ketetapan ilahi daripada Allah SWT. - Tahniah: Abdul Hakim mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Tun Musa atas pelantikannya. - Pengalaman dan Sumbangan: Beliau menekankan pengalaman politik luas Tun Musa dan sumbangan pentingnya kepada Sabah s...

Imigresen Sabah hantar pulang 180 pendatang Filipina ke negara asal

Image
LAHAD DATU -- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menghantar pulang 180 pendatang tanpa izin warga Filipina ke negara asal melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini hari ini 20 Disember 2024. Pengarahnya Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata proses itu melibatkan tahanan di Depot Imigresen Sandakan serta Tawau terdiri 64 lelaki dewasa, 67 wanita serta 23 kanak-kanak lelaki dan 26 kanak-kanak perempuan yang berumur antara 7 bulan hingga 67 tahun. "Program pemindahan tahanan mengikut kategori usir melalui laut bagi tahun 2024 itu adalah dengan kos pembiayaan sendiri, tahanan terbabit melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155) dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta tahanan telah menjalani hukuman penjara," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata sejak awal tahun hingga hari ini, JIM Sabah merekodkan penghantaran pulang 5,993 warga Filipina ke negara asal melalui pengangkutan laut . "Kese...

Piala AFC: Sabah ‘hadiahkan’ tiga mata buat PSM Makassar

Image
Piala AFC: Sabah ‘hadiahkan’ tiga mata buat PSM Makassar BACA seterusnya: https://pakdin.my/174274 Sabah seakan mula ‘simpan taring’ apabila menutup aksi Kumpulan H Piala AFC dengan kekalahan 1-3 kepada kelab Indonesia, PSM Makassar di Stadium Likas, sebentar tadi. Walaupun gagal memastikan tiga mata, keputusan itu langsung tidak beri kesan besar kepada kedudukan The Rhinos yang sudah pun layak ke pusingan separuh akhir zon ASEAN. Dominasi yang dipamerkan Sabah di babak pertama seakan tidak membantu apabila tuah lebih berpihak kepada PSM Makassar yang memasuki bilik persalinan dengan kelebihan dua gol. Ketika tuan rumah begitu galak mengatur serangan, PSM Makassar terlebih dulu cipta kejutan apabila mendahului permainan pada minit ke-16 menerusi percubaan Yakob Sayuri selepas percubaan jarak jauhnya berjaya memerangkap Khairul Fahmi Che Mat di pintu gawang Sabah. Selepas itu, bintang import Sabah, Ramon Machado dilihat beberapa kali bertindak cemerlang untuk melepaskan diri sebaliknya ...

Polis siasat laporan kamera kecil tersembunyi dalam inap desa

Image
Polis siasat laporan kamera kecil tersembunyi dalam inap desa BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168140 KOTA KINABALU  - Satu kertas siasatan dibuka bagi menyiasat laporan pasangan warga China yang menemukan kamera kecil tersembunyi dalam soket di sebuah bilik inap desa di sini yang kini tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Mohd Zaidi Abdullah memaklumkan pihaknya menjalankan siasatan kes tersebut berdasarkan Seksyen 509 Kanun Keseksaan. Ia setelah pihaknya menerima laporan polis daripada pasangan tersebut pada 5.27 petang, 7 September lepas. "Siasatan awal di tempat kejadian telah dijalankan dan rampasan ke atas barang kes telah dibuat, usaha untuk mengenal pasti suspek sedang dilakukan," katanya menerusi kenyataan hari ini. Beliau berkata pihak polis menafikan telah meminta pengadu untuk memadamkan hantaran yang telah dibuat pengadu di platform medianya. Katanya orang ramai atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tentang kes tersebut boleh me...