Posts

Showing posts with the label Imigresen

Thailand dijangka melepasi sasaran eksport beras 2023 apabila angka November melonjak

Image
Thailand dijangka melepasi sasaran eksport beras 2023 apabila angka November melonjak Sasaran eksport beras 2023 Thailannd sebanyak 8.5 juta tan hasil daripada lonjakan ketara dalam pembelian pada November, kata persatuan eksport beras. https://pakdin.my/174961 Charoen Laothamatas, presiden Persatuan Pengeksport Beras Thai, berkata pada hari Selasa bahawa eksport beras pada November mencecah 1.007 juta tan bernilai 23.01 bilion baht, masing-masing meningkat sebanyak 19.9% dan 23.3% berbanding Oktober. Rangsangan dalam eksport beras November kebanyakannya adalah dalam kategori beras putih dan beras jasmine kerana pengimport mahu menambah stok yang semakin berkurangan di tengah-tengah harga beras global yang tinggi dalam tempoh 15 tahun. Eksport beras digilap pada November berjumlah 659,694 tan, mencerminkan 31% yang besar berbanding Oktober. Pasaran utama bagi beras putih Thai termasuk Indonesia, Filipina, Algeria, Iraq, Malaysia, Jepun, Brazil dan Cameroon, katanya. Sebaliknya, Novembe

▶️ Sindiket pelacuran dan pusat hiburan tumpas

Image
▶️ Sindiket pelacuran dan pusat hiburan tumpas https://pakdin.my/174957 Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah berjaya menumpaskan satu sindiket pelacuran dan pusat hiburan dalam satu Operasi Khas dijalankan pada 12 Januari 2024 di 5 lokasi iaitu 2 premis pusat pelacuran dan 3 premis pusat hiburan KTV di Perakc Operasi bermula pada jam 11.00 malam melibatkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya, Pasukan Taktikal Khas (PASTAK), Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor, Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perak dan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perlis. Operasi ini dijalankan berdasarkan aduan dan risikan yang dijalankan oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya selama 1 bulan. Berdasarkan maklumat yang diperolehi pasukan operasi telah diatur gerak ke 5 premis dan telah menahan 52 orang perempuan warganegara China

Imigresen gempur 19 premis, 80 PATI ditahan

Image
Imigresen gempur 19 premis, 80 PATI ditahan https://pakdin.my/174823/ - Imigresen memeriksa 161 individu membabitkan antaranya warga Bangladesh, Indonesia dan Thailand. - Yang ditahan membabitkan 15 lelaki warga Bangladesh dan 31 lelaki serta 19 perempuan warga Indonesia. - PATI telah dihantar ke Depot Imigresen Lenggeng untuk siasatan lanjut. SEREMBAN – Seramai 80 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan selepas Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan mengempur 19 premis menempatkan warga asing di sekitar Seremban, Nilai dan Port Dickson. Dalam operasi tiga hari bermula 2 Januari itu, 17 pegawai dan anggota Imigresen memeriksa 161 individu membabitkan antaranya warga Bangladesh, Indonesia dan Thailand. Pengarahnya, Kennith Tan Ai Kiang berkata, kesemua yang ditahan membabitkan 15 lelaki warga Bangladesh dan 31 lelaki serta 19 perempuan warga Indonesia. Menurutnya, seorang perempuan warga Sri Lanka, dua lelaki dewasa warga India, sembilan lelaki dan seorang perempuan dewasa warga Myan

🎦 Beratur seawal 2 pagi nak beli coli

Image
🎦 Beratur seawal 2 pagi nak beli coli BACA di: https://pakdin.my/173747/ Orang ramai sanggup beratur panjang semata-mata untuk membeli pakaian dalam yang dikatakan dapat menyerap tenaga badan untuk memastikan pemakainya kekal sihat, selesa dan hangat. Menurut hantaran yang dimuat naik oleh @ts.chang723 di laman TikTok, orang ramai tidak kira lelaki atau wanita telah mula beratur seawal pukul 2 pagi untuk mendapatkan pakaian dalam dari jenama tersebut. “Semua orang ini sedang beratur untuk beli ‘seamless bra’. Ini bukan ceramah politik tau, ini semua beli coli. “Kedai belum buka lagi tapi orang dah mula beratur,” katanya dalam video sama. Menurut Chang, pakaian dalam yang dijual oleh jenama tersebut boleh melepaskan sinaran ‘far-infrared’ pada kulit untuk meningkatkan pengedaran darah. Tambahnya, ia juga diperbuat daripada sejenis serat yang bermanfaat terhadap kesihatan serta dapat menyerap suhu badan pemakai. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna di laman TikTok berasa musyki

🎦 Sindiket pemalsuan pasport didalangi warga Bangladesh

Image
🎦 Sindiket pemalsuan pasport didalangi warga Bangladesh Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket pemalsuan pasport didalangi warga Bangladesh yang menjadikan sebuah rumah sebagai markas di Kepong, Kuala Lumpur, semalam. Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata dalam operasi kira-kira 6.30 pagi itu, dua warga Bangladesh berusia 26 dan 28 tahun dipercayai orang kanan sindiket ditahan ketika membawa bungkusan mengandungi 105 naskah pasport palsu. Beliau berkata susulan itu, seorang lagi suspek berusia 33 tahun dipercayai dalang utama sindiket ditahan di sebuah rumah yang dijadikan lokasi membuat pasport palsu. “Pemeriksaan di rumah berkenaan membawa kepada penemuan 15 lagi pasport palsu serta peralatan membuat pasport antaranya kulit pasport, komputer riba serta mesin pencetak.   “Jumlah keseluruhan pasport palsu yang dirampas dalam operasi ini adalah 120 pasport antaranya pasport negara Indonesia, Bangladesh dan Myanmar,” katanya pada sidang media di sini hari ini. Ruslin berka

[Video] Imigresen tumpaskan sindiket membekal pekerja seks

Image
[Video] Imigresen tumpaskan sindiket membekal pekerja seks BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165905 Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah berjaya menumpaskan sindiket membekal wanita warga asing bagi tujuan khidmat seks dan menahan seramai 72 orang warga asing dalam satu operasi khas yang dijalankan pada 15 Jun 2023 di 5 lokasi sekitar Cheras dan Kepong.  Operasi ini bermula pada jam 9.00 malam melibatkan pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya. Turut ditahan ialah tujuh orang lelaki tempatan yang bertindak sebagai 'Kapten' dan penjaga premis.  Operasi khas ini dijalankan berdasarkan maklumat dan risikan selama satu bulan keatas sindiket yang membekalkan wanita warga asing untuk tujuan seks di sekitar kawasan Kuala Lumpur. Pasukan operasi telah menyerbu lima buah premis sindiket dan menahan seramai 72 warga asing yang terdiri daripada empat lelaki Vietnam, tiga lelaki Bangladesh, seorang lelaki India, 43 wanita Vie

[VIDEO] PATI bina penempatan haram lengkap sekolah di Nilai

Image
[VIDEO] PATI bina penempatan haram lengkap sekolah di Nilai Sebuah penempatan haram yang terletak sejauh 1.2 kilometer dari jalan utama dan mempunyai kemudahan sekolah dikesan dibina pendatang asing tanpa izin (PATI) di Nilai Spring, Nilai, dekat sini. Ia dikesan hasil serbuan dalam satu operasi bersepadu diketuai Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS), awal pagi tadi. Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Kennith Tan Ai Kiang, berkata perkampungan warga asing itu di bina di kawasan permukaan yang tidak rata dan berpaya selain dikelilingi besi serpihan jerat dan anjing liar. "Penempatan haram ini berada di kawasan permukaan bumi yang tidak rata dan berpaya serta dikelilingi besi serpihan jerat dan anjing liar yang mendatangkan risiko kecederaan tinggi kepada semua pegawai yang melaksanakan operasi itu. "Pasukan operasi juga terpaksa berjalan kaki melalui kawasan hutan sejauh 1.2 kilometer sebelum sampai ke lokasi. "Hasil risikan dijalankan selama sebulan, penemp

Imigresen serbu 'private party' dan penempatan kontena warga asing

Image
Imigresen serbu 'private party' dan penempatan kontena warga asing BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/160440 Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi ini dijalankan berdasarkan keprihatinan Jabatan atas maklumat dan aduan awam yang gusar akan kegiatan mencurigakan melibatkan warga asing.  Lokasi pertama operasi di sebuah private party di Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan lokasi kedua di sebuah penempatan warga asing di Brickfields, Kuala Lumpur. Dalam kedua - dua serbuan ini, pihak JIM telah memeriksa seramai 365 individu dan hasilnya seramai 84 orang warga asing yang berumur diantara 20 tahun hingga 50 tahun telah ditahan. Dalam operasi pertama, pihak JIM telah menyerbu sebuah private party yang dijalankan oleh penganjur warganegara Malaysia dan tetamu terdiri daripada kalangan warga asing majoriti daripada benua Afrika. Semasa pemeriksaan dilakukan, telah ber