Posts

Showing posts with the label Pasar Keramat

[Video] Pasar Dato Keramat terbakar dalam kejadian kali kedua

Image
[Video] Pasar Dato Keramat terbakar dalam kejadian kali kedua Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159313   Kemusnahan akibat kebakaran pada jam 1:30 pagi di pasar berkenaan dianggarkan kira-kira 50 peratus. Turut membabitkan sebahagian rumah berhampiran yang dianggarkan musnah kira-kira 10 peratus. Kebakaran itu berjaya dikawal jam 2.11 pagi. Pasar Keramat di Kampung Dato Keramat, di sini, terbakar lagi, awal pagi tadi, selepas kejadian sama berlaku di kawasan berkenaan pada Mac tahun lalu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 1.30 pagi tadi. "Seramai 47 anggota bersama 14 jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keramat, BBP Jalan Hang Tuah, BBP Wangsa Maju, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Setapak dikejarkan ke lokasi kejadian. "Sebaik tiba, kami mendapati terdapat kebakaran lot kedai di pasar berkenaan dengan keadaan api sangat marak," katanya