Posts

Showing posts with the label Jeti

🎦 Buaya muncul di jeti Puteri Harbour

Image
🎦 Buaya muncul di jeti Puteri Harbour BACA seterisnya: https://pakdin.my/174191 ISKANDAR PUTERI – Kemunculan seekor buaya sepanjang kira-kira dua meter di Puteri Harbour, di sini menggemparkan pengunjung di kawasan jeti berkenaan hingga ia menimbulkan kebimbangan ramai di kawasan tumpuan pelancong itu. Seorang pengunjung yang dikenali sebagai Maryam berkata, reptilia berkenaan dilihat berlegar-legar berhampiran bot diletakkan di kawasan jeti tersebut. Katanya, kehadiran buaya itu amat mengejutkan pengunjung sekali gus menimbulkan kegusaran sama ada kawasan beriadah itu selamat dikunjungi khususnya pada hujung minggu. Kelmarin, tular video  menunjukkan kemunculan reptilia itu menimbulkan kebimbangan ramai. Terdapat pengunjung yang menyatakan bahawa pekerja di kawasan berkenaan mendakwa pernah menemukan dua ekor buaya di kawasan itu. Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Aminuddin Jamin berkata, pihaknya menerima aduan berkaitan kemuncu

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Image
[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh SEMPORNA: Tindakan pantas beberapa guru berjaya menyelamatkan lebih 20 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pababag, Semporna daripada lemas apabila jeti di Kampung Pulau Pababag, runtuh dalam kejadian pagi tadi. Rakaman video memaparkan murid yang lengkap berpakaian sekolah sedang terjatuh ke dalam laut turut tular di media sosial. Beberapa guru yang turut berada di jeti berkenaan kemudian dilihat mengambil tindakan pantas dengan terjun bagi menyelamatkan murid terbabit. Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. Katanya, kejadian itu berlaku pagi tadi membabitkan murid dan penduduk kampung. "Guru yang turut berada di kawasan itu ketika kejadian berkenaan berlaku kemudian terjun menyelamatkan murid mereka. Alhamdulillah, semua murid dan guru selamat," katanya ketika ditemui Bangunan UMNO