Posts

Showing posts with the label KTM

KTM Kulai- JB: Tren lama tapi tambang 3 kali lebih mahal dari komuter Lembah Klang

Image
Eksklusif Untuk Bangsa Johor: Nikmati Pengalaman 'Vintage' KTM Dengan Harga Kayangan ​Berita baik untuk seluruh warga Johor! Akhirnya, sistem pengangkutan awam kita diangkat ke satu "tahap yang lebih berprestij". Kalau orang Lembah Klang dan Seremban asyik disajikan dengan tren komuter serba baharu, moden, dan membosankan, kerajaan nampaknya ada perancangan yang jauh lebih "istimewa" dan berjiwa klasik untuk Bangsa Johor laluan Kulai - JB. ​Berikut adalah beberapa "keistimewaan" Komuter Johor yang patut kita raikan bersama: ​1. Pengalaman Menaiki Gerabak 'Bersejarah' ​Kita patut berterima kasih kepada Kementerian Pengangkutan dan YB Anthony Loke . Mereka sangat memahami bahawa jiwa warga Johor ini penuh dengan apresiasi terhadap nilai sejarah dan nostalgia. Sebab itulah kita tidak dipinggirkan daripada merasai pengalaman menaiki tren berusia 24 hingga 36 tahun. ​Bayangkan, tren komuter yang dihantar ke Johor ini sudah cukup umur untuk ...

Kereta api harian bermula antara sempadan Malaysia dan Bangkok

Image
Kereta api harian bermula antara sempadan Malaysia dan Bangkok BACA seterusnya di:  https://pakdin.my/160535/ State Railway of Thailand (SRT) memperkenalkan dua lagi tren di laluan Bangkok-Padang Besar dan begitu juga sebaliknya bermula Khamis (11 Ogos) bagi memudahkan pelancong yang ingin melawat Malaysia. Jadual tren adalah seperti berikut: 1. Tren Ekspres 45, bertolak dari Bangkok pada 3.10 petang dan tiba di Padang Besar pada 9.50 pagi (waktu Thailand). 2. Tren Ekspres 46, bertolak dari Padang Besar pada 5.06 petang (waktu Thailand) dan tiba di Bangkok pada 12.45 pagi. Pengarah Pusat Perhubungan Awam SRT Ekarat Sriarayanphong berkata langkah itu bertujuan mempromosikan pelancongan di wilayah selatan dan menarik pelancong dari Malaysia selepas Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 melonggarkan sekatan perjalanan di sempadan Thailand-Malaysia. Ekarat berkata dengan penambahan dua tren itu, SRT kini mengendalikan sejumlah 200 tren setiap hari – 36 di laluan utara, 46 di timur laut, 5...