Posts

Showing posts with the label Marin

SR Marine meterai MoU bina kapal saiz sederhana bersama Teroka Majubina

Image
SR Marine meterai MoU bina kapal saiz sederhana bersama Teroka Majubina https://pakdin.my/174947/ SR Marine Services Sdn. Bhd. hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menyediakan perkhidmatan marin lengkap kepada Teroka Majubina Sdn. Bhd., merangkumi peruntukan untuk pembinaan kapal saiz sederhana bagi pasaran Malaysia dan Asia Tenggara. MoU berkenaan merupakan sebahagian daripada skop perniagaan Teroka Majubina yang akan membangunkan Kompleks Limbungan Kapal Hibrid yang bakal dibina di Tanjung Agas, Pekan, Pahang. Pengerusi Teroka Majubina, Datuk Mohd. Isa Abu Kasim menyifatkan pemeteraian kerjasama tersebut sebagai satu kemajuan penting dalam merealisasikan dan menjayakan objektif pembangunan Kompleks Kapal Hibrid di Pekan. “Sejak MoU pembinaan Kompleks Hibrid ditandatangani tiga bulan lalu, Teroka Majubina telah mencapai beberapa fasa kemajuan dan MoU hari ini membantu melengkapkan misi besar Teroka Majubina. “Kerjasama untuk membina kapal saiz sederhana untuk kegunaan...

Nahas pesawat, tiga anggota marin AS ditemukan

Image
Nahas pesawat, tiga anggota marin AS ditemukan BACA seterusnya di: pakdin.my/167075 DARWIN - Pegawai tentera AS pada Selasa memaklumkan tiga anggota marin yang terbunuh dalam nahas pesawat di utara Australia telah ditemukan dan penyiasat masih cuba mencari petunjuk mengenai punca kejadian. Koperal Spencer Collart, 21, Kapten Eleanor LeBeau, 29, dan Mejar Tobin Lewis, 37, adalah antara 23 anggota marin dalam pesawat Boeing MV-22B Osprey apabila ia terhempas di Pulau Melville, utara Darwin pada pagi Ahad semasa latihan ketenteraan. Collart, dari Virginia, adalah ketua kru Osprey, LeBeau, dari Illinois, adalah juruterbang pesawat, dan Tobin, dari Colorado, adalah pegawai eksekutif. Kesemua mereka ditempatkan di Darwin. Tiga lagi anggota marin masih berada di Hospital Diraja Darwin, seorang daripada mereka dalam keadaan kritikal, manakala 17 lagi hanya mengalami kecederaan ringan dan telah dibenarkan keluar. Kolonel Brendan Sullivan, pegawai pemerintah Marin di Darwin, berkata ketiga-tiga ...