Posts

Showing posts with the label SAR

29 pendaki dari Riau yang terperangkap akibat letusan Gunung Marapi

Image
29 pendaki dari Riau yang terperangkap akibat letusan Gunung Marapi BACA di: https://pakdin.my/173996 75 pendaki yang terperangkap di kawasan Gunung Marapi ketika letusan terjadi pada Ahad (4/12/23) ternyata berasal dari Provinsi Riau. Kata Ketua Balai Pemulihan BPBD Riau, Rozita, direkodkan seramai 29 penduduk Riau didaftarkan sebagai tetamu yang mendaki kawasan pelancongan minat khas Gunung Marapi. Daripada 29 pendaki dari Riau, 6 daripadanya menurut Rozita masih belum turun manakala selebihnya berjaya turun dan dipindahkan oleh Pasukan Basarnas dan pasukan bersama lain. Nama-nama pendaki Riau yang telah berjaya turun adalah seperti berikut: 1. Elika Maharani 2. Dewi Anggraini 3. Naomi Joana Simanjuntak 4. Sri Wahyuni 5. Benget Hasiholan Maremare 6. Lolita Veronica 7. Diyah Surya Purnama Sari 8. Syaiful Anwar 9. Ahmad Albar 10. Lidia Fatmasari 11. Brima Danu 12. Ikhwanudin 13.Firnando Situmorang 14. Iqbal 15. Jeni 16. Toni Alifian 17. Al Fajri 18. Selastri Anggini 19. Nur Rizki 20. A...

11 pendaki Gunung Marapi terkorban, 12 belum ditemui

Image
11 pendaki Gunung Marapi terkorban, 12 belum ditemui BACA di: https://pakdin.my/173982 Setelah melakukan pencarian, Badan SAR Nasional (Basarnas) akhirnya berjaya menemukan pendaki Gunung Marapi yang berada di kawasan gunung tersebut ketika letusan terjadi pada Ahad (4/12/23) petang. Kepala Kantor SAR Padang, Abdul Malik, yang dipetik dari Isnin (4/12/2023) mengatakan, akhirnya ada 75 orang yang terdaftar dalam data tamu yang sedang mendaki Gunung Marapi pada saat kejadian. Daripada jumlah ini, 49 pendaki telah berjaya dipindahkan dan ada yang terus dibawa ke Hospital Padang Panjang dan Hospital Bukittinggi dan ada yang sudah pulang ke rumah. Setakat 07.10 WIB pagi tadi, 3 pendaki ditemui dalam keadaan selamat, manakala 11 pendaki dalam keadaan telah meninggal dunia. "Jumlah penemuan hari ini adalah sekitar 14 orang," kata Abdul Malik. Ketika ini kesemua mangsa dalam proses pemindahan dari puncak ke kaki Gunung Marapi. Tambah Abdul Malik, semua pasukan gabungan masih perlu me...

Pasukan SAR laung azan sebelum jumpa Naufal dalam keadaan selamat

Image
Pasukan SAR laung azan sebelum jumpa Naufal dalam keadaan selamat BACA seterusnya: https://pakdin.my/166045 Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) seorang pelajar tahfiz berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang di kawasan kebun getah di Kampung Tanjong Sejarah, Kampung Tawai, Gerik melaungkan azan sebelum menemukan pelajar itu dalam keadaan selamat, pagi ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak Sabarozi Nor Ahmad berkata Muhammad Naufal Adzimi Mohd Harris dijumpai pada 10.49 pagi ini, kira-kira dua kilometer dari lokasi motosikal yang ditinggalkan mangsa ditemukan.  “Pasukan SAR  pada pagi ini dipecahkan kepada lapan kumpulan yang disertai pelbagai agensi seperti JBPM, PDRM, PGA dan orang awam. Gerak kerja dimulakan dengan membuat laungan azan oleh Pegawai Operasi PKpgB Hasna Rashid. “Lokasi berkenaan sebelum ini juga telah pun dibuat pencarian namun mungkin situasi mangsa yang bergerak menyebabkan dia tidak ditemukan sebelum ini,” katanya...

Operasi SAR Orang Asli dikhuatiri dibaham harimau masuk hari kedua

Image
Operasi SAR Orang Asli dikhuatiri dibaham harimau masuk hari kedua BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164088 GUA MUSANG, -- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki Orang Asli Bateq yang dilaporkan hilang dikhuatiri diserang harimau ketika memancing di hulu Sungai Aring, Kampung Aring 5, di sini, diteruskan pada hari kedua hari ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang DSP Azmi Mokhtar berkata kumpulan 14 anggota penyelamat yang terdiri daripada anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) terpaksa bermalam di dalam hutan malam tadi. Beliau berkata kumpulan penyelamat berkenaan meneruskan perjalanan pagi ini dan belum tiba di tempat kejadian yang berjarak sembilan kilometer (km) dari Kampung Aring 5. “Seawal 8 pagi hari ini mereka sudah bergerak ke tempat kejadian dan sudah sampai sejauh jarak lima kilometer. Agak sukar menganggarkan masa yang tepat untuk sampai ke lokasi memandangkan kawasan berbuki...

[VIDEO] Laungan 'Allahuakbar' iringi kejayaan MAS-01 SMART selamatkan mangsa gempa

Image
[VIDEO] Laungan 'Allahuakbar' iringi kejayaan MAS-01 SMART selamatkan mangsa gempa BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162329 GAZIANTEP (TURKIYE): Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) menzahirkan perasaan bersyukur serta lega kerana berjaya menyelamatkan lima sekeluarga, semalam, selepas mangsa terperangkap dalam runtuhan bangunan kediaman mereka sejak enam hari lalu akibat gempa bumi dahsyat di Turkiye. Pegawai operasi mencari dan menyelamat (SAR) MAS-01 SMART, Inspektor Muhamad Zul Khairi Idris, berkata takbir 'Allahuakbar' dilaungkan pada saat mangsa pertama membabitkan seorang remaja lelaki, dibawa keluar pada jam 1.20 tengah hari (6.20 petang waktu Malaysia), dengan perasaan sebak menyelubungi diri beliau dan anggota pasukannya. Namun, Muhamad Zul Khairi bersama anggota kumpulannya menahan diri daripada terbawa-bawa perasaan itu, kerana tahu mereka memikul tanggungjawab dan harapan besar daripada rakyat tempatan untuk menyelamatkan mangsa yang ter...

[VIDEO] Mayat mangsa terakhir ditemui dalam beg tidur, mula mereput

Image
[VIDEO] Mayat mangsa terakhir ditemui dalam beg tidur, mula mereput BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161259 HULU SELANGOR – Penemuan gulungan beg tidur di tebing Sektor A (Hillview) membawa penemuan mayat kanak-kanak lelaki yang juga mangsa terakhir kejadian tanah runtuh Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali-Genting Highlands, di sini, hari ini. Timbalan Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, salah seorang pegawai kanan bomba ketika itu mendapati terdapat pergerakan cecair keluar dari tebing bukit itu. Katanya, penemuan tersebut membuatkan pegawai itu merasakan sesuatu yang ganjil sebelum menggerakkan sepasukan anggota SAR untuk menggali di sekitar tebing itu. “Hasil tindakan itu, pegawai tersebut menemui segulung beg tidur mempunyai satu mayat kanak-kanak di dalamnya yang berada empat meter dari lereng Sektor A dan kedalaman 1.5 meter. “Secara keseluruhannya, Mayat ditemui di Sektor A seramai 20 orang diikuti Sektor B (Farmview) 1 mangsa Manakala Sektor C...

[VIDEO] Malaysia sedia bantu SAR anak kapal perang Thailand

Image
[VIDEO] Malaysia sedia bantu SAR anak kapal perang Thailand BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161227 Kementerian Pertahanan bersedia menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sekiranya Thailand memerlukan bantuan selepas kapal HTMS Sukhothai karam ketika ribut di Teluk Thailand, Ahad lalu. Menterinya Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kementerian melalui Panglima Tentera Laut sudah menghubungi rakan sejawatnya di Thailand untuk menawarkan bantuan berkenaan. Beliau berkata, pasukan SAR itu juga sedia diatur gerak pada bila-bila masa jika diperlukan. "Kementerian melalui Panglima Tentera Laut telah pun menghubunginya dan juga mempelawa sekiranya ada apa-apa keperluan yang boleh kami bantu. "Kita juga ada menghubungi Penasihat Pertahanan Negara Thailand di Kuala Lumpur (bertanya jika ada) apa-apa yang perlu kami bantu. Kami bersedia tetapi mereka mengatakan buat ketika ini, mereka dalam keadaan terkawal dan boleh menguruskannya sendiri. https://www.instagram.com/reel/...