Posts

Showing posts with the label Kad Sistem

Dua suspek aktif curi kad sistem TM diberkas di Slim River

Image
Dua suspek aktif curi kad sistem TM diberkas di Slim River BACA di: https://huluselangor.com/?p=767319 Helah dua lelaki memperdaya polis dengan memakai baju berlogo Telekom Malaysia (TM) untuk mencuri kad sistem milik TM gagal apabila mereka yang sedang melakukan kegiatan itu, berhampiran stesen minyak di Slim River dekat Tanjung Malim, semalam diberkas. Ketua Polis Daerah Muallim Supt Mohd Hasni Mohd Nasir berkata semasa anggota dari Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Slim River melakukan tugas rondaan cegah jenayah di sekitar pekan Slim River pada 11 pagi semalam, ternampak kedua-dua suspek sedang membuka kabinet kad sistem. "Apabila pihak polis cuba menghampiri, kedua-dua suspek terus melarikan diri menggunakan sebuah kereta jenis Honda Accord yang didapati menggunakan plat pendaftaran palsu. "Pihak polis terus bertindak mengejar kereta tersebut dan berjaya menahan suspek di tepi Jalan Ibrahim Mohd Dom," katanya dalam satu kenyataan. Menurut beliau hasil pemeriks