Posts

Showing posts with the label Bukit Gambir

Bolehkah Muhyiddin bertahan dalam PRN Johor?

Image
Bolehkah Muhyiddin bertahan dalam PRN Johor? [Sumber: https://pakdin.my/?p=153605 ] Pemimpin Bersatu Muhyiddin Yassin mungkin berdepan situasi dan pilihan sukar jika pilihan raya negeri (PRN) Johor diadakan, menurut pakar. Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR) Azmi Hassan berkata, Umno mendesak PRN Johor diadakan ketika ini untuk menguji kekuatan dan sokongan Muhyiddin. “Salah satu sebab utama adalah untuk menamatkan riwayat Bersatu dan meletakkan Muhyiddin dalam kedudukan yang janggal ketika PRU15. “Sebab itu Umno mendesak pilihan raya negeri diadakan,” katanya kepada FMT. Azmi yang meramalkan bahawa PRN Johor boleh diadakan sejurus selepas Tahun Baharu Cina berkata, ia akan menguji sokongan akar umbi Muhyiddin di negeri paling selatan itu. “PRN Johor sama ada akan menenggelamkan atau memberi rangsangan politik kepada Muhyiddin. Kerjaya politiknya bergantung kepada PRN ini,” tambahnya. Muhyiddin, 75, adalah Menteri Besar Johor dari 1986 hingga 1995. Pada 2008, Ahl