Posts

Showing posts with the label Ampang

[VIDEO] Terlibat letupan bom di Pandan Indah, suspek ditangkap di Kedah

Image
[VIDEO] Terlibat letupan bom di Pandan Indah, suspek ditangkap di Kedah BACA seterusnya di https://pakdin.my/161497   Sepasang suami isteri ditangkap di Serdang, Kedah selepas disyaki terbabit dalam kejadian letupan sehingga menyebabkan seorang tukang masak maut di Pandan Indah, Ampang Jaya, Khamis lalu 30 Disember 2022. Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, penangkapan tersebut dibuat atas maklumat risikan yang dibuat oleh pihak polis. “Penahanan kedua-dua suspek masing-masing berusia 30 tahun dan 33 tahun itu dilakukan di sebuah rumah di Serdang,Kedah pada pukul 7.20 malam, semalam 3 Januari 2023. “Polis percaya tangkapan tersebut boleh membantu dalam menjalankan siasatan kes letupan bom di Pandan Indah, Ampang,” katanya dalam kenyataan hari ini. Menurut Sasikala Devi, perintah tahanan reman telah dipohon dan pihak Majistret telah membenarkan tahanan reman terhadap pasangan itu selama tujuh hari sehingga Selasa minggu hadapan. https://www.instagram.com/reel/C

BN Ampang tolak kerjasama dengan Zuraida, PBM

Image
BN Ampang tolak kerjasama dengan Zuraida, PBM Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159487   Naib Ketua Umno Ampang memaklumkan hanya calon dari BN sahaja akan disokong di Ampang bagi menghadapi PRU15. Bantahan itu dibuat menerusi kain rentang yang dipasang di sekitar kawasan Parlimen. “Kalau ada pihak atasan Umno, BN pusat terima untuk kerjasama kami tetap akan bantah. Umno dan Barisan Nasional (BN) bahagian Ampang menolak untuk bekerjasama dengan Zuraida Kamaruddin dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) termasuk bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15). Bantahan itu dibuat menerusi kain rentang yang dipasang di sekitar kawasan Parlimen itu termasuk di hadapan pejabat Umno Bahagian Ampang sendiri. Naib Ketua Umno Ampang, Nordin Kasiran ketika dihubungi FMT mengesahkan perkara itu dan memaklumkan pihaknya tidak boleh bekerjasama dengan PBM kerana mereka adalah golongan yang meninggalkan PKR yang pernah menjadi lawan kepada BN. “Memang kain rentang itu daripada Umno, BN Ampang sendiri, kit

[Video] Tanah runtuh: Mangsa keempat, kelima ditemukan meninggal dunia

Image
[Video] Tanah runtuh: Mangsa keempat, kelima ditemukan meninggal dunia Selanjutnya di:  https://pakdin.my/156797 - AMPANG - Mangsa keempat dan kelima tragedi tanah runtuh di Taman Bukit Permai di sini ditemukan meninggal dunia awal pagi Jumaat. Penemuan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang terkorban seramai empat orang manakala hanya seorang warga emas dalam lingkungan 80-an yang merupakan penduduk di sini terselamat. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mangsa keempat A Mahendran, 37, ditemui di hadapan unit rumah bernombor sembilan di sini sekitar jam 11 malam. "Mangsa kelima seorang lelaki tempatan merupakan penghuni rumah bernombor tiga ditemui di hadapan rumah. "Lelaki itu ditemui pada jam 1.55 pagi dan pemeriksaan dibuat pihak perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia," katanya dalam sidang media di lokasi operasi di sini, awal pagi Jumaat. Beliau berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) aka

[Video] Tanah Runtuh Taman Bukit Permai : 4 mangsa berjaya dikeluarkan, 3 daripadanya maut

Image
[Video] Tanah Runtuh Taman Bukit Permai : 4 mangsa berjaya dikeluarkan, 3 daripadanya maut Selanjutnya di:  https://pakdin.my/156777/?amp=1 - AMPANG: Empat individu dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh membabitkan 15 rumah di Taman Bukit Permai 2, di sini, hari ini. SORANG MANGSA DITEMUI SELAMAT Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, seorang mangsa berjaya ditemukan jam 6.54 petang manakala tiga masih tertimbus. "Mangsa yang ditemukan dalam keadaan selamat dan hanya alami cedera ringan manakala tiga lagi status tidak pasti," katanya MANGSA KEDUA MENINGGAL DUNIA Seorang wanita warga emas yang juga mangsa kedua kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai di sini pada Khamis dilaporkan meninggal dunia. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mangsa yang berusia 85 tahun itu dikeluarkan pada jam 9.10 malam. "Mangsa ditemui dalam rumah yang terletak bersebelahan lokasi tanah