Enam cedera, Mitsubishi Pajero jatuh gaung 10 meter di Rawang Bypass
Enam cedera, Mitsubishi Pajero jatuh gaung 10 meter di Rawang Bypass BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163548 HULU SELANGOR – Seramai tujuh individu termasuk lima kanak-kanak berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka terjatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter di Rawang Bypass, Serendah menghala ke Kuala Lumpur, di sini, semalam. Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 3.58 petang. Menurut beliau, seramai enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu digerakkan ke lokasi kejadian. “Setibanya Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Harashid Rosli di lokasi, terdapat kemalangan melibatkan sebuah kereta pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero Sport. “Kenderaan tersebut jatuh ke dalam gaung dengan kedalaman anggaran 10 meter kecuraman. “Enam individu cedera ringan dalam kemalangan itu iaitu pemandu lelaki berusia 30-an, dua kanak-kanak lelaki (empat dan lima tahun) dan tiga kanak...