Posts

Showing posts with the label Papan Anjal

Sukan SEA: Kimberly terkejut raih emas selepas fokus terjejas akibat silau

Image
Sukan SEA: Kimberly terkejut raih emas selepas fokus terjejas akibat silau BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163949 PHNOM PENH  -- Di sebalik kegembiraan, penerjun muda negara Kimberly Bong terkejut mampu meraih pingat emas acara 3 meter (m) papan anjal wanita Sukan SEA 2023 selepas mendominasi aksi final yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional Morodok Techo di sini hari ini. Penerjun berusia 20 tahun itu berkata ini kerana darjah kesukarannya pada saingan itu rendah berbanding pencabar negara lain, selain gagal mempamerkan prestasi terbaik susulan faktor silau yang menjejaskan tumpuannya. Susulan dua faktor itu, beliau tidak berjaya untuk sekurang-kurangnya menyamai rekod peribadi terbaik 280 mata selepas mengumpul 276.30 daripada keseluruhan lima terjunan. Bagaimanapun, atlet kelahiran Sarawak itu tetap gembira dengan keputusan berkenaan yang membolehkan beliau meraih emas pertamanya pada temasya sukan dwitahunan itu sejak membuat kemunculan pertama pada edisi 2017 di Kuala Lu