Posts

Showing posts with the label Ibu Tunggal

Ibu tunggal diperdaya ‘bomoh’ serah video, gambar tanpa seurat benang

Image
ROMPIN – Gara-gara percaya terkena ‘buatan orang’ seorang ibu tunggal bukan sahaja mengalami kerugian sebanyak RM103,000 malah turut menyerahkan videonya melakukan hubungan seks, beronani dan gambar bogel serta air mani kepada suspek bagi melakukan rawatan mistik. Mangsa berumur 51 tahun yang berasal dari Terengganu dan bekerja sendiri sebagai tukang jahit telah menjual empat utas gelang tangan emas bernilai RM71,350 untuk diserahkan kepada suspek bersama seutas rantai emas bagi tujuan perubatan. Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, kejadian bermula 1 September lalu selepas mangsa yang mempunyai tiga anak berkenalan dengan seorang lelaki di Aplikasi Omi dan telah berhubung melalui Telegram. “Lelaki tersebut mengatakan mangsa telah terkena buatan orang dan akan membantu merawat pengadu serta meminta mangsa untuk menggenggam sebiji telur dan garam. “Barang tersebut perlu diletakkan dalam bilik dan mangsa berasa seperti telah dipukau serta telah menu...

Jual 'tubuh', ibu tunggal dipenjara 4 bulan

Image
Jual 'tubuh', ibu tunggal dipenjara 4 bulan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166491 MUAR: Seorang ibu tunggal dipenjara empat bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, tadi, atas pertuduhan menawarkan khidmat seks di sebuah rumah di Jalan Arab, di sini, awal bulan ini. Tertuduh, Nur Shafiqah Mohd Faris, 35, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Analia Kamaruddin. Mengikut fakta kes, sepasukan anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar membuat serbuan di sebuah rumah pada jam 11.30 malam, 9 Julai lalu. Dalam serbuan itu, terdapat dua individu masing-masing seorang lelaki dan wanita di ruang tamu kediaman yang disyaki menjalankan aktiviti persundalan. Pemeriksaan dalam bilik tidur kemudian menemui tertuduh serta seorang lelaki berusia 26 tahun dipercayai pelanggannya. Polis turut menemui kondom yang baru digunakan serta wang tunai berjumlah RM200 pada mangsa. Berikutan itu, tertuduh ditah...