Posts

Showing posts with the label Piala AFC

Piala AFC: Sabah ‘hadiahkan’ tiga mata buat PSM Makassar

Image
Piala AFC: Sabah ‘hadiahkan’ tiga mata buat PSM Makassar BACA seterusnya: https://pakdin.my/174274 Sabah seakan mula ‘simpan taring’ apabila menutup aksi Kumpulan H Piala AFC dengan kekalahan 1-3 kepada kelab Indonesia, PSM Makassar di Stadium Likas, sebentar tadi. Walaupun gagal memastikan tiga mata, keputusan itu langsung tidak beri kesan besar kepada kedudukan The Rhinos yang sudah pun layak ke pusingan separuh akhir zon ASEAN. Dominasi yang dipamerkan Sabah di babak pertama seakan tidak membantu apabila tuah lebih berpihak kepada PSM Makassar yang memasuki bilik persalinan dengan kelebihan dua gol. Ketika tuan rumah begitu galak mengatur serangan, PSM Makassar terlebih dulu cipta kejutan apabila mendahului permainan pada minit ke-16 menerusi percubaan Yakob Sayuri selepas percubaan jarak jauhnya berjaya memerangkap Khairul Fahmi Che Mat di pintu gawang Sabah. Selepas itu, bintang import Sabah, Ramon Machado dilihat beberapa kali bertindak cemerlang untuk melepaskan diri sebaliknya

Piala AFC: TFC menewaskan Bali United 2-0

Image
Piala AFC: TFC menewaskan Bali United 2-0 Terengganu FC (TFC) menamatkan saingan dalam Piala AFC dengan mengekalkan rekod tanpa kalah selepas menewaskan Bali United 2-0  pada aksi terakhir Kumpulan G di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini sebentar tadi Tuan rumah yang memburu kemenangan tujuh gol untuk mencerahkan peluang ke separuh akhir Zon mula mencemaskan kubu Bali United melalui tandukan Habib Haroon yang terkena palang minit ke-20. Rentak lebih agresif ditampilkan naib juara Piala Malaysia itu apabila rembatan Sony Norde (m-37) dan Ivan Mamut pada minit ke-38 ditepis keluar penjaga gol untuk sepakan penjuru. Habib yang mengambil sepakan sudut itu membuat hantaran pendek kepada Norde lalu melepaskan sepakan kencang dari luar kotak penalti untuk gol pendahuluan Sang Penyu. Bersambung babak kedua, pintu gol TFC nyaris dikejutkan Bali United mujur gerakan Ilija Spasojevic (m-57) dan Jean Mbarga (m-60) diselamatkan penjaga gol, Syed Nasrulhaq Syed Bidin. Hasrat TFC menggandakan

Piala AFC: Sabah gah belasah Hougang United 4-1

Image
Piala AFC: Sabah gah belasah Hougang United 4-1 BACA seterusnya di https://pakdin.my/173908/ Sabah FC meneruskan aksi konsisten dalam saingan Piala AFC selepas mencatat kemenangan 4-1 ke atas Hougang United pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura sebentar tadi. Pada aksi Kumpulan H itu, Sabah yang turun sebagai pasukan pelawat menampilkan aksi lebih meyakinkan apabila banyak melakukan serangan selain beberapa kali menguji kecekapan penjaga gol Hougang, Muhammad Zainol Gulam Mohamed. Pintu gol tuan rumah bocor pada minit ke-15 menerusi jaringan sendiri Naoki Kuriyama yang tertampan hantaran lintang Daniel Ting bagi meletakkan Sabah 1-0 di depan sebelum perlawanan ditangguhkan seketika akibat hujan lebat. Sebaik perlawanan bersambung, kedua-dua pasukan gagal menampilkan aksi sebenar apabila terpaksa beraksi dalam keadaan padang basah, namun Sabah menggandakan kedudukan hasil sepakan penalti penyerang, Darren Lok pada minit ke-44. Memasuki separuh masa kedua, sk

KL City mara ke final Piala AFC

Image
KL City mara ke final Piala AFC BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160908/ Kuala Lumpur: Kuala Lumpur City FC (KL City) mencipta sensasi apabila mara ke pentas final Piala AFC buat pertama kali sekaligus berpeluang mengulangi pencapaian Johor Darul Ta'zim (JDT) yang memenangi saingan itu pada 2015 lalu. Dalam aksi final Antara Zon menyaksikan anak buah Bojan Hodak mengejutkan kelab Uzbekistan, PFC Sogdiana dengan kemenangan menerusi penentuan penalti 5-3 selepas terikat tanpa jaringan dalam masa 120 minit di Kompleks Sukan Sogdiana, Jizzakh di Uzbekistan, sebentar tadi. Kejayaan itu membolehkan KL City menempah pertemuan dengan kelab dari Oman, Al Seeb yang menewaskan Al Riffa dari Bahrain dengan 4-0 dalam aksi final Zon Barat, dengan final dijadual berlangsung pada 22 Oktober ini. Skuad The City Boys yang menewaskan kelab India, ATK Mohun Bagan 3-1 di separuh akhir memberi ancaman menerusi tandukan Giancarlo Gallifuoco hasil sepakan sudut di minit ke-28 sedikit tinggi melewati