Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu
Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu BACA seterusnya: https://pakdin.my/160401 HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam kejadian di sebuah sekolah menengah dekat Bukit Sentosa di sini, semalam. Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, wanita yang menjadi mangsa adalah guru disiplin berusia 52 tahun yang ketika itu sedang membuat rondaan. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin, berkata guru wanita terbabit menerima laporan daripada seorang guru berhubung pelajar lelaki berusia 15 tahun berambut panjang. Beliau berkata, susulan itu mangsa kemudian bertindak menggunting rambut pelajar lelaki terbabit. "Bagaimanapun, pelajar lelaki itu marah dan mengugut mahu membunuh mangsa dan memukul guru itu menggunakan batang penyapu. "Akibat pukulan itu, mangsa cedera di mata kirinya," katan