Nak sangat ke kena rogol?
Nak sangat ke kena rogol? Selanjutnya: https://pakdin.my/157492 - Tindakan seorang wanita membuat laporan palsu kononnya disamun dan dirogol secara bergilir lima lelaki warga Afrika mengundang padah apabila dia bakal dihadapkan ke mahkamah akibat penipuannya itu. Perbuatan wanita warga asing berusia 20 tahun itu terbongkar selepas siasatan lanjut dijalankan pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang. Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, wanita itu pada mulanya membuat laporan polis pada 7.30 petang, 1 Februari lalu. "Berdasarkan laporan, dia mendakwa disamun dan dirogol semasa berada di tepi jalan SP5/4 Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan. "Lima lelaki warga Afrika dikatakan mengambil barang milik pengadu dan merogolnya secara bergilir-gilir," katanya dalam kenyataan hari ini. Menurutnya, bertindak atas maklumat kejadian itu, polis menjalankan siasatan dan hasil laporan doktor perubatan menunjukkan tiada kesan rogol terha...