Posts

Showing posts with the label Brazil

Sapura Energy peroleh penyambungan kontrak RM580 juta di Brazil

Image
Sapura Energy peroleh penyambungan kontrak RM580 juta di Brazil Selanjutnya di: https://pakdin.my/160358 Syarikat usaha sama Sapura Energy Bhd di bawah segmen pembinaan dan kejuruteraannya (E&C), Sapura Navegacao Marítima SA telah diberikan lanjutan dalam kontrak pajakan dan perkhidmatan daripada Petroleo Brasileiro SA di Brazil. Sapura Energy dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, kontrak itu diberikan kepada Sapura Navegacao Marítima melibatkan sambungan selama dua tahun bagi kapal sokongan pemasangan paip (PLSV) Sapura Esmeralda bernilai RM580 juta. Sapura Navegacao Marítima adalah subsidiari milik penuh Seabras Sapura Participacoes SA, sebuah syarikat usaha sama antara Sapura Offshore Sdn Bhd dan Seabras Servicos De Petroleo SA. "Skop kerja kontrak merangkumi penyediaan perkhidmatan serta pajakan pemasangan dan pemulihan paip fleksibel di perairan Brazil pada kedalaman air maksimum 2,500 meter. Tempoh kontrak dua tahun untuk Sapura Esmeralda bermula serta-merta pada 2 O

[Video] 14 maut tanah runtuh, banjir kilat di Brazil

Image
[Video] 14 maut tanah runtuh, banjir kilat di Brazil Sumber:   https://pakdin.my/158065 ... RIO DE JANEIRO: Hujan lebat  menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh di seluruh negeri Rio de Janeiro di Brazil. Menurut pihak berkuasa, sekurang-kurangnya 14 orang termasuk lapan kanak-kanak maut manakala lima lagi penduduk masih hilang dalam kejadian itu. Jelas pihak berkuasa, mangsa termasuk seorang ibu dan enam anaknya tertimbus apabila tanah runtuh menghanyutkan kediaman mereka. “Tanah runtuh di kawasan perumahan Ponta Negra mengorbankan seorang wanita dan enam anaknya yang berusia dua, lima, lapan, 10, 15 dan 17 tahun. “Anak ketujuh berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital yang mana mangsa kini dalam keadaan stabil,” katanya. Tambahnya, empat orang lagi dilaporkan cedera. Enam lagi mangsa termasuk dua kanak-kanak maut di bandar Angra dos Reis. “Beberapa penduduk berjaya diselamatkan manakala lima lagi masih hilang,” katanya. Presiden Jair Bolsonaro menerusi hantaran di Facebook memak