Posts

Showing posts with the label PKP

Sertai majlis sosial, penganjur, penyanyi popular dipanggil polis

Image
Ketua Polis Daerah Tapah, Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, semua individu terbabit akan dipanggil dalam tempoh terdekat untuk diambil keterangan. Polis akan memanggil beberapa individu termasuk penyanyi terkenal kerana menyertai majlis sosial dipercayai berlangsung di sebuah ladang dekat Kampung Poh, Bidor, di Tapah baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Tapah, Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, polis mengesan penularan gambar majlis sosial itu di Facebook (FB) pada jam 2 petang hari ini. Katanya, majlis berkenaan membabitkan selebriti tempatan dan beberapa individu di sebuah ladang sekali gus melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. “Melalui gambar tular itu, mereka tidak ada penjarakan sosial dan ada juga yang tidak memakai pelitup muka. “Gambar berkenaan dipercayai dirakam pada 24 Jun lalu oleh individu yang turut serta dalam majlis terbabit, ” katanya dipetik Harian Metro. Wan Azharuddin berkata, jamuan itu dihadiri ahli perniagaan tempatan ...

Disko bawah tanah diserbu, 58 ditahan

Image
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Nasri Mansor berkata, sebahagian besar pengunjung mula memasuki premis di tingkat bawah tanah sebuah hotel seawal jam 1 tengah hari. Seramai 58 pengunjung termasuk 22 wanita tempatan diberkas dalam serbuan terhadap sebuah pusat hiburan di Jalan Pudu, Kuala Lumpur, malam ini. Serbuan dijalankan oleh Bahagian Jenayah Maksiat, Judi, Kongsi Gelap (D7) Kuala Lumpur, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, hasil maklumat dan risikan yang dijalankan. Menurut Berita Harian, serbuan diketuai oleh Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Nasri Mansor itu bermula pada jam 9.30 malam. Katanya, berdasarkan siasatan awal, sebahagian besar pengunjung di pusat hiburan itu mula memasuki premis di tingkat bawah tanah sebuah hotel seawal jam 1 tengah hari. Pusat hiburan itu dilaporkan kerap diserbu sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) tahun lalu kerana sering beroperasi tanpa kebenaran.