Posts

Showing posts with the label New Jersey

▶️ Imam masjid New Jersey mati ditembak

Image
▶️ Imam masjid New Jersey mati ditembak https://pakdin.my/174804/ TRENTON, NEW JERSEY – Polis masih mengesan seorang lelaki bersenjata yang menembak seorang imam di luar sebuah masjid dalam kejadian di negeri New Jersey, lapor saluran berita NBC News. Pengarah Keselamatan Awam Newark, Fritz Frage berkata, kes tembakan itu berlaku sekitar pukul 6.15 pagi (waktu tempatan) di South Orange Avenue and Camden Street semalam 3 Januari 2023. Mangsa yang dikenali sebagai Hassan Sharif, kemudian dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal. Dia meninggal dunia akibat kecederaan sekitar pukul 2.20 petang (waktu tempatan) pada hari yang  sama. Suspek yang memakai pakaian serba hitam dilihat melarikan diri dari lokasi kejadian. Tiada butiran lain mengenai suspek ditemui oleh pihak berkuasa.  Pemangku Pendakwa Raya Daerah Essex, Theodore Stephens bagaimanapun memaklumkan bahawa Sharif telah ditembak lebih daripada sekali. “Ketika insiden berat sebelah terhadap orang Islam melonjak, keganasan senjat