Harga minyak dunia tinggi tapi Ringgit semakin lemah, luar biasa kata Najib
Harga minyak dunia tinggi tapi Ringgit semakin lemah, luar biasa kata Najib Selanjutnya: https://pakdin.my/159183 Ini adalah graf Ringgit Malaysia berbanding USD (merah) bersama graf harga minyak dunia (biru). Sejak dari dulu lagi, Ringgit akan mengukuh apabila harga minyak naik. Lagi tinggi harga minyak dunia, lagi kuat Ringgit Malaysia - dan sebaliknya. (Sebab itu garis merah dan biru biasanya akan gerak bersama sebelum ini dan sebab itu juga Ringgit menjadi lemah dari tahun 2014 hingga 2016 akibat kejatuhan mengejut harga minyak dunia ke bawah US$30 satu tong) Namun keadaannya sudah bertukar selepas PRU14. Harga minyak dunia tinggi tapi Ringgit semakin lemah. Ini adalah petanda bahawa ada yang tidak kena dengan keadaan ekonomi kita selepas PRU14. Antara faktor-faktor yang mungkin menyumbang kepada keadaan luar biasa selepas PRU14 termasuk: 1. Defisit kerajaan serta nisbah hutang kerajaan berbanding KDNK yang semakin naik (berbanding penurunan defisit 9 tahun berturut-turu...