Posts

Showing posts with the label Puad Zarkashi

Kes Shahrir bukti Thomas lakukan pendakwaan politik, kata Puad

Image
Kes Shahrir bukti Thomas lakukan pendakwaan politik, kata Puad BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161248 Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi menggesa pihak berkuasa menyiasat Tommy Thomas atas dakwaan melakukan pendakwaan politik, susulan keterangan saksi di mahkamah pada Jumaat membabitkan bekas peguam negara itu. Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu Thomas tetap mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa bekas pengerusi Felda, Shahrir Samad walaupun kertas siasatan terhadapnya tidak lengkap. Pegawai Penyiasat SPRM, Nurzahidah Yacop dilaporkan berkata, beliau menerima kertas siasatan daripada pihak pendakwaan bahawa Thomas memberi izin untuk mendakwa Shahrir pada 15 Jan 2020. Puad berkata, keterangan pegawai penyiasat SPRM itu adalah bukti Thomas melakukan pendakwaan politik. Beliau turut mendakwa pemimpin Umno berdepan pendakwaan politik ketika Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri ketujuh. “Asalkan didakwa sudah. Tujuannnya ...

Anak bulan di Putrajaya, ‘Raya’ atau ‘pilihan raya’, kata Puad

Image
Anak bulan di Putrajaya, ‘Raya’ atau ‘pilihan raya’, kata Puad BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160943/ Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi memberi bayangan kemungkinan Parlimen akan dibubarkan esok. “Difahamkan anak bulan telah kelihatan dengan jelas di Putrajaya. ‘Raya’ atau ‘pilihan raya’,” katanya ringkas di Facebook. “Difahamkan anak bulan telah kelihatan dengan jelas di Putrajaya. ‘Raya’ atau ‘pilihan raya’,” katanya ringkas di Facebook. Spekulasi mengenai pembubaran Parlimen semakin kuat selepas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dijangka membuat satu pengumuman penting esok. Ismail dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini untuk mendapat perkenan baginda bagi membubarkan Parlimen. Satu sumber peringkat tinggi kerajaan yang dihubungi berkata, beliau tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat mengenai pertemuan itu tetapi memberitahu, ada satu pengumuman penting dari perdana menteri esok. Terdahulu, New Straits Tim...

Soalan untuk Ketua Hakim Negara

Image
Soalan untuk Ketua Hakim Negara BACA seterusnya https://pakdin.my/160738/ Tun Maimun kata, jangan komen penghakiman yang telah dibuat. Tanya dulu, apatah lagi jika ia bukan bidang kita. Sebenarnya banyak kali ditanya. Tetapi tidak dijawab. Baiklah elok kita ulangi pertanyaan itu.  1. Betulkah permohonan Najib guna Peguam DiRaja dari UK ditolak kerana dia tidak fasih berbahasa Melayu. Apakah Dr Pornthip pakar patologi dari Thailand dalam kes Teoh Beng Hock fasih cakap Melayu? 2. Alasan permohonan Najib guna Peguam DiRaja dari UK ditolak kerana Peguam dari Malaysia cukup pakar. Tetap kenapa Jabatan Peguam Negara guna peguam swasta Gopal Seri Ram jadi pendakwa? Apakah negara tidak ada pendakwaraya yang pakar setelah 65 tahun merdeka? 3. Najib memohon Ketua Hakim Negara menarik diri kerana suaminya adalah penyokong pembangkang secara terbuka. Masalahnya kenapa Ketua Hakim Negara sendiri yang menjadi hakim sama ada dia perlu tarik diri atau tidak. Sudah pasti permohonan Najib ditolak. C...

Imej Dr M, Anwar, Hadi semakin merosot, kata Puad

Image
Imej Dr M, Anwar, Hadi semakin merosot, kata Puad Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157185   - Imej pimpinan utama pembangkang seperti Dr Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim dan Abdul Hadi Awang jelas semakin merosot susulan kekalahan dalam beberapa siri pilihan raya negeri (PRN) termasuk terakhir di Johor, menurut seorang pemimpin Umno. Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi berkata, paling ketara adalah Mahathir yang dilihat seperti “menangkap muat” calon partinya untuk bertanding dalam PRN Johor. “PRN menunjukkan pengaruh Mahathir paling nyata berada peringkat minimum. Paling ‘significant’ tak ada jentera. Mereka bergantung kepada upah orang untuk naikkan bendera. “Paling teruk calon-calon tangkap muat. Tak kenal datang dari mana, yang tak ada sumbangan dalam masyarakat,” katanya. Pada PRN Johor Sabtu lalu, Barisan Nasional (BN) memperoleh 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk meraih kemenangan melebihi majoriti 2/3, berbanding Perikatan Nasional (PN...

#PRNJohor: Sokongan bersyarat Bersatu bermakna PM tak bebas, sentiasa diugut, kata Puad

Image
  #PRNJohor: Sokongan bersyarat Bersatu bermakna PM tak bebas, sentiasa diugut, kata Puad [Sumber: https://pakdin.my/?p=154241 ] Sokongan bersyarat Bersatu kepada Perdana Menteri seperti yang diumumkan pemimpin parti itu baru-baru ini menunjukkan Ismail Sabri Yaakob tidak bebas dan sentiasa diugut, kata Puad Zarkashi. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu berkata atas sebab itu Parlimen wajar dibubarkan segera kerana syarat-syarat seperti itu menjadikan politik negara tidak stabil. “Perdana Menteri akan terganggu dengan ugutan dan kata dua,” katanya dalam kenyataan. “Itulah sukarnya bila wujud kerajaan majoriti lemah. Timbul banyak gangguan dan tuntutan tidak munasabah, termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri.” Puad menjawab kenyataan Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, semalam bahawa sokongan parti itu kepada Ismail adalah bersyarat, di sebalik pertelingkahan dengan Umno berhubung Pilihan Raya Negeri Johor. Wan Saiful mengingatkan bahawa, “Ismail menjadi Perdana M...