Posts

Showing posts from February, 2022

[Video] #PRNJohor: Ahli politik ugut PDRM kini disiasat

Image
[Video] #PRNJohor: Ahli politik ugut PDRM kini disiasat  - baca selanjutnya di:  https://pakdin.my/155413 BATU PAHAT - Polis mengesahkan telah membuka kertas siasatan terhadap pemimpin pembangkang yang didakwa mengugut pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya mengesan klip video berdurasi 1 minit 22 saat itu tular di Facebook pada Isnin. “Dalam video tersebut, penceramah telah meminta melanjutkan tempoh masa berkempen, namun tidak dibenarkan. “Kemudian penceramah tersebut telah mengeluarkan ungkapan ‘Bila kita jadi kerajaan balik, korang tahulah nanti’ dalam bahasa Cina,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. Beliau berkata, siasatan awal mendapati ceramah yang diadakan di bilik gerakan sebuah parti di Yong Peng, Batu Pahat itu bermula jam 8.30 malam berakhir pada jam 10 malam. Tambahnya, ceramah berkenaan mempunyai permit polis dan tiada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) semasa pemanta

[Video] Penduduk cemas, dua PPS di Hulu Terengganu dinaiki air

Image
[Video] Penduduk cemas, dua PPS di Hulu Terengganu dinaiki air  Baca selanjutnya di:  https://pakdin.my/155382/ HULU TERENGGANU - Mangsa banjir yang terjejas di Kampung Lubuk Periuk dan Kampung Peneh, di sini cemas apabila dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) di situ dinaiki air awal pagi Ahad. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Lubuk Periuk, Abdul Rasek Ali berkata, PPS itu pada mulanya ditutup jam 1 tengah hari Sabtu kerana air di kediaman penduduk mula surut. Bagaimanapun, menurut beliau, penduduk terpaksa berpindah semula kerana kediaman mereka kembali dinaiki air. Menurutnya, PPS berkenaan sebelum ini menempatkan seramai 315 mangsa. "Air naik pada tengah malam menyebabkan lapan penduduk membabitkan empat keluarga berpindah di PPS itu tetapi malangnya turut dinaiki air pada jam 6.30 pagi Ahad. "Jumlah mangsa yang terlibat belum dapat dipastikan kerana kami masih membantu pasukan penyelamat memindahkan penduduk ke kawasan lebih tinggi,&q

[Video] 14 pemancing, empat kru selamat selepas terapung enam jam di laut

Image
[Video] 14 pemancing, empat kru selamat selepas terapung enam jam di laut  Baca selanjutnya di:  https://pakdin.my/155378 LANGKAWI: Seramai 14 pemancing dan empat kru berhadapan detik cemas apabila terapung selama hampir enam jam di laut selepas bot yang dinaiki mereka karam di kedudukan sekitar 9.4 batu nautika barat Pulau Beras Basah di pulau ini semalam. Bot yang dinaiki mangsa karam selepas air masuk ke dalam bot selepas papan di bahagian depan bot tersebut pecah kira-kira pukul 1.30 petang.  Dalam tempoh tersebut mereka yang memakai jaket keselamatan hanya berpaut pada  pelampung. Tekong bot Empayar Mahsuri, Baseri Aziz, 55, berkata, kejadian berlaku ketika cuaca buruk dengan ombak besar melebihi lima meter dan bot yang mereka naiki bergerak dalam kelajuan hanya 3 hingga 4 knot. Menurutnya, mereka ketika itu berada kira-kira 14 kilometer dari daratan. “Bot yang kami naiki karam selepas air masuk ke dalam bot apabila papan di bahagian depan bot pecah,” katanya ketika ditemui di Jet

[Video] JDT juara lagi, TMJ tak jadi bersara

Image
[Video] JDT juara lagi, TMJ tak jadi bersara - Baca selanjutnya di:  https://pakdin.my/155357 - ISKANDAR PUTERI, Johor: Johor Darul Ta'zim (JDT) mengekalkan Piala Sultan Haji Ahmad Shah buat kali kelima berturut-turut selepas menjinakkan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) 3-0 pada perlawanan Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi. Kemenangan itu tentunya melegakan skuad Harimau Selatan dan penyokong mereka kerana pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sudah pasti tidak akan bersara seperti diumumkan semalam. Tunku Ismail menerusi akaun Instagram miliknya semalam menyatakan hasrat untuk bersara daripada aktiviti bola sepak sekiranya skuad Harimau Selatan itu kecundang buat kali kedua kepada KL City FC pada perlawanan Sumbangsih malam tadi. JDT tewas 2-0 kepada skuad Bojan Hodak pada aksi final Piala Malaysia musim lalu. Dengan mengekalkan formasi 3-4-3 seperti pada aksi final Piala Malaysia musim lalu, skuad Harimau Selatan tampak menguasai perlawanan apabila

[Video] Bot karam di Langkawi: 14 pemancing, 4 kru diselamatkan bot nelayan

Image
[Video] Bot karam di Langkawi: 14 pemancing, 4 kru diselamatkan bot nelayan - baca selanjutnya di:  https://pakdin.my/155350 - LANGKAWI: Semua 14 pemancing dan empat kru yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki mereka dikhuatiri karam dipercayai dipukul ribut di sini, hari ini, dilaporkan selamat. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis memaklumkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih dalam usaha menyelamatkan semua mangsa. "Kapal KM Tenggol dan Bot Penyelamat 5 milik Maritim Malaysia dalam perjalanan ke posisi bot nelayan yang dilaporkan menyelamatkan mangsa. "Kita masih dalam usaha menyelamat," katanya melalui kenyataan, sebentar tadi. Media sebelum ini melaporkan dalam kejadian 2 petang hari ini, bot terbabit dikhuatiri karam pada kedudukan 9.4 batu nautika Barat Pulau Beras Basah di sini dan dilaporkan membawa kumpulan pemancing dari Banting, Selangor dan Kuala Lumpur. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Mariti

#PRNJohor: Anwar kecewa dengan parti Muda

Image
#PRNJohor: Anwar kecewa dengan parti Muda - Baca selanjutnya di:  https://pakdin.my/155342 - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kecewa dengan parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) kerana meletakkan calon bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Larkin dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Menurutnya, Pakatan Harapan (PH) tidak ada masalah terhadap calon yang bertanding dalam PRN Johor tetapi masalah timbul di Dun Larkin membabitkan parti Muda. "Perkara ini akan diserahkan kepada rakyat untuk menilai daripada segi sokongan. "Kita memerlukan pembangkang yang kuat dan konsisten yang tidak boleh disogok atau dibeli, itu yang rakyat perlukan," katanya pada Program Santai Belia Malaysia di Pejabat Tanah dan Daerah Port Dickson, hari ini. Sementara itu, Anwar berkata, PH tidak meletakkan mana-mana calon sebagai calon Menteri Besar tetapi mahu memastikan kemenangan (PRN) dulu. "Perkara itu belum dibincangkan tetapi kita mahu menyelesa

Sebak dapat sertai semula Umno

Image
Sebak dapat sertai semula Umno  - Baca seterusnya di:  https://pakdin.my/155339 - LANGKAWI: Selepas empat tahun meninggalkan Umno, bekas Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid memohon untuk menyertai semula parti itu. Mohd Rawi menyerahkan borang keahlian kembali menyertai Umno kepada Setiausaha Umno Bahagian Langkawi, Nordin Ali di Auditorium Kompleks Kraf Langkawi di sini, petang ini. Turut menyertai semula Umno ialah bekas Naib Ketua Puteri Umno Bahagian Langkawi, Nur Aini Ahmad Ridzuan, bekas Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Padang Lalang, Abdul Razak Mohd Rafie dan Zainon Bidin. Mohd Rawi yang juga bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Langkawi kelihatan sebak sepanjang majlis pengumuman menyertai semula parti yang turut dihadiri kira-kira 50 ahli Umno. "Saya keluar (Umno) pada 20 Disember 2018 dan keputusan masuk semula dibuat pada 2019 selepas berjumpa dengan bekas Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak ketika beliau bercuti Aidilfitri di Langkawi. "Saya kemudi

[Video] 14 pemancing, 4 kru hilang, bot dikhuatiri karam di perairan Langkawi

Image
[Video] 14 pemancing, 4 kru hilang, bot dikhuatiri karam di perairan Langkawi - Baca seterusnya di:  https://pakdin.my/155335 - LANGKAWI: Sebuah bot membawa empat kru dan 14 pemancing dilaporkan hilang dan dikhuatiri karam dipercayai akibat dipukul ribut di kedudukan 9.4 baru nautika barat Pulau Beras Basah, dekat sini, hari ini. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, kejadian itu dipercayai berlaku jam 2 petang tadi. "Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) bagi mengesan sebuah bot dilaporkan hampir karam itu. "Bot KM Tenggol, Bot Perkasa 1225 dan Bot Penyelamat 5 telah diatur gerak bagi operasi Carilamat (SAR) sebaik menerima laporan daripada MRSC Langkawi," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Katanya, maklumat kejadian turut disalurkan kepada agensi sahabat termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis

#PRNJohor: Calon termuda bukan dari MUDA tapi dari BN

Image
#PRNJohor: Calon termuda bukan dari MUDA tapi dari BN -  https://pakdin.my/155322 - JOHOR BAHRU: Calon paling muda yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukanlah daripada kalangan calon parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). Kelly Chye Pei Yee, yang berusia 26 tahun adalah calon Barisan Nasional (BN), yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mengkibol. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, calon tertua pula ialah calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Bukit Permai iaitu Tosrin Jarvanthi, yang juga bekas EXCO Johor, berusia 71 tahun.

#PRNJohor: 239 calon rebut 56 kerusi

Image
#PRNJohor: 239 calon rebut 56 kerusi  - baca seterusnya di: pakdin.my/155315 - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan seramai 239 calon bertanding bagi merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri (PRN) Johor selepas tempoh penamaan calon ditutup 10 pagi tadi. Pengerusinya, Abdul Ghani Salleh berkata, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menjadi dua parti yang bertanding di semua 56 kerusi DUN. Sebanyak 10 parti dan 16 calon Bebas disahkan bertanding, membabitkan 202 calon lelaki dan 37 wanita.

SPRM beku aset, akaun bank bekas CEO Astro

Image
SPRM beku aset, akaun bank bekas CEO Astro - pakdin.my/155308 - Aset dan akaun bank milik bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ia berikutan siasatan oleh agensi berkenaan selepas bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner mendakwa diperas ugut dalam pembelian sebuah rumah di London menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Sumber SPRM memaklumkan perintah pembekuan dibuat mengikut Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLA 2001). "Perintah pembekuan itu sekali gus melarang Rohana daripada melakukan sebarang transaksi membabitkan rumah dan akaun bank miliknya di United Kingdom (UK). "Tindakan itu selepas SPRM memulakan siasatan terhadap dakwaan Leissner yang mendakwa diugut untuk membelikan sebuah rumah bernilai AS$10 juta (RM42 juta) di London," kata sumber SPRM. Terdahulu, media melaporkan SPRM mengambil keter

[Video] Besut dan Dungun pula dilanda banjir

Image
[Video] Besut dan Dungun pula dilanda banjir [ pakdin.my/155299 ] Kuala Terengganu: Besut dan Dungun menjadi daerah terbaru terjejas akibat banjir yang melanda Terengganu sejak pagi tadi. Ia susulan pembukaan empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Besut dan dua di Dungun. Setakat jam 10 malam tadi, seramai 1,533 mangsa daripada 432 mangsa ditempatkan di 30 PPS. Kesemua mangsa terdiri daripada penduduk di daerah Kemaman, Setiu, Hulu Terengganu, Besut dan Dungun. Ia menunjukkan penambahan mangsa berbanding hanya 828 orang dipindahkan ke 13 PPS di tiga daerah di Kemaman, Setiu dan Hulu Terengganu. Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, Kemaman merekodkan jumlah mangsa tertinggi apabila seramai 847 mangsa daripada 242 keluarga ditempatkan 15 PPS. PPS di Dewan Orang Kampung Teladas mencatatkan jumlah perpindahan tertinggi apabila seramai 213 mangsa daripada 63 keluarga berada di PPS berkenaan. Jumlah mangsa di Setiu turut meningkat kepada sera

[Video] Penduduk bimbang paras Sungai Golok meningkat

Image
[Video] Penduduk bimbang paras Sungai Golok meningkat [  https://pakdin.my/155290  ] Penduduk di tebing Sungai Golok mula bimbang apabila paras air mula menunjukkan peningkatan selain hujan tanpa henti sejak malam tadi. Tinjauan di beberapa penempatan rendah seperti Kampung Tersang, Kampung Gual To'Deh dan Kampung Lubok Gong, di sini, mendapati kebanyakan sungai mula melimpah namun hanya beberapa rumah mula digenangi air separas 0.3 meter. Penduduk, Nashran Nasuha, 26, mengakui tidurnya terganggu malam tadi, susulan hujan 'luar biasa' lebat yang boleh membawa kepada banjir, tambahan pula kediamanya yang terletak hanya beberapa meter dari Sungai Golok. "Saya ingatkan musim tengkujuh sudah berlalu kerana agak lama kita mengalami cuaca panas, namun kini bertukar hujan semula. Jika diikutkan hujan lebat baru bermula malam tadi, tetapi paras air sungai dilihat naik dengan mendadak. "Bagaimanapun, saya berdoa semoga hujan tidak berlarutan kerana penat mengemas rumah yan

Edisi Siasat kembali di Twitter, guna ‘handle’ baharu, @My_Siasat

Image
Edisi Siasat kembali di Twitter, guna ‘handle’ baharu, @My_Siasat Baca seterusnya di:  Akaun Twitter “pemberi maklumat”, Edisi Siasat, kini kembali dengan menggunakan ‘handle’ terbaharu, @My_Siasat. “Assalamualaikum, Edisi Siasat is back (Edisi Siasat kembali)!! Rindu ES (Edisi Siasat) atau rindu pembongkaran ES?” kata ciapan berkenaan. Pada 21 Feb, akaun Edisi Siasat, yang baru-baru ini menukar namanya kepada Edisi Khas, digantung sehari selepas membuat dakwaan berhubung kes dadah membabitkan anak lelaki kepada taikun Vincent Tan, yang kesnya diklasifikasikan sebagai ‘tiada tindakan lanjut’ (NFA) oleh bekas Peguam Negara Tommy Thomas. Dalam beberapa hantaran disiarkan dalam saluran Telegramnya, Edisi Siasat, mendakwa penggantungan akaun mempunyai kaitan dengan pendedahan akaun itu berhubung pembabitan anak lelaki Tan. Katanya, ia adalah kali kedua akaun terbabit digantung, selain melontarkan soalan kepada pengikutnya sama ada ada keperluan mewujudkan satu lagi profail Twitter atau pla

AS senarai Malaysia antara negara ‘sangat berisiko tinggi’ untuk dilawati

Image
AS senarai Malaysia antara negara ‘sangat berisiko tinggi’ untuk dilawati Baca seterusnya di: pakdin.my/155237 Malaysia dimasukkan dalam senarai destinasi pelancongan “sangat berisiko tinggi” oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS). Negara yang diletakkan pada “Tahap 4: Risiko Sangat Tinggi Covid-19” dengan lebih 500 kes bagi setiap 100,000 penduduk direkodkan dalam tempoh 28 hari. Menurut laporan CNN, tiga negara lain turut dimasukkan dalam senarai Tahap 4 semalam, iaitu Bhutan, Brunei dan Iran. Malaysia di Tahap 3 minggu lalu. Malaysia mencatatkan 11,034 kes Covid-19 dua minggu lalu, tetapi jumlah itu terus meningkat sehingga mencecah 27,179 jangkitan hari ini. Setakat semalam, sebanyak 7,747 katil tidak kritikal Covid-19 di hospital dan pusat rawatan berisiko rendah digunakan atau 66% daripada keseluruhan kapasiti. Unit Rawatan Rapi (ICU) Covid-19 pula berada pada tahap 33% daripada keseluruhan kapasiti 836 katil. CDC memberi amaran kepada pelancong su

Suami bekas Gabenor Bank Negara Malaysia dirasuah untuk mendapat kelulusan "belum pernah terjadi sebelum ini" bagi pemindahan wang, Mahkamah AS diberitahu

Image
Suami bekas Gabenor Bank Negara Malaysia dirasuah untuk mendapat kelulusan "belum pernah terjadi sebelum ini" bagi pemindahan wang, Mahkamah AS diberitahu Baca seterusnya: pakdin.my/155229 Pindahan berbilion dolar telah diluluskan oleh bekas gabenor Zeti Akhtar Aziz untuk dibawa keluar Malaysia dengan segera. Saksi utama perbicaraan rasuah 1MDB di AS terhadap ahli bank Goldman Sachs Group Inc, Roger Ng dilaporkan memberi keterangan bahawa suami kepada bekas Gabenor Bank Pusat Malaysia (BNM) telah disogok untuk mendapatkan kelulusan pemindahan wang yang belum pernah berlaku sebelum ini. Saksi itu, Tim Leissner, yang merupakan bekas pengerusi operasi Asia Tenggara Goldman berkata Roger telah memberitahunya bahawa gabenor BNM ketika itu Zeti Akhtar Aziz telah meluluskan transaksi bernilai bilion dolar untuk dibawa keluar dari Malaysia. Leissner, 52 memberitahu demikian ketika disoal oleh Pendakwaraya Drew Rolle. Rolle: “Adakah anda pernah membincangkan isu di PetroSaudi dan 1MDB

Bekas pegawai bank Goldman Tim Leissner memberitahu mahkamah AS dia membeli rumah AS$10 juta di London untuk kekasih rakyat Malaysia dengan wang 1MDB

Image
Bekas pegawai bank Goldman Tim Leissner memberitahu mahkamah AS dia membeli rumah AS$10 juta di London untuk kekasih rakyat Malaysia dengan wang 1MDB Baca seterusnya di: pakdin.my/155219 Perbicaraan 1MDB yang sedang dijalankan terhadap bekas jurubank Malaysia Roger Ng di mahkamah persekutuan AS mendedahkan butiran yang menggemparkan dan sejauh mana wang yang diselewengkan yang mengalir keluar daripada firma pelaburan berdaulat Malaysia 1MDB. Dalam perbicaraan semalam, saksi utama pendakwaan Tim Leissner mengakui telah menggunakan wang yang diterima daripada 1MDB untuk membeli rumah AS$10 juta (RM41.8 juta) di London untuk kekasihnya dari Malaysia ketika itu Datuk Rohana Rozhan yang ketika itu merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Bhd, lapor Bloomberg. Leissner, bekas ketua operasi Asia Tenggara Goldman Sachs, memberitahu pendakwa raya AS Drew Rolle bahawa Rozana telah mengancam untuk mendedahkan penglibatannya dengan 1MDB. "Cik. Rozhan sangat kecewa kerana saya

Kes Keluarga Zeti: PDRM dan SPRM, tunggu apa lagi!

Image
Kes Keluarga Zeti: PDRM dan SPRM, tunggu apa lagi!  Baca seterusnya di pakdin.my/155213 Petikan transkrip rasmi mahkamah daripada perbicaraan Goldman Sach (GS) malam tadi di mana Time Leissner memberi keterangan. 1. Rupa-rupanya rasuah yang ditawarkan oleh GS kepada Najib adalah untuk mendapatkan pekerjaan untuk anak-anaknya di GS selepas Najib berkata GS akan menjadi tempat yang baik untuk anak-anaknya bekerja. Bagaimanapun perkara ini tidak pernah berlaku dan tiada seorang pun anak beliau pernah bekerja di GS. Juga tiada bukti sahih atau petunjuk daripada Tim Leissner bahawa Najib terlibat dalam merancang penipuan dengan GS atau Jho Low. 2. Tim Leissner berkata bahawa BNM memberikan kelulusan terpantas untuk AS$1 bilion daripada bon 1MDB RM5 bilion pertama yang dipindahkan kepada PetroSaudi dan Goodstar Jho Low kerana suami Zeti telah disogok. Dan memang benar bahawa suami Zeti dan syarikat anak-anak yang berpangkalan di Singapura menerima wang daripada Jho Low seminggu sebelum bon i

[Video] Lelaki OKU ditahan curi pakaian dalam pelajar universiti

Image
[Video] Lelaki OKU ditahan curi pakaian dalam pelajar universiti  Baca seterusnya di: pakdin.my/155206 KUALA NERUS: Polis menahan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) pendengaran selepas disyaki mencuri pakaian dalam pelajar sebuah universiti awam di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, suspek yang berusia 37 tahun itu ditahan di blok kediaman pelajar perempuan pada pukul 7 malam. Katanya, perbuatan suspek disedari penghuni asrama yang curiga melihatnya berlegar-legar di luar asrama sebelum memaklumkan kepada polis “Sepasukan polis segera ke lokasi dan menahan suspek yang masih berada di kawasan kolej kediaman itu. “Siasatan awal mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau dan kini direman empat hari hingga Jumaat,” katanya ketika dihubungi hari ini. Menurut Abdul Rahim, hasil ujian saringan air kencing suspek adalah negatif dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 serta Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana

[Video] Jamal Abdillah timang anak kelima pada usia 63 tahun

Image
[Video] Jamal Abdillah timang anak kelima pada usia 63 tahun  Baca seterusnya di: pakdin.my/155201 Hasrat Raja Pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah untuk menimang cahaya mata pada tarikh unik iaitu 22 Februari 2022 menjadi kenyataan apabila isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 2.27 petang sebentar tadi. Anak ketiga pasangan tersebut dilahirkan secara pembedahan di sebuah pusat perubatan dengan seberat 2.84 kilogram. Jamal, 63, Ketika dihubungi menzahirkan rasa syukur segala urusan dipermudahkan Allah SWT. “Alhamdulillah, sudah selesai urusan bersalin isteri saya. Terima kasih buat semua yang mendoakan. “Saya punya gementar dan cemas hinggakan waktu azankan bayi pun tersasul. Rasa macam tak percaya pada usia 63 tahun masih dikurniakan rezeki menimang cahaya mata sendiri,” katanya. Uniknya, anak ketiga pelantun lagu Gadis Melayu itu dilahirkan pada tarikh cantik dan mudah diingati. “Harapan dan impian saya anak ketiga saya akan dilahirkan pad

[Video] Gondola berpusing akibat angin kencang cetus suasana cemas

Image
[Video] Gondola berpusing akibat angin kencang cetus suasana cemas BACA seterusnya di:  https://pakdin.my/155196 KUALA LUMPUR: Kejadian sebuah gondola bersama beberapa pekerja terbuai dan berpusing-pusing beberapa minit akibat angin kencang di luar sebuah bangunan pencakar langit di Jalan Kamuning di sini, hari ini, mencemaskan orang ramai. Menerusi beberapa rakaman video kejadian itu yang tular, beberapa individu di dalam gondola itu dilihat cuba mengimbangkan diri dalam gondola yang berpusing-pusing dan turut menghentam struktur bangunan. Kejadian itu jelas mendatangkan cemas kepada orang ramai yang melihat kejadian sebelum kedengaran suara perakam meminta pasukan bomba dihubungi untuk membantu mangsa. Dalam pada itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menggerakkan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan MERS999 pada jam 3.56 petang. Bagaimanapun, sebaik pasukan bomba

[Video] Grand Livina sudah ditemui, polis giat kesan suspek sebabkan kemalangan maut, samun di LPT2

Image
[Video] Grand Livina sudah ditemui, polis giat kesan suspek sebabkan kemalangan maut, samun di LPT2  BACA seterusnya di:  https://pakdin.my/155191 SEBUAH Nissan Grand Livina yang dibawa lari dua suspek kemalangan maut di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT) semalam ditemui ditinggalkan di kawasan letak kereta Kolej Komuniti Kuantan, tengah malam tadi. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kenderaan pelbagai guna itu ditemui kira-kira pukul 12.20 tengah malam tadi. Katanya, pihak polis juga sudah berjaya mengenal pasti identiti kedua-dua suspek dan yakin dapat membuat tangkapan dalam masa terdekat. “Kedua-dua suspek berusia 20 dan 30-an itu adalah penduduk tempatan. Hasil semakan dilakukan, polis mendapati seorang daripada suspek itu mempunyai rekod jenayah lampau berhubung dengan kesalahan dadah,” katanya ketika dihubungi UtusanTV. Semalam polis Kemaman membuat hebahan bagi mengesan dua suspek lelaki yang terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 269, LPT2 pada p

[Video] Ikan bilis, sardin penuhi pantai

Image
[Video] Ikan bilis, sardin penuhi pantai  BACA seterusnya di:  https://pakdin.my/155187 SANTIAGO: Ribuan ikan bilis dan sardin ditemui mati tanpa diketahui puncanya di sebuah pantai di Coliumo, Biobio di Chile. Penemuan ribuan spesies ikan itu mengundang tanda tanya dalam kalangan penduduk tempatan. Pegawai alam sekitar kini sedang menyiasat punca sebenar fenomena pelik itu lapor media tempatan pada Sabtu. Difahamkan, pihak berkuasa akan menjalankan siasatan terhadap kualiti air di wilayah berkenaan. Beberapa foto yang dirakam pada Ahad menunjukkan pantai bertukar menjadi warna perak kerana dipenuhi bangkai ikan. Kerja pembersihan bangkai ikan juga kini sedang giat dijalankan.

[Video] Wanita rentung, terperangkap dalam rumah terbakar di Tambunan

Image
[Video] Wanita rentung, terperangkap dalam rumah terbakar di Tambunan  -  https://pakdin.my/155175 - TAMBUNAN - Seorang wanita rentung selepas terperangkap dalam kebakaran rumah di Kampung Tikolod, di sini, tengah malam Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, mangsa, Norhabibah Awang, 30, ditemukan rentung di ruang tamu selepas dipercayai terjatuh dari biliknya di tingkat atas. Bagaimanapun, sembilan lagi ahli keluarganya sempat menyelamatkan diri. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan, Desmond Micky @ Dominic berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 12.25 tengah malam. "Kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis kayu kekal dan terbakar 90 peratus. Operasi memadamkan kebakaran segera dilakukan menggunakan tangki jentera dan pili bomba terdekat. "Terdapat 10 penghuni di dalam rumah terbabit bagaimanapun seorang wanita dipercayai terperangkap sebelum mayatnya ditemui rentung di ruang tamu rumah berkenaan," katanya ketika d

[Video] Pemuda UMNO buat laporan, desak siasat kenyataan Muhyiddin

Image
[Video] Pemuda UMNO buat laporan, desak siasat kenyataan Muhyiddin  -  https://pakdin.my/155096 - Pemuda UMNO Bahagian Parit Sulong mendesak siasatan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilakukan berhubung kenyataannya mengenai situasi kewangan negara. Ketua pergerakan itu, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, maklumat kewangan negara adalah berkaitan maklumat sulit yang dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972. Beliau berkata, Muhyiddin bukan seorang daripada menteri Kabinet atau Perdana Menteri yang masih berkuat kuasa atau individu yang berhak dibekalkan dengan mana-mana maklumat sulit negara. “Tindakan dan kata-kata Muhyiddin kelihatan menjurus kepada ketidakpatuhan terhadap dokumen rasmi negara yang dipercayai ianya tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972. “Pemuda UMNO Parit Sulong mendesak satu siasatan dimulakan di bawah akta berkenaan untuk menyiasat kesahihan perkara tersebut. “Atau kemungkinan terdapat percubaan untuk melakukan apa-apa kesalah

[Video] Polis cari 2 lelaki sebabkan kemalangan maut dan samun di LPT2

Image
[Video] Polis cari 2 lelaki sebabkan kemalangan maut dan samun di LPT2  -  https://pakdin.my/155136 - POLIS Kemaman kini mengesan dua lelaki yang melarikan diri selepas terbabit dalam satu kemalangan maut di Kilometer 269, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), petang tadi. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan (gambar kecil) berkata, mangsa Zokafli Ahmad, 57, yang merupakan pesara Petronas maut di tempat kejadian akibat kecedaraan parah di kepala. Katanya, kejadian berlaku kira-kira pukul 1.15 petang, ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke Kerteh dari Kuantan telah dirempuh sebuah Perodua Myvi sebelum motosikal terbabas ke bahu jalan. “Mangsa tercampak ke dalam longkang dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan malam ini. Ujarnya, pemandu dan penumpang Myvi bagaimanapun bertindak melarikan diri menghala susur keluar Plaza Tol Cheneh. Tambahnya, saksi kejadian melihat kelibat kedua-dua suspek berhenti di tepi jalan susur lebuh raya da

[Video] 70 rumah di Melaka dilanda ribut

Image
[Video] 70 rumah di Melaka dilanda ribut -  https://pakdin.my/155129   - Melaka: "Ketika itu saya hanya mampu laungkan azan bagi menenangkan ahli keluarga yang ketakutan selepas bumbung rumah diterbangkan angin," kata Rahmat Alus, 51, antara mangsa yang terjejas akibat ribut di Kampung Belimbing Dalam. Kediaman, Rahmat antara 70 rumah di dua daerah di negeri ini yang terjejas ekoran cuaca hujan lebat dan ribut, lewat petang Isnin. Kawasan yang terjejas antaranya di Batu Berendam dan Krubong di daerah Melaka Tengah dan Durian Tunggal, Alor Gajah. Menurutnya, ketika kejadian dia bersama lima ahli keluarga termasuk ibu berusia 81 tahun dan anak saudaranya berada di rumah sebelum bumbung bahagian belakang dan bilik diterbangkan angin kira-kira 50 meter ke rumah jiran. "Sebaik bumbung diterbangkan angin kami sekeluarga terus bergegas keluar rumah dan berlindung di bahagian depan rumah sambil berpelukan. "Keadaan ketika itu amat cemas selain anak saudara menangis tidak he

[Video] Pemilik bengkel motosikal maut ditikam di Kerian

Image
[Video] Pemilik bengkel motosikal maut ditikam di Kerian   -  https://pakdin.my/155123 - PARIT BUNTAR – Seorang pemilik bengkel motosikal mati ditikam di hadapan premisnya di pekan Titi Serong dekat sini petang tadi. Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 2 petang dengan identiti mangsa dikenali sebagai sebagai Tan Hee Song, 43. Sumber memberitahu, suspek dipercayai ditikam menggunakan senjata tajam oleh seorang lelaki berusia 50an sebelum suspek lari meninggalkan tempat kejadian. “Difahamkan semasa kejadian isteri mangsa, Khor Chai Peng, 41, berada di Parit Buntar kerana membeli barang. “Anak mangsa yang juga pelajar sebuah sekolah menengah sedang makan tengah hari di bahagian belakang dalam kedai tersebut,” ujar sumber tersebut. Mangsa yang parah telah dikejarkan ke Hospital Parit Buntar tetapi disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan. Sementara itu, satu kenyataan akan dikeluarkan oleh pihak Ibu Pejabat Daerah Polis Kerian berhubung kejadian tersebut. 

#PRNJohor: 30% calon BN muka baharu, kata Hasni

Image
#PRNJohor: 30% calon BN muka baharu, kata Hasni -  https://pakdin.my/155117 - Barisan Nasional (BN) akan mengetengahkan sekurang-kurangnya 30% calon muka baharu pada pilihan raya negeri (PRN) Johor Mac ini. Pengerusi BN Johor, Hasni Mohammad berkata, pihaknya juga akan mengumumkan 56 calon bagi menghadapi pilihan raya itu Khamis ini. “Kita dah peringkat akhir muktamadkan calon untuk PRN Johor. Johor ada muka baharu yang ramai termasuk calon muda bawah 40 tahun. Oleh itu, sekurang-kurang 30% calon kita nanti akan menampilkan golongan muka baharu. “Saya yakin langkah menyenaraikan ramai calon muka baharu dan muda ini akan dapat perkuatkan peluang BN untuk berjaya pada PRN nanti. “Senarai penuh calon akan diumumkan pada 24 haribulan nanti (Khamis ini),” katanya menurut laporan Berita Harian. Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Penyumbang Sektor Agromakanan Negeri Johor 2022, di Johor Bahru, hari ini. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan

Pembelot UMNO sedang pasang jerat sekali lagi

Image
Pembelot UMNO sedang pasang jerat sekali lagi  -  https://pakdin.my/155113 -  Kisah segelintir penyokong UMNO berjaya diperdaya oleh mereka yang belot kepada perjuangan parti pada PRU-14 memang pahit untuk ditelan.  Mereka terpengaruh dengan dakyah dilemparkan oleh pembelot UMNO yang bersekongkol dengan musuh UMNO untuk menjatuhkan UMNO. Mereka terpesona dengan janji bulan bintang pembelot UMNO yang menawarkan lebih kesenangan andai musuh UMNO diberi undi dalam PRU berkenaan. Mereka terperangkap dengan naratif palsu pembelot UMNO konon mereka mahu mengalahkan UMNO adalah untuk selamatkan UMNO. Namun penyokong UMNO terbabit menyaksikan sendiri apa yang dilakukan oleh musuh dan si pembelot terhadap UMNO sejurus memegang kuasa. Betapa penghinaan dilemparkan keatas UMNO dan penyokongnya selepas berjaya memperdayakan segelintir penyokong UMNO untuk membantu kemenangan mereka.  Presiden UMNO didesak supaya membubarkan parti, manakala pemimpin yang enggan berpaling tadah serta akur kepada ug

[Video] Motif cemburu punca wanita maut dikelar

Image
[Video] Motif cemburu punca wanita maut dikelar -  https://pakdin.my/155087 - Cemburu dipercayai menjadi motif pembunuhan seorang wanita yang maut dikelar dalam kejadian pergaduhan di Serdang Perdana, Seri Kembangan, di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya menahan teman lelaki mangsa berusia 33 tahun pada jam 11.30 pagi, semalam. "Lelaki terbabit yang bekerja sebagai pemandu lori ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang selepas dia datang menyerah diri. "Hasil soal siasat dilakukan, lelaki berkenaan mengaku terbabit dalam kejadian itu. Motif pembunuhan itu dipercayai kerana cemburu. "Bagaimanapun, siasatan lanjut berhubung kes itu masih diteruskan," katanya dalam kenyataan, hari ini. Terdahulu, dilaporkan seorang pemilik kedai menjual peralatan rumah dan pejabat maut dikelar dalam kejadian pergaduhan di Serdang Perdana, kelmarin. Dalam kejadian jam 7 malam, wanita berusia 29 tahun itu ditemuk

Ambil ‘popcorn’, tunggu kisah pemimpin Umno dijaja, kata Zahid

Image
Ambil ‘popcorn’, tunggu kisah pemimpin Umno dijaja, kata Zahid -  https://pakdin.my/155084 - EPISOD BAHARU : MUSIM PILIHANRAYA Menjelang sahaja musim PRK atau PRN, akan keluarlah cerita, pemimpin UMNO bawa fail. Pemimpin UMNO buat rundingan. Pemimpin UMNO itu, pemimpin UMNO ini. Jika tidak ada pilihanraya, tidak keluar apa-apa cerita. Tiada fail, tiada rundingan. Sekali pun pada masa tersebut, si penjaja cerita memegang jawatan tertinggi dalam negara. Tetapi oleh kerana tidak ada pilihanraya – PRK atau PRN – maka semua cerita yang dikatakan itu seperti tidak perlu didedahkan. Dalam hal ini saya ingin menegaskan beberapa perkara. a) Saya tidak pernah pergi berjumpa dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin Ketika beliau menjadi Perdana Menteri untuk meminta tolong dilepaskan dari tuduhan mahkamah. Apatah lagi dengan membawa timbunan fail seperti yang didakwa dan minta untuk dilepaskan. b) Bagi membuktikan kebenaran ini, saya sanggup dan bersedia untuk melakukan sumpah laknat sebagai penafian kep

[Video] Tikam diri selepas bunuh bekas kekasih

Image
[Video] Tikam diri selepas bunuh bekas kekasih  -  https://pakdin.my/155071 - MELAKA - Seorang lelaki dipercayai menikam dirinya sendiri sehingga mati selepas membunuh bekas kekasihnya di sebuah rumah di Jalan Pegaga, Taman Merdeka, Batu Berendam di sini, pada Sabtu. Dalam kejadian jam 4 petang, mayat lelaki berusia 33 tahun dan wanita berusia 22 tahun itu ditemui tidak bernyawa dalam keadaan berlumuran darah akibat ditikam objek tajam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, pihaknya dihubungi orang awam yang memaklumkan perkara itu sebelum pasukan polis ke lokasi kejadian dan mendapati kedua-duanya telah meninggal dunia. "Mayat lelaki ditemui dalam bilik tidur dengan berlumuran darah dipercayai akibat tikaman sendiri. "Polis turut menemui pisau dipercayai senjata digunakan dalam kejadian itu," katanya ketika dihubungi pada Sabtu. Bagaimanapun beliau berkata, motif sebenar kejadian itu masih dalam siasatan pihak polis. Kata

[Video] Malaysia ke final BATC 2022

Image
  [Video] Malaysia ke final BATC 2022  -  https://pakdin.my/155061 - SKUAD lelaki negara mara ke final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 apabila menewaskan Korea Selatan 3-0 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam Mata ketiga yang juga merupakan mata kemenangan negara disumbangkan pemain perseorangan kedua, Ng Tze Yong yang menewaskan Kim Joo Wan 19-21, 21-16, 21-12. Walaupun tewas pada set pertama, Tze Yong mempamerkan aksi mantap pada dua set berikutnya bagi mencatatkan kemenangan buat skuad negara bagi menempah pertemuan dengan Indonesia dalam aksi final pada Ahad. Jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia meraih mata pertama negara apabila menewaskan Jeon Hyeok Jin 13-21, 21-13, 21-15. Kemenangan Zii Jia dilihat menyuntik semangat gandingan beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik apabila menyaksikan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu menewaskan gandingan Kim Sa-rang–Kim Won-ho, 21-14, 20-22, 21-19. “Sasaran kita memang untuk ke final dan semestin

Adik wanita ditemui mati di hotel di Johor mahu siasatan terperinci

Image
Adik wanita ditemui mati di hotel di Johor mahu siasatan terperinci  - https://pakdin.my/155057 - ADIK kepada seorang wanita kelahiran Sarawak yang ditemui mati di Skudai, Johor, kelmarin mahu pihak polis menjalankan siasatan menyeluruh bagi merungkai punca sebenar kematian kakaknya. Pelubau Chie, 20, berkata, kakaknya, Salvina Chie, 33, (gambar) yang bekerja sebagai pelayan ditemui mati di bilik sebuah hotel sekitar pukul 2 petang pada hari kejadian. “Sekiranya kes berkenaan mempunyai unsur jenayah, saya berharap pihak berkuasa dapat membawa individu bertanggungjawab ke muka pengadilan,” katanya ketika dihubungi hari ini. Pelubau berkata , dia tiba di Johor pada 15 Febuari lalu untuk mencari pekerjaan dan tidak menyangka akan menerima berita mengejutkan itu. “Setibanya di sana, polis meminta saya pergi ke Hospital Sultanah Aminah untuk membuat pengecaman mayat seorang wanita. Saya tiba di hospital kira-kira jam 3.55 petang dan mengesahkan bahawa mayat wanita itu adalah kakak kandung

Polis serbu premis jadi sarang pelacur

Image
Polis serbu premis jadi sarang pelacur  - [ https://pakdin.my/155053 ] Polis menyerbu sebuah premis di Taman Miharja, Cheras di sini yang menjalankan kegiatan pelacuran dengan menahan sembilan individu malam tadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, serbuan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada 8 malam hasil maklumat dan risikan. Menurutnya, pemeriksaan kemudian menahan dua lelaki sebagai penjaga dan tujuh wanita warga asing yang menjalankan kegiatan pelacuran. "Ketika pemeriksaan terdapat empat lelaki dipercayai untuk mendapatkan khidmat wanita terbabit. "Polis kemudian merampas sebuah telefon bimbit, 19 keping kondom, tuala, jadual kerja dan wang tunai RM90," katanya dalam kenyataan hari ini. Habibi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 372B/373 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta