Posts

Showing posts with the label Borneo

[Video] 3 sekeluarga rentung dalam kebakaran di Kampung Bahagia Jaya, Jalan Burung Beliris, Sibu

Image
[Video] 3 sekeluarga rentung dalam kebakaran  di Kampung Bahagia Jaya, Jalan Burung Beliris, Sibu Baca selanjutnya di:  https://pakdin.my/155593 -  Tiga sekeluarga rentung dalam kebakaran melibatkan dua rumah di Kampung Bahagia Jaya, Jalan Burung Beliris, Sibu pada malam Selasa. Kebakaran yang dipercayai berlaku pada 8.12 malam tadi, meragut nyawa nenek berusia 81 tahun, Rashidah Suut bersama anak lelakinya, Taip Bus, 55, dan cucunya, Sima Abdullah, 18. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.12 malam. Susulan itu, 19 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah serta Sibu bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran. “Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati terdapat sebuah rumah jenis tidak kekal telah terbakar,” katanya dalam kenyataan malam tadi. Katanya, siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca kebakaran serta anggaran jumlah kerugian.

[Video] Lebih 50 rumah atas air di Kampung Landung Ayang terbakar

Image
[Video] Lebih 50 rumah atas air di Kampung Landung Ayang terbakar [Sumber: https://pakdin.my/?p=154863 ] KUDAT: Dianggarkan lebih 50 rumah atas air di Kampung Landung Ayang, di sini, musnah dalam kebakaran setakat jam 7 malam ini. Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan usaha memadamkan api sedang giat dijalankan. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.26 petang. Katanya, sepasukan 15 anggota dan pegawai bersama dua jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian. "Operasi memadam kebakaran dilakukan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat dengan dibantu pasukan BBP Kota Marudu. "Sehingga kini, usaha memadamkan api kebakaran sedang giat dijalankan dan api masih belum dapat dikawal ," katanya dalam kenyataan media, hari ini. Katanya, operasi pemadaman itu juga turut dijala

[Video] Polis tembak tayar kejar wanita pandu kereta curi di Jalan Lintas Likas Kota Kinabalu

Image
[Video] Polis tembak tayar kejar wanita pandu kereta curi di Jalan Lintas Likas Kota Kinabalu [Sumber: https://pakdin.my/?p=154773 ] KOTA KINABALU - Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar sebuah pacuan empat roda selepas seorang wanita bertindak memandu secara agresif cuba melarikan diri daripada ditahan dalam kejadian di Jalan Sepanggar di sini, pada Isnin. Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dilaporkan sebagai kenderaan curi dikesan berada di tepi Jalan Tun Fuad Stephen, Pasar Kraftangan yang dipandu seorang wanita tidak dikenali. Orang awam yang menyedari kenderaan terbabit bertindak memaklumkan kepada bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan selanjutnya. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata, sebaik menerima laporan itu, pasukan unit peronda kenderaan pelbagai guna (MPV) polis berjaya mengesan kedudukan kenderaan yang berada di Jalan Tanjung Lipat. &quo