Posts

Showing posts with the label Batang Kali

Lelaki ditahan bersama air ketum di Batang Kali

Image
Lelaki ditahan bersama air ketum di Batang Kali BACA seterusnya di: https://huluselangor.com/?p=767399 KEJAYAAN TANGKAPAN (1) LELAKI WARGA TEMPATAN TERLIBAT DALAM KES KETUM HULU SELANGOR, Pada jam lebih kurang 1800 hrs 08.12.2023, sepasukan Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Hulu Selangor telah berjaya menahan dan menangkap (1) lelaki warga tempatan di kawasan Batang Kali, Hulu Selangor.  Hasil pemeriksaan yang telah dijalankan telah menjumpai dan merampas (1) botol plastik lutsinar berisi cecair disyaki air ketum. Berikutan kejayaan ini, pihak Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Hulu Selangor telah membuka kertas siasatan di bawah Sek.30(3) AR 1952.  Ketua Polis Daerah Hulu Selangor memohon dan menggesa orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan dengan dadah, jenayah dan sebarang aktiviti yang mencurigakan untuk tampil atau menyalurkan maklumat ke Pusat Kawalan Daerah, Balai-balai berdekatan atau FB messenger Polis Dearah Hulu Selangor. PDRM Hulu Selangor a

Polis terima 4 laporan penampakan harimau belang di Hulu Selangor

Image
Polis terima 4 laporan penampakan harimau belang di Hulu Selangor BACA seterusnya di: https://pakdin.my/167151/ Polis mengesahkan menerima laporan berhubung penampakan seekor harimau belang yang berkeliaran di sekitar kawasan Batang Kali, Goh Tong Jaya, Kuala Kubu Bharu dan Serendah. Timbalan Ketua Polis Hulu Selangor Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, pihaknya sudah memaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengenai perkara itu supaya mereka dapat mengambil tindakan awal untuk memastikan keselamatan masyarakat setempat terjamin. "Perhilitan sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian seekor harimau yang dikatakan berkeliaran, dengan memasang beberapa kamera untuk mengenal pasti kedudukan haiwan itu," katanya dalam kenyataan hari ini. Sementara itu ketika dihubungi Bernama, Mohd Asri berkata, beberapa orang awam mendakwa ada melihat sendiri dan mendengar haiwan itu mengaum di kawasan sekitar chalet milik seorang pemp

Pembaikan cerun, Jalan Batang Kali-Genting Highlands bermula Ogos, siap Mac 2024

Image
Pembaikan cerun, Jalan Batang Kali-Genting Highlands bermula Ogos, siap Mac 2024  BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166515 Kerja-kerja fizikal pembaikan cerun dan jalan di laluan Batang Kali-Genting Highlands akan bermula akhir Ogos ini dan dijangka siap pada Mac tahun depan. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Izham Hashim berkata setakat ini kemajuan projek pembaikan berkenaan berjalan lancar sebelum kerja-kerja secara fizikal bermula. "Selepas kejadian itu (tragedi tanah runtuh), kami terus buat kajian dengan konsultan dan cadangkan langkah-langkah penyelesaian kepada cerun yang runtuh. Projek ini telah diluluskan pada Mei 2023 dan kami telah buat lantikan (kontraktor) serta dijangka siap Mac 2024. "Kerja-kerja pembaikan adalah secara reka dan bina. Kontraktor dalam fasa akhir untuk muktamadkan reka bentuk 'TerraLink wall system'. Kerja-kerja pembaikan fizikal dijangka bermula pada

Operasi pencarian Ahmad Ammar diperluas ke Sungai Selangor

Image
Operasi pencarian Ahmad Ammar diperluas ke Sungai Selangor BACA seterusnya: https://pakdin.my/166389 HULU SELANGOR: Kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang di Sungai Desa Alam Ria, Batang Kali, di sini semalam dipercayai mahu mengambil seliparnya yang terjatuh. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata pihaknya menerima laporan membabitkan mangsa berusia tujuh tahun itu jam 7.45 malam semalam (5/7/2023). "Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjun ke dalam sungai untuk mengambil seliparnya. "Bagaimanapun, dia kemudian dibawa arus deras ketika itu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Ahmad Faizal berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dari pelbagai agensi penyelamat diaktifkan untuk mengesan mangsa. "Operasi pada hari pertama dihentikan jam 11.45 malam disebabkan keadaan cuaca yang gelap dan arus sungai yang tidak menentu. "SAR disambung semula jam 9.25 pagi tadi," katanya. Semalam, media melaporkan Ahm

[VIDEO] Kerusi Batang Kali diisytihar kosong - Speaker DUN Selangor

Image
[VIDEO] Kerusi Batang Kali diisytihar kosong - Speaker DUN Selangor BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162490 Kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali hari ini diisytiharkan kosong berkuatkuasa 28 Jan, ekoran penyandangnya Harumaini Omar (Pejuang) tidak hadir ke sidang DUN Selangor melebihi tempoh enam bulan. Speaker DUN Selangor Ng Suee Lim berkata pengisytiharan itu, dilakukan mengikut peruntukan di bawah Perkara LXIX Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. “Ahli Undangan Dewan Negeri (ADUN) Batang Kali, Yang Berhormat (YB) Harumaini Omar didapati tidak hadir tanpa kebenaran tuan speaker pada keseluruhan Persidangan Dewan dari 23 hingga 30 Nov 2022, 1 hingga 2 Dis 2022 dan 5 hingga 6 Dis 2022,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini. Tambahnya tiada rekod dalam Pejabat DUN Selangor dan Pejabat Speaker yang menunjukkan bahawa, Harumaini telah memohon kebenaran daripada speaker untuk tidak hadir pada Persidangan Dewan untuk tempoh berkenaan. “Berdasarkan reko

[VIDEO] Mayat mangsa terakhir ditemui dalam beg tidur, mula mereput

Image
[VIDEO] Mayat mangsa terakhir ditemui dalam beg tidur, mula mereput BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161259 HULU SELANGOR – Penemuan gulungan beg tidur di tebing Sektor A (Hillview) membawa penemuan mayat kanak-kanak lelaki yang juga mangsa terakhir kejadian tanah runtuh Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali-Genting Highlands, di sini, hari ini. Timbalan Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, salah seorang pegawai kanan bomba ketika itu mendapati terdapat pergerakan cecair keluar dari tebing bukit itu. Katanya, penemuan tersebut membuatkan pegawai itu merasakan sesuatu yang ganjil sebelum menggerakkan sepasukan anggota SAR untuk menggali di sekitar tebing itu. “Hasil tindakan itu, pegawai tersebut menemui segulung beg tidur mempunyai satu mayat kanak-kanak di dalamnya yang berada empat meter dari lereng Sektor A dan kedalaman 1.5 meter. “Secara keseluruhannya, Mayat ditemui di Sektor A seramai 20 orang diikuti Sektor B (Farmview) 1 mangsa Manakala Sektor C

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

Image
[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali BACA seterusnya  https://pakdin.my/161101/ SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 4.36 petang. Sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikerahkan ke lokasi kejadian. BACA juga:  Arkib: Kepala Air - https://pakdin.my/tag/kepala-air/ Kepala air: 11 mangsa termasuk bayi terkandas di Sungai Pinang, Batang Kali - https://pakdin.my/151438/ Beliau berkata, laporan awal mendapati mangsa merupakan sebuah keluarga yang terdiri daripada empat kanak-kanak lelaki, dua kanak-kanak perempuan, dua lelaki dewasa dan dua wanita dewasa. https://www.instagram.com/p/ClgxwLJD2d-/ “Kesemua mangsa berjaya diselamatkan pada pukul 8.21 malam ini,” katanya dalam satu kenyat

Kesian bomba Hulu Selangor ulang alik ke sungai

Image
HULU SELANGOR: Tidak sampai 24 jam seorang pemuda mati lemas, seorang lagi lelaki cedera parah selepas terjatuh di atas batu ketika mandi di tebing Sungai Kedondong, Jalan Batang Kali, di sini, tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.45 petang. Beliau berkata, sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke tempat kejadian. "Setibanya di lokasi, didapati mangsa berusia 53 tahun jatuh terhempas di atas batu di tebing sungai semasa mandi. "Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan dalaman pada bahu namun dilaporkan stabil," katanya semalam. Norazam berkata, mangsa kemudian dibawa ke tempat selamat dan diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut. Berita sebelumnya: Remaja dikhuatiri lemas selepas selamatkan rakan terjatuh dalam sungai di Pertak https://pakdin.my/remaja-dikhuatiri-lemas-selepas-selamatkan-r