Posts

Showing posts with the label PRN-2023

PRN Pulau Pinang: Pengagihan kerusi PH-BN 95 peratus selesai

Image
PRN Pulau Pinang: Pengagihan kerusi PH-BN 95 peratus selesai BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165669 Pengagihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang, sudah 95 peratus selesai. Pengerusi PH Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata rundingan yang telah berlangsung sejak bulan lepas, berjalan lancar dan masih terdapat beberapa kerusi belum diputuskan kerana ada pertindihan kerusi. “Rundingan bagi pengagihan kerusi sudah pun 95 peratus selesai dan ada beberapa kerusi lagi yang terdapat pertindihan permintaan bagi kerusi tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan  Interactive Edutainment Programme di Hospital Gleneagles di sini hari ini. Chow yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata PH-BN akan mengadakan mesyuarat ketiga pengagihan kerusi PRN di Kuala Lumpur, esok. VIDEO berkaitan: “Saya percaya esok merupakan rundingan ketiga dan terakhir...kalau tiada keputusan, kita mungkin perlu serah kepad...

PRN: PH, BN Selangor selesai runding agihan 49 kerusi DUN

Image
PRN: PH, BN Selangor selesai runding agihan 49 kerusi DUN BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165659 Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Selangor sudah selesai berunding dan menyepakati agihan 49 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan dipertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) itu tidak lama lagi. Pengerusi PH Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, yang juga Menteri Besar Selangor, berkata agihan tujuh lagi kerusi masih dalam rundingan dan menjangkakan proses itu dapat diselesaikan selewat-lewatnya menjelang pembubaran DUN. “Maknanya saya boleh cakap sudah 83 peratus (agihan kerusi DUN) selesai pada tahap ini. Ia perkembangan besar selepas hanya dua kali pertemuan di peringkat negeri. “Jadi (perbincangan) yang seterusnya akan dilaksanakan dalam minggu depan dan saya percaya kita akan mendapat kata putus,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor 2021-2022 di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz di sini hari ini. VIDEO berkaitan...