PRN: Peranan media sosial dan masa depan rakyat Malaysia
PRN: Peranan media sosial dan masa depan rakyat Malaysia BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166448 TANGGAL 12 Ogos 2023 bakal menentukan nasib ahli politik di enam negeri. Melihat kepada apa yang berlaku sewaktu pilihan raya umum tahun lalu, antara faktor utama yang memainkan peranan penting menentukan kemenangan parti politik seperti Pas banyak dipengaruhi oleh media sosial. Penggunaan media sosial yang meluas serta capaian kepada semua pihak masyarakat menyebabkan maklumat disampaikan lebih cepat dan tersebar dengan pantas. Landskap politik negara mutakhir ini banyak dipengaruhi oleh media sosial seperti TikTok dan Twitter. Keadaan ini tidaklah bermakna ia negatif semata-mata. Ada banyak manfaat yang boleh dijana dari medium ini sekiranya digunakan dengan betul. Terkini, hampir semua ahli politik menggunakan medium TikTok untuk menyampaikan idea serta meraih undi. Memandangkan sejumlah besar iaitu sebanyak 28.9 peratus atau hampir 2.8 juta pengundi terdiri daripada golongan belia ...