Jerebu Malaysia bukan ‘kiriman’ Indonesia
Jerebu Malaysia bukan ‘kiriman’ Indonesia BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168545/ JAKARTA – Pemerintah Indonesia melalui Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan(KLHK), menafikan tuduhan bahawa jerebu akibat kebakaran hutan dan tanah di Indonesia bergerak ke Malaysia. Dalam satu kenyataan hari ini Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan, Siti Nurbaya Bakar berkata, aduan Malaysia tentang jerebu Indonesia adalah tidak tepat. “Kami memantau situasi dan tiada jerebu rentas sempadan sampai ke Malaysia” katanya. Berkenaan imej jerebu merentasi sempadan, kementerian berkenaan menerima laporan tebaran jerebu daripada Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofizik(BMKG) dan Pusat Khas Meteorologi ASEAN (ASMC) dari 28 September hingga 30 September setakat tengah hari kelmarin. Menurut Siti Nurbaya, tiada jerebu rentas sempadan dari Indonesia merentasi ruang udara ke Malaysia. Berdasarkan pemerhatian ASMC, selama beberapa hari, jerebu yang berlaku adalah sederhana hingga tebal di sebilangan kawasan...