Posts

Showing posts with the label Twitter

Pembantu kedai didenda RM14,000 buat, mulakan kandungan video lucah

Image
  SEPANG -- Seorang pembantu kedai pakaian didenda RM14,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu video yang bersifat lucah menerusi akaun Twitter miliknya, tiga tahun lepas. Hakim Ahmad Fuad Othman menjatuhkan hukuman denda RM7,000 bagi setiap pertuduhan terhadap Siti Amiza Baharuddin, 28, selepas dia mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah. Mahkamah turut memerintahkan wanita itu dipenjara enam bulan bagi setiap pertuduhan, jika gagal membayar denda. Sebelum menjatuhkan hukuman hakim menasihati Siti Amiza agar insaf dengan perbuatannya dan menjadikan ia sebagai pengajaran. "Orang Kena Saman melakukan komunikasi untuk tujuan komersial namun cara kamu buat sifatnya tidak kena dengan kesopanan masyarakat kita. "Jadi undang-undang dirangka sebegitu rupa untuk memelihara moral masyarakat kita dan supaya jangan ada komunikasi seperti ini," katanya. Terdahulu,...

Edisi Siasat kembali di Twitter, guna ‘handle’ baharu, @My_Siasat

Image
Edisi Siasat kembali di Twitter, guna ‘handle’ baharu, @My_Siasat Baca seterusnya di:  Akaun Twitter “pemberi maklumat”, Edisi Siasat, kini kembali dengan menggunakan ‘handle’ terbaharu, @My_Siasat. “Assalamualaikum, Edisi Siasat is back (Edisi Siasat kembali)!! Rindu ES (Edisi Siasat) atau rindu pembongkaran ES?” kata ciapan berkenaan. Pada 21 Feb, akaun Edisi Siasat, yang baru-baru ini menukar namanya kepada Edisi Khas, digantung sehari selepas membuat dakwaan berhubung kes dadah membabitkan anak lelaki kepada taikun Vincent Tan, yang kesnya diklasifikasikan sebagai ‘tiada tindakan lanjut’ (NFA) oleh bekas Peguam Negara Tommy Thomas. Dalam beberapa hantaran disiarkan dalam saluran Telegramnya, Edisi Siasat, mendakwa penggantungan akaun mempunyai kaitan dengan pendedahan akaun itu berhubung pembabitan anak lelaki Tan. Katanya, ia adalah kali kedua akaun terbabit digantung, selain melontarkan soalan kepada pengikutnya sama ada ada keperluan mewujudkan satu lagi profail Twitter atau...