Posts

Showing posts with the label Mahkamah Syariah

Kes khalwat jenayah syariah paling tinggi ke mahkamah Terengganu

Image
Kes khalwat jenayah syariah paling tinggi ke mahkamah Terengganu Selanjutnya:  https://pakdin.my/157433 - KUALA TERENGGANU: Sebanyak 1,395 kes jenayah syariah direkodkan di Terengganu dalam tempoh dua tahun bermula 2020. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, kesemua kes berkenaan sudah didakwa di Mahkamah Syariah mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001. Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 969 kes direkodkan pada 2020, manakala 426 kes, tahun lalu. "Kes khalwat merekodkan jumlah tertinggi dihadapkan ke Mahkamah Syariah iaitu 860 kes dengan 563 pada 2020, manakala tahun 2021 (297 kes). "Ia diikuti kesalahan kahwin bersalahan dengan bahagian dua undang-undang keluarga Islam iaitu 99 kes, yakni 72 kes (2020) dan 27 kes pada 2021. "Kesalahan persediaan persetubuhan luar nikah pula mencatatkan kes ketiga tertinggi iaitu 77 kes pada 2020, dan 20 kes tahun lalu," kat