Posts

Showing posts with the label Tapir

Ely, Bera disahkan bunting

Image
Ely, Bera disahkan bunting https://huluselangor.com/?p=767389 HULU SELANGOR - Pusat Konservasi Hidupan Liar (PHKL) Sungai Dusun, Kuala Kubu Baru menerima khabar gembira apabila dua tapir Malaya bernama Ely dan Bera disahkan bunting pada Jumaat. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerusi pasukan Wildlife Reproductive Biotechnology (WRB) dan kakitangan PKHL melakukan pemeriksaan terhadap tiga tapir betina. Menurutnya, hasil pemeriksaan menerusi imbasan X mendapati dua daripadanya yang diberi nama Ely dan Bera disahkan bunting. "Ia dianggap berita gembira bukan saja kepada kami, malah rakyat Malaysia kerana tapir Malaya kian pupus dan merupakan spesies dilindungi," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu. Kenyataan itu memberitahu, tempoh bunting tapir antara 390 hingga 400 hari atau 13 bulan. "Ely dianggarkan melahirkan anak pada pertengahan Februari tahun depan manakala Bera pada Julai tahun sama. "Ka

[VIDEO] Tapir Malaya pintas penunggang basikal di Singapura

Image
[VIDEO] Tapir Malaya pintas penunggang basikal di Singapura BACA seterusnya di pakdin.my/?167404 SINGAPURA – Seorang penunggang basikal terkejut  terserempak dengan seekor tapir Malaya yang bergerak  laju di sebuah taman di Punggol, Singapura, awal pagi semalam, lapor portal berita Mothership. Individu berkenaan yang menggunakan nama Pong Posadas pada laman Facebook,  memuat naik video tapir itu dalam kumpulan sembang,  SG PCN Cyclist. Rakaman memaparkan haiwan tersebut berlari di hadapannya setelah memintasnya yang sedang menunggang basikal di sebuah trek pada pukul 6.30 pagi (waktu tempatan). Menurut Pong, tapir itu berlari dengan amat laju ke arah Jambatan Lorong Halus. “Saya terdengar sesuatu sedang berlari dari arah belakang. Saya menyangkakan ia kuda. Saya memperlahankan basikal dan membiarkan tapir itu memintas saya,” katanya. Sebelum ini, dilaporkan seekor tapir  Malaya  yang dipercayai berenang dari Malaysia ke Singapura dilihat berkeliaran di Punggol Park Connector pada 22 Ju

[VIDEO] 5 jam tangkap tapir sesat nak check in hotel mewah

Image
[VIDEO] 5 jam tangkap tapir sesat nak check in hotel mewah BACA seterusnya di https://pakdin.my/161408 MELAKA: Lebih lima jam diambil pasukan bomba bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bagi menangkap tapir betina yang berkeliaran di kawasan tempat letak kenderaan hotel di, Bandar Hilir,hari ini 1 Januari 2023. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Sofian Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan pada 9.04 pagi sebelum sepasukan lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian. "Kita kemudian menghubungi PERHILITAN bagi memaklumkan kehadiran haiwan itu dan mendapatkan bantuan bagi operasi menangkap. "Haiwan berkenaan ketika itu sedikit agresif dan kami meminta kepada pengurusan hotel untuk tidak membenarkan pengunjung meletakkan kereta di kawasan itu. "PERHILITAN juga terpaksa membiusnya tiga kali sebelum ia rebah selain terdapat kereta pengunjung yang mengalami kerosakan akibat dis

[Video] Elak ganggu tapir di Jalan Bukit Putus

Image
[Video] Elak ganggu tapir di Jalan Bukit Putus Selanjutnya:  https://pakdin.my/159353   Terdapat dua papan tanda lintasan tapir di kawasan berkenaan bagi memastikan orang ramai yang melalui kawasan itu agar berhati-hati. Tapir tidak berbahaya namun saya memohon agar orang ramai dan pengguna jalan raya tidak menganggu tapir berkenaan Hutan Simpan Gunung Angsi di Kuala Pilah merupakan lokasi habitat hidupan liar di negeri ini termasuk tapir. SEREMBAN – Orang ramai yang melalui Jalan Lama Bukit Putus, Kuala Pilah dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang gangguan sekiranya terserempak dengan tapir di kawasan tersebut. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Nurul Ermi Ramli berkata, ia susulan tular rakaman video di media sosial hari ini yang menunjukkan seekor tapir yang melintasi jalan tersebut pagi tadi. “Kami mengesahkan video yang diambil oleh individu tersebut adalah di laluan Jalan Lama Bukit Putus. Terdapat dua papan tanda lintas