Posts

Showing posts with the label PRK

🎦 Calon GPS, Iskandar Turkee menang di PRK DUN Jepak

Image
🎦 Calon GPS, Iskandar Turkee menang di PRK DUN Jepak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/170534 BINTULU: Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak apabila calonnya Iskandar Turkee diisytiharkan sebagai pemenang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu malam tadi 4/11/2023. Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Jepak Abang Zainuddin Abang Turkey pada 8.30 malam di pusat penjumlahan undi di Dewan Suarah Bintulu di sini. Iskandar, 54, bekas pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) cawangan Sarawak menewaskan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) Chieng Lea Phing dengan majoriti 8,784 undi. Ketika mengumumkan keputusan itu, Abang Zainuddin berkata Iskandar memperoleh 9,638 undi, Stevenson 854 undi dan Chieng 431 undi. Peratusan pengundi yang keluar mengundi pada hari ini adalah 48.57 peratus. DUN Jepak mempunyai 22,804 pemilih yang terdiri daripada ...

BN menang di Pelangai dengan majoriti 2,949 undi

Image
BN menang di Pelangai dengan majoriti 2,949 undi BACA di: https://pakdin.my/168795/ Datuk Amizar Abu Adam dari parti Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri N.36 Pelangai, Pahang dengan majoriti sebanyak 2,949 undi. Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh mengesahkan kemenangan Amizar dalam pertembungan tiga penjuru. Amizar memperoleh 7,324 undi, sekali gus menewaskan Perikatan Nasional (PN) diwakili Kasim Samat yang mendapat 4,375 undi dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli, 47 undi. "Manakala, peratus keluar mengundi adalah sebanyak 72.12 peratus," menurut kenyataan. Dalam pada itu, Pegawai Pengurus PRK Pelangai, Datuk Mohammad Shahid Ismail menyifatkan proses pilihan raya sepanjang dua minggu berjalan lancar tanpa sebarang isu besar. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua petugas terlibat dan parti bertanding atas kerjasama diberikan sepanjang tempoh tersebut. Penghargaan juga ditujukan k...

🎦 PRK DUN Pelangai: Pengerusi SPR, hadir ke pusat pengundian SK Felda Kemasul

Image
🎦 PRK DUN Pelangai:  Pengerusi SPR, hadir ke pusat pengundian SK Felda Kemasul BACA: https://pakdin.my/168779 BENTONG, 7 Oktober - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh hadir ke pusat pengundian Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Kemasul pada 9.35 pagi tadi bagi meninjau sendiri perjalanan proses pengundian. Dalam lawatan selama 30 minit itu, beliau turut berkesempatan bertegur sapa dengan pengundi dan petugas di sini sebelum menuju ke pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan SK Chemomoi. Seramai 2,681 pemilih berdaftar akan mengundi pusat pengundian SK Kemasul membabitkan lima saluran. PRK DUN Pelangai yang berlangsung hari ini menyaksikan seramai 16,383 pemilih berdaftar bakal menunaikan tanggungjawab masing-masing di 9 pusat pengundian membabitkan 30 saluran. PRK DUN Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam, calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli.

Muhyiddin beri bayangan Tuan Ibrahim calon Menteri Besar Pahang

Image
Muhyiddin beri bayangan Tuan Ibrahim calon Menteri Besar Pahang BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168740/ JELEBU – “Kot-kot esok bangun pagi mana-mana yang berhormat masuk jemaah kita, Menteri Besar sudah ada Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bakal Menteri Besar Pahang,” kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sesi dialog bersama NGO-NGO Melayu di sini hari ini. Kata-kata Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang seolah-olah membayangkan berlakunya ‘lompat parti’ menimbulkan persoalan mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Bentong. Baru-baru ini tular dalam media sosial poster menyatakan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bakal diisytiharkan sebagai Menteri Besar Pahang sekiranya PN menang dalam PRK DUN Pelangai. Terdapat juga khabar angin menyatakan sekiranya PN menang di Pelangai terdapat empat wakil rakyat daripada BN akan...

[VIDEO] Kejayaan PH/BN pada di Pulai dan Simpang Jeram penunjuk positif dalam usaha meraih kemenangan di PRK Pelangai

Image
[VIDEO] Kejayaan PH/BN pada di Pulai dan Simpang Jeram penunjuk positif dalam usaha meraih kemenangan di PRK Pelangai BACA seterusnya di: pakdin.my/167395 - Kejayaan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional pada di Pulai dan Simpang Jeram menjadi penunjuk positif dalam usaha gabungan itu meraih kemenangan di PRK Pelangai, 7 Oktober ini. Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata kejayaan mempertahankan kerusi di Johor itu hasil kerjasama jentera PH-BN dan menjadi pembakar semangat untuk mempertahankan kerusi DUN Pelangai. Menurut beliau, Jelas jentera UMNO Barisan Nasional memberikan sokongan penuh kepada jentera PH di Pulai dan di Simpang Jeram. Anthony Loke mengakui jentera UMNO dan Barisan memang bertungkus lumus, berkempen bersungguh sungguh yang diketuai oleh Datuk Seri Khaled Nordin dan juga Datuk Onn Hafiz, Menteri besar Johor, yang nampak kesungguhan mereka dan jentera UMNO  Johor untuk memenangkan calon PH. "Kita jelas sekali bahawa itu adalah satu formula kejayaan dan sudah ...

Wanita UMNO minta ahli, pemimpin tumpu kepada PRK

Image
Wanita UMNO minta ahli, pemimpin tumpu kepada PRK BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166741 Wanita UMNO meminta seluruh ahli dan kepimpinan parti itu agar memberi tumpuan kepada beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan tidak lama lagi. Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata pihaknya akan terus bersama barisan kepimpinan dalam merangka strategi yang terbaik untuk memperkukuh parti serta menarik kembali sokongan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN). “Prestasi BN di dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang telah berlangsung baru-baru ini adalah tangggungjawab bersama seluruh kepimpinan. Ini bukanlah masa untuk menyalahkan mana-mana pihak,” menurutnya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata seluruh ahli parti perlu menerima keputusan PRN dengan hati yang terbuka serta perlu memperkasa Kerajaan Perpaduan demi kestabilan negara dan kemakmuran rakyat. “Agenda perpaduan ini sangat besar untuk kita semua bersama-sama berganding bahu membangunkan negara in...

UMNO Sabah sedia pertimbang letak calon PRK Bugaya – Bung Moktar

Image
  UMNO Sabah sedia pertimbang letak calon PRK Bugaya – Bung Moktar [SUMBER: https://pakdin.my/?p=153548 ] UMNO Sabah sedia mempertimbangkan untuk meletakkan calonya sekiranya Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya yang akan diadakan dalam tempoh terdekat ini. Ketuanya Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pertimbangan ini akan mengambil kira beberapa aspek terutamanya dari sudut sokongan rakyat di kawasan tersebut. “Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas kita (BN) tidak meletakkan calon untuk bertanding di kawasan ini, ianya diwakili oleh calon dari PBBM, Daud Tampokon bagaimana pun tewas di tangan parti Warisan yang diwakili ketika itu oleh Manis Muka Mohd Darah,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan kepimpinan UMNO Bahagian Semporna di pejabat UMNO Bahagian itu baru-baru ini. PRK Dun Bugaya diisytiharkan kosong setelah penyandangnya Manis Muka meninggal dunia akibat masalah buah pinggang pada 17 November 2020, namun PRK ditangguhk...