Posts

Showing posts from October, 2016

PENDEDAHAN MEMO DALAMAN OPEN SOCIETY FUND (OSF) GEORGE SOROS MEN GENII PERANCANGAN MEREKA TERHADAP MALAYSIA

Image
Ini adalah sebahagian daripada pendedahan memo dalaman Open Society Fund George Soros berkaitan gerakkerja mereka terhadap Malaysia. 1. George Soros memberikan keutamaan kepada betapa pentingnya untuk mempengaruhi keputusan pilihanraya PRU-13 2013 selain daripada hanya membiayai pembangkang.  Mereka sebenarnya menggunakan apa sahaja kuasa keseluruhan rangkaian yang mereka ada termasuk juga kuasa melobi di Amerika Syarikat. 2. Seperti apa yang terkandung dalam pendedahan tersebut dimana mereka mengakui, mereka menjadi PEMANDU utama kepada menggetakkan gerakkerja "program Malaysia" - berbeza daripada peranan tradisional mereka hanya setakat memberi dana. 3. "Oleh kerana betapa pentingnya keputusan pilihan raya 2013, juga kerana kepentingan peribadi George Soros dalam keputusan pilihan raya tersebut, beliau telah memutuskan untuk mempertingkatkan tahap agensi OSF dalam gerakkerja dan memanfaatkan rangkaiannya rangkaian, termasuk membawa masuk kepakaran luar dan menj

HIDUP PERLU ADA TUJUAN - NAJIB RAZAK @ najibrazak.com

Image
Memang benar. Perjuangan Najib sekarang adalah berbeza daripada Mahathir kerana beliau membetulkan banyak masalah yang ditinggalkan oleh Mahathir. Dia tidak lagi Berjuang untuk kroni tetapi untuk Rakyat - itulah sebabnya kesaksamaan pendapatan lebih baik dari dahulu dan memberi lebih tumpuan kepada kebajikan dan program pembangunan sama rata - termasuk Malaysia Timur yang telah sekian lama diabaikan. Ia juga menyebabkan mengapa sebahagian besar projek-projek seperti industri IPP telah disusun semula pada kadar dan terma yang tidak lagi berat sebelah dan begitu juga lebuhraya PLUS daripada memberi kepentingan peribadi kini memberikan keuntungan kepada KWSP, Khazanah dan rakyat. Ia bukan lagi 'Kroni diutamakan' tetapi 'Rakyat diutamakan'.. Ucapan Perdana Menteri Mengenai Perjuangan Politik https://www.najibrazak.com/bm/audio-gallery/ucapan-perdana-menteri-mengenai-perjuangan-politik/ Rakyat Malaysia yang dikasihi, Sebagai seorang manusia, hidup ini perlu ada tujuan bagi m

Polis selesai kes tembak bunuh di Balingian, Sarawak

Image
MUKAH: Polis Sarawak menyelesaikan kes tembak dan bunuh di Balingian, Mukah Isnin lalu dengan menahan lelaki di rumah panjang Sungai Arip, Balingian, Mukah hari ini. Suspek berusia 54 tahun itu ditahan 2.30 petang tadi. Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansor berkata, suspek turut membawa polis ke satu kawasan semak berhampiran rumah panjang iaitu lokasi dia menyembunyikan senapang patah yang digunakan untuk menembak mangsa. Menurutnya, pada 12.30 tengah hari tadi, sembilan lelaki termasuk empat yang dikehendaki berusia 18 hingga 45 tahun menyerah diri di Balai Polis Pusat Miri. "Suspek yang ditahan ini akan diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah untuk siasatan lanjut," katanya. Katanya, setakat ini 22 individu ditangkap berhubung kes ini iaitu 10 penduduk rumah panjang dan 12 lelaki dari Miri. Pada 5.35 petang Isnin lalu, polis Sibu dimaklumkan orang awam mengenai kejadian tembak itu dan pasukan IPD Tatau yang sampai di tempat kejadian kira-kira 8 malam, m

Awakka polis nasat silik kes nya dulu

Image
KUCHING: Sapit Kepala Menteri Datuk Amar Douglas Uggah madah, awakka polis nasat dulu kes nyadi ba sebuah kebun di Ulu Sg Arip, Balingian, Mukah ti ngujungka seiku lelaki parai kena timbak. "Aku bedau entu nemu pasal kes nya, nama utai ke nyadi…Awakka polis nasat dulu, udah nya ila baru kitai nemu kebuah," ku Uggah. Iya ditanya pengarang berita bekait enggau kes ke bisi nyadi di Ulu Sg Arip ke ngujungka seiku parai lalu nitihka pemadah ari polis kemari, tiga iku udah ditangkap sereta deka diriman. Bekait enggau kes nya, ripot polis madahka udah nangkap tiga iku orang ke dipelaba ulih mantu pengawa tasat bekaul enggau pemati seiku lelaki ti dipelabaka ditimbak ngena senapang patah ba penama jalai ngagai kebun di Ulu Sungai Arip, Balingian, Mukah kemari. Kepala Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor madah ketetiga iku lelaki ti ditangkap nya berumur dalam antara 20 ngagai 30 taun ti dipelabaka kaling lelaki ditimbak, dikearap ulih mantu tasat nya. "

Wanita Berbogel Depan Pasaraya Di Miri

Image
Miri: Seorang wanita yang dipercayai mengalami tekanan perasaan menggemparkan orang ramai apabila berbogel di pekarangan pasar raya e-Mart, jam 5 petang kelmarin. Wanita berusia 30-an itu bersandar pada kereta lebih setengah jam dan membiarkan orang ramai merakam gambarnya. Sumber berkata, wanita terbabit sudah berumahtangga dan polis tiba tidak lama kemudian selepas dimaklumkan orang awam. "Anggota unit kereta peronda (MPV) membawa wanita itu ke Hospital Miri. "Difahamkan, wanita terbabit dipercayai bertindak demikian kerana tekanan perasaan akibat masalah keluarga namun punca sebenar masih disiasat," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Khoo Leng Huat ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit. "Wanita itu dirawat di Hospital Miri atas permintaan suaminya," katanya.

Kebakaran Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru - 6 Di Percayai Maut

Image
JOHOR BARU:  Enam pesakit terkorban dalam kebakaran yang berlaku di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah di sini, pagi Selasa. Ratusan pesakit lagi dipindahkan ke wad lain susulan kejadian itu. Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan menerusi tweet mengenai tujuh orang terperangkap dalam bangunan dan enam daripadannya telah terkorban. Seorang mangsa yang terperangkap dapat menyelamatkan diri. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Othman Abdullah berkata seramai 166 anggota bomba dan 10 jentera dikejarkan ke HSA sebaik sahaja panggilan diterima pada 8.56 pagi tadi. "Di ICU itu ada tujuh mangsa yang memang agak kritikal keadaannya yang difahamkan oleh doktor mereka terpaksa menggunakan bantuan pernafasan dalam keadaan normal jadi pesakit-pesakit itu tidak boleh dipindahkan sekiranya tiada katil sekali," katanya. Othman berkata bagaimanapun kebakaran tidak merebak ke tempat lain. Terdahulu Ketua Polis Daerah J

#Bajet2017: Isu Negara Muflis Akibat Hutang Wajar Diperbetulkan - Pakar

Image
Isu membabitkan tahap keberhutangan negara yang tinggi yang sering dimomokkan sebagai petanda bahawa negara akan muflis hanyalah salah faham ekonomi dan perlu diperbetulkan. Ketua Kluster Ekonomi dan Pengurusan Majlis Profesor Negara Datuk Dr Noor Azlan Ghazali berkata ini kerana antara indikator dilihat ketika hendak membuat pinjaman ialah sama ada pinjaman tersebut bersifat produktif atau sebaliknya dan keupayaan membayar balik. "Pinjaman kerajaan misalnya sebanyak RM582 bilion pada 2014, tetapi itu adalah stok pinjaman, namun bayaran hutang pada tahun tersebut hanya sekitar RM20 bilion sahaja, itu bayaran, bukan stok. Malah ia bukannya perlu dibayar dengan segera kerana mempunyai tempoh kematangan hutang," katanya. Noor Azlan berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi panel dalam Diskusi Pasca Bajet 2017 anjuran Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia di sini, Ahad. Malah jelasnya Malaysia menyaksikan pembangunan pesat dica

Enam Kategori Penipu Di Malaysia

Image

Bajet 2017: Inklusif ke pemaik, pengelantang semua rayat

Image
KUALA LUMPUR: Menteri Besai Datuk Seri Najib Tun Razak kemari maya bejuraika Bajet 2017 ngenukuka perintah seruran komited untuk ngemujurka bajet lalu mangku tangggungpengawa nengah chara nguna belanja ke manah ti mungkur semua segmen rayat. "Bajet tu ukai digaga ngemeratka seraban rayat aja, tang digaga nengah gaya ti inklusif ke pemaik enggau pengelantang semua rayat," ku Najib ti mega Menteri Wang lebuh bejuraika Bajet 2017 di Dewan Rakyat ditu kemari. Entara segmen ti teulihka pemaik ari Bajet 2017 iya nya pengereja pengawa perintah ti penyampau diatu manggai 1.6 juta, penerima Bantu Rayat 1Malaysia (BR1M),peranak menu a pesisir, raban orang berikan, raban nembiak, rambau kedua Felda, Felcra enggau Risda, deriba teksi enggau orang dagang. Dalam Bajet 2017 berambaika jakun 'Menjamin Perpaduan & Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh' nya, Najib udah mantaika perambu RM260.8 bilio

Cyberattack Menghalang Akses Kepada Beberapa Laman Web

Image
Serangan Apa yang dipanggil ' denial-of-services '  menyebabkan laman web tidak dapat di akses. Serabgan dilakukan berterusan membanjiri server dengan 'junk data', menyekat laluan bagi pengguna. Beberapa laman web termasuk Twitter dan Tumblr tidak dapat di akses oleh pengguna internet tengah malam Sabtu akibat serangan dalam talian yang berterusan.

Nahas Kota Belud: Angka maut meningkat 8 orang

Image
KOTA BELUD: Angka maut nahas membabitkan empat kenderaan di Jalan Kota Belud, pagi tadi, meningkat kepada lapan orang. Mangsa kelapan adalah Neta Ramlan, 37, ibu kepada dua lagi mangsa yang maut, Nursukah Abd Jumat, 3 dan Aidil Abd Jumat, 8. Kemalangan kira-kira jam 5.55 pagi di Jalan Kota Belud - Kota Marudu di Kampung Keguraan itu membabitkan sebuah PROTON Saga, PROTON Gen2, PERODUA Kancil dan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux. Mangsa yang maut ialah lima penumpang PROTON Saga, Nursukah, Aidil, Neta, Hamirah Mohamad Salleh, 39 dan Vera Alira Jalius, 6. Turut maut, pemandu dan penumpang PROTON Gen2, Frenwell Jeffery, 31; adiknya, Herlin Naxe, 26 serta Ellyzek Johnny, 28, semuanya dari Kampung Parapat Darat, Kudat. Sarini Body, 21 dan tunangnya, yang juga pemandu PROTON Saga, Alibasa Alibaba, 24, parah. Pemandu PERODUA Kancil cedera ringan manakala pemandu Toyota Hilux tidak cedera. Senarai mangsa maut #Penumpang PROTON Saga Nursukah Abd Jumat, 3 Aidil Abd Jumat, 8

PAS Juga Tak Setuju Tindakan Keluar Dewan #Bajet2017

Image
Ketika parti pembangkang lain menunjukkan kebiadaban dengan keluar daripada Dewan Rakyat ketika Bajet 2017 dibentangkan, PAS pula mengambil pendirian berbeza dengan PKR dan DAP. Nasrudin Hassan PasTegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin bin Hassan, meskipun ada beberapa perkara yang tidak dipersetujui, namun ia seharusnya dikemukakan dengan cara yang lebih baik dan ilmiah. "Ada perkara yang kita tidak setuju dalam kandungan bajet namun cara kita ialah dengan mengemukakan pandangan dan hujjah bantah secara ilmiah dalam perbahasan. "Sebagaimana ada perkara yang baik untuk rakyat dan negara dalam bajet. "Malah peraturan di Dewan Rakyat ini, jika kita tidak bersetuju pun dengan bajet, kita boleh memilih mengundi untuk menolak dalam sesi pengundian," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. Nasrudin mengulas berhubung tindakan ahli-ahli parlimen pembangkang keluar dewan semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang membentangkan Bajet 2017 hari ini.

MAHATHIR HARAP NAJIB BERI PELUANG KEPADA BOBOI 'SELAMATKAN MALAYSIA'

Image
Itulah apa yang di tulis Mahathir didalam blog beliau, semua mengenai semalam. Mahathir memberitahu Najib bahawa beliau, Mahathir, tahu bagaimana untuk menguruskan ekonomi dan kewangan Malaysia, dan jika Najib membenarkan anaknya mengambil alih sebagai Menteri Kewangan maka dia, Mahathir, akan memastikan bahawa Malaysia akan mempunyai wang yang diperlukan untuk membiayai untuk Bajet 2017 . 1. Hari  ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan Malaysia akan membentangkan Bajet 2017 di Parlimen. Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyiarkan ulasan mengenai bajet dalam blognya (BACA DI SINI). http://chedet.cc/?p=2284 2. Selepas membaca komentar Mahathir, saya hanya boleh membuat kesimpulan dengan mengatakan bahawa kebanyakannya adalah pendapat peribadinya atau pandangan. Dia tidak benar-benar melampirkan apa-apa data sejarah atau menyokong andaian dan ramalan beliau dengan fakta-fakta penting. 3. Pada tahun 1950, Amerika dan China berperang p

Bergurau ada hadnya...

Image
BERGURAU tidak salah, malah Islam pun mengharuskannya selagi masih dalam batasan. Apa yang penting, jangan melampau hingga sengaja mereka-reka sesuatu yang langsung tidak diucapkan oleh individu terbabit. Mungkin kerana kononnya atas alasan untuk bergurau, lazimnya pada setiap Khamis, ramai lelaki sibuk berkongsi mesej, gambar dan dialog 'malam Jumaat' sesama mereka dalam kumpulan interaktif media sosial terutama WhatsApp. Pendek kata dalam masa seminggu, hari itu boleh dianggap sebagai yang paling sibuk bagi mereka. Jika gambar dan dialog itu hak milik sendiri (Sdn. Bhd.), terpulanglah untuk disebarkan, tiada siapa yang marah. Tetapi ia menjadi masalah apabila penyebar sama ada yang pertama atau kesejuta langsung tidak mengenali mereka. Yang pasti kesemua 'mangsa-mangsa' itu mempunyai kehidupan dan saudara mara. Malah tidak salah dikatakan bahawa mereka juga adalah anak perempuan, adik, kakak, ibu, sepupu, ibu saudara , jiran, menantu atau rakan sepejabat kepada

Skim Bayaran Penuh Pesakit Hospital Kerajaan Hanya Sebagai Pilihan Kepada Yang Berkemampuan

Image
1. Pilot perkhidmatan FPP ni dah lama di lakukan di Hospital Selayang dan Hospital Putrajaya. Sekarang ianya berkembang ke beberapa hospital. 2. Ianya melibatkan pesakit luar, dalam dan rawatan harian. Pesakit akan bayar perkhidmatan ini dan mereka berhak memilih siapa doktor yg mahu merawat dan mendapatkan perkhidmatan kelas pertama. 3. Perkhidmatan ini seakan-akan "Private Wing" di Hospital university. 4. Mereka akan diberi kaunter khas, bilik khas, ward khas dan staf khas. Tidak ganggu ward kelas pertama dan perkhidmatan sediakala. ... Tujuan : 1. Menambah baik perkhidmatan kesihatan kerajaan. Sesiapa yg berkemampuan tapi tidak mahu pergi ke private hospital, boleh dapatkan di hospital kerajaan. Dari segi kos, besar kemungkinan sedikit rendah dari private. 2. Menjaga kebajikan para doktor dan golongan sokongan terutama pakar untuk menambah pendapatan. Sebahagian bayaran akan diberi kepada mereka dan sebahagian akan ma

Bajet Alternatif 2017 Pembangkang Penuh Khayalan Dan Fantasi.

Image
Pakatan Harapan telah melancarkan Bajet Alternatif 2017 semalam, iaitu dua hari sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2017 di Parlimen pada 21 Oktober 2016. Seperti biasa bajet bayangan pembangkang ini hanya berbentuk mencari populariti serta tidak menyeluruh. Bajet Alternatif ini bertemakan "Pakatan Harapan Menentukan Masa Hadapan" yang dihasilkan oleh DAP, PKR dan PAN ini banyak memberikan tumpuan kepada perkara yang akan memberikan populariti kepada mereka, tanpa memikirkan mengenai keperluan dan pembangunan masyakarat keseluruhannya. Menariknya, bajet ini dibuat tanpa mengambil kira parti bunga, PPBM sebagai sekutu baru mereka. Beberapa perkara hanya menyalin kulit seperti tahun lepas dan ada yang telah dilaksanakan oleh kerajaan. Jika dilihat kepada bajet alternatif ini, pembangkang banyak memberikan cadangan tanpa menyatakan mengenai kaedah pelaksanaannya. Bajet yang dibuat tanpa melibatkan wang ringgit sudah tentu mudah dir

Kampung Bako dilanda air pasang besar

Image
KUCHING:  Penduduk Kampung Bako kira-kira 40 Kilometer dari sini dikejutkan dengan peningkatan mendadak paras air sungai di kampung berkenaan, petang tadi. Kejadian itu berlaku apabila air laut mula pasang kira-kira jam 4 petang sehingga menyebabkan air Sungai Bako melimpah. Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Kuching, Tiong Ling Hii berkata, beberapa rumah sudah dinaiki air sehingga paras 0.5 meter. Beliau berkata, anggota Pasukan Bomba Sukarela Bako Indah kini berada lokasi untuk melakukan tindakan menyelamat apabila diperlukan. "Setakat ini kami dimaklumkan tujuh rumah yang berdekatan sungai sudah dimasuki air. "Anggota pasukan sukarela kami masih memantau keadaan di lokasi ketika ini," katanya. Katanya, air laut pasang besar mencapai tahap tertinggi iaitu 5.3 meter pada jam 6.55 petang ini

Jambatan Batang Sadong beri manfaat lebih 50,000 penduduk - Najib

Image
Jambatan Batang Sadong sepanjang 1.48 kilometer (km) telah siap dibina dan memberi manfaat kepada lebih 50,000 penduduk tempatan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata, itu merupakan satu daripada banyak lagi pembangunan yang akan terus dilakukan kerajaan di Sarawak bagi rakyat negeri itu. "Jambatan Batang Sadong sepanjang 1.48km di Sarawak itu mula dibina pada 2011. Saya membuat tinjauan pada Januari lalu bagi melihat sendiri projek yang saya luluskan," katanya menerusi catatan di laman Twitter dan Facebooknya, hari ini. Najib yang melahirkan kegembiraannya dengan siapnya jambatan tersebut turut memuat naik gambar yang diambilnya sewaktu meninjau projek tersebut pada 31 Januari lalu. Jambatan yang merentasi Sungai Batang Sadong itu merupakan jambatan terpanjang di Sarawak dan telah mula dibina pada Julai 2012 dengan kos RM211.3 juta.