Posts

Showing posts with the label Segamat

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Image
[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini (25/01/2023) berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam tadi dengan Batu Pahat menjadi daerah terbaharu terjejas bencana itu. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan sebanyak lima pusat pemindahan sementara (PPS) baharu dibuka, menjadikan keseluruhannya 35 PPS di daerah Kota Tinggi, Kluang, Mersing, Segamat dan Batu Pahat. “Segamat terus menjadi daerah paling teruk terjejas banjir dengan 1,392 orang daripada 393 keluarga yang ditempatkan di 13 PPS. “Diikuti pula Kluang melibatkan 1,139 orang daripada 325 keluarga yang ditempatkan di 11 PPS,” menurut jawatankuasa itu dalam satu kenyataan,  pagi ini. Di Kota Tinggi, JPBN memaklumkan seramai 557 mangsa daripada 136 keluarga berlindung di enam PPS manakala daerah Mersing, terdapat empat PPS ya

Ahli Parlimen Segamat keluar PPBM?

Image
Ahli Parlimen Segamat keluar PPBM? Selanjutnua di:  https://pakdin.my/159641 Sudah menyerahkan surat keluar daripada PPBM kepada Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Hamzah Zainudin. Pimpinan parti PPBM masih memujuknya untuk mengubah fikiran namun, dia tetap akan meneruskan langkahnya untuk keluar. Santhara adalah antara 10 Ahli Parlimen yang mengikuti langkah Datuk Seri Azmin Ali untuk keluar daripada PKR susulan Langkah Sheraton. Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr Santhara Kumar, dilaporkan keluar daripada PPBM. Berdasarkan satu sumber, Santhara dilaporkan sudah menyerahkan surat untuk keluar daripada PPBM kepada Setiausaha Agung parti berkenaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin, minggu lalu. Kata sumber berkenaan, langkah Santhara itu dibuat selepas beliau berasakan masa depannya sebagai Ahli Parlimen bukan Bumiputera dalam parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu semakin gelap. "Presiden juga tahu mengenainya, namun pada masa ini pimpinan parti PPBM masih memujuknya untuk mengub