Posts

Showing posts with the label Agong

🎦 Agong belanja Putera Albert II air cendol warung selepas lawatan ke Pusat Konservasi Harimau dan Gajah Kuala Gandah

Image
🎦 Agong belanja Putera Albert II air cendol warung  selepas lawatan ke Pusat Konservasi Harimau dan Gajah Kuala Gandah BACA seterusnya di https://pakdin.my/173864 `Selamba dan ‘sempoi’, demikian pandangan rakyat terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah apabila secara bersahaja menikmati cendol bersama Putera Monaco, Putera Albert II di sebuah gerai hari ini. Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkesempatan singgah menikmati minuman cendol bersama Yang Teramat Mulia Putera Monaco, Putera Albert II di gerai Cendol Lily, Lanchang, Pahang selepas tamat lawatan ke Pusat Konservasi Harimau Kebangsaan dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menunggang gajah sempena lawatan Putera Monaco, Putera Albert II ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan( PKGK ) Kuala Gandah, Lanchang hari ini. Al Sultan Abdullah menunggang gajah diberi nama Myainton Pian berus

[VIDEO] Senarai nama ahli jawatankuasa RCI siasat buku bekas Peguam Negara dikemuka kepada Agong

Image
[VIDEO] Senarai nama ahli jawatankuasa RCI siasat buku bekas Peguam Negara dikemuka kepada Agong BACA seterusnya di: pakdin.my/167375 - Senarai ahli dicadangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said akan diputuskan Jemaah Menteri. Jemaah Menteri bersetuju dengan cadangan penubuhan RCI mengenai dakwaan Thomas dalam bukunya, bertujuan mencari kebenaran dan mengemukakan syor kepada kerajaan untuk reformasi institusi perundangan negara. Buku tulisan bekas peguam negara itu dengan pelbagai kontroversi, menyebabkan kerajaan menubuhkan pasukan petugas khas, untuk menjalankan kajian awal ke atas pendedahan terkandung dalam buku tersebut. Zahid Hamidi berkata Kabinet akan memutuskan senarai ahli jawatankuasa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai dakwaan dalam buku memoir bekas peguam negara Tommy Thomas sebelum diserahkan untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong. Timbalan perdana menteri berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undan

[VIDEO] Tidak jawab panggilan polis, Datuk Seri Muhammad Sanusi ditahan awal pagi

Image
[VIDEO] Tidak jawab panggilan polis, Datuk Seri Muhammad Sanusi ditahan awal pagi KUALA LUMPUR - Mengenai penahanan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada pukul 3.00 pagi tadi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menyatakan, tindakan dibuat selepas Menteri Besar Kedah itu tidak menjawab panggilan telefon polis sejak petang semalam. Panggilan dibuat selepas polis menerima arahan berkaitan pertuduhan membabitkan Datuk Seri Muhammad Sanusi daripada Jabatan Peguam Negara semalam. Pihaknya turut menerima 58 laporan termasuk daripada Ahli Dewan DiRaja Selangor berhubung kenyataan Datuk Seri Muhammad Sanusi yang didakwa menyentuh isu 3R iaitu agama, raja dan kaum dalam ceramah politiknya.

MB Kedah didakwa berkaitan hasutan

Image
MB Kedah didakwa berkaitan hasutan  BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166542 SELAYANG - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan di Mahkamah Sesyen Selayang atas dua pertuduhan berasingan bawah Akta Hasutan 1948.  Beliau didakwa melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dan mempunyai kecenderungan membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja dan mempertikaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penubuhan Kerajaan Perpaduan.  Kedua-dua kesalahan didakwa dilakukan di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara, Kampung Bendahara, di sini, pukul 11.00 malam pada 11 Julai lalu.  Pengakuan tidak bersalah dibuat di hadapan Hakim Rajiiah Mat Zin yang mendengar kes pertuduhan pertama dan Hakim Osman Affendi Mohd Salleh bagi pertuduhan kedua. Pendakwaan dikendalikan Peguam Cara Negara, Datuk Ahmad Terriruddin Mohd Salleh manakala Muhammad Sanusi diwakili peguam Datuk Shaharudin Ali dan Wan Rohaimi

[VIDEO] Agong zahir sukacita, kesyukuran 30 rakyat Malaysia selamat tiba di tanah air

Image
Agong zahir sukacita, kesyukuran 30 rakyat Malaysia selamat tiba di tanah air BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163739 Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa sukacita dan syukur kerana 30 rakyat Malaysia diselamatkan dari Khartoum, ibu negara Sudan yang dilanda konflik, selamat tiba di tanah air semalam. Al-Sultan Abdullah menerusi akaun Facebook Istana Negara, turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia, khususnya pasukan operasi dari Malaysia dan di Sudan diketuai Duta Besar Malaysia ke Sudan (Mohamad Razdan Jamil), atas usaha dan kejayaan membawa pulang rakyat dengan segera demi keselamatan mereka. Penghargaan juga diberikan kepada pemimpin dan Kerajaan Arab Saudi dan Emeriah Arab Bersatu (UAE) atas bantuan yang diberikan dalam operasi berkenaan. Selain itu, Al-Sultan Abdullah tidak ketinggalan menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat dan masjid-masjid yang melakukan solat hajat dan doa selamat bagi kesel

Semua pihak digesa henti komen 'YANG TIDAK SEPATUTNYA' berhubung isu pengampunan Najib - Zahid

Image
Semua pihak digesa henti komen 'YANG TIDAK SEPATUTNYA' berhubung isu pengampunan Najib - Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163728 Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggesa semua pihak agar berhenti memberikan komen yang tidak sepatutnya berhubung isu pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. "Kita serahkan kuasa mutlak ini kepada Yang di-Pertuan Agong. Jadi ini adalah budi bicara baginda dan saya tidak mengalukan-alukan mana-mana pendapat daripada mana-mana pertubuhan apatah lagi parti-parti politik yang bersahabat dengan kita yang memberikan komen YANG TIDAK SEPATUTNYA," katanya. Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata demikian selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka UMNO Bahagian Pontian di Dewan Muafakat Kompleks Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pontian di Benut di sini. Beliau diminta mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad hari ini yang merayu agar permohonan pengampunan b

[VIDEO] Pengampunan kepada Najib budi bicara Agong - Azalina

Image
[VIDEO] Pengampunan kepada Najib budi bicara Agong - Azalina BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163410 Permohonan pengampunan diraja bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melibatkan aspek perundangan sebaliknya terletak sepenuhnya kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong. Ketua Penerangan UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ia merupakan kuasa Yang di-Pertuan Agong yang termaktub dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. “Tiada lagi aspek perundangan... dia punya prosedur perundangan sudah tidak ada, sekarang adalah budi bicara Agong, jadi kita pun tak boleh paksa-paksa…. biarlah Yang di-Pertuan Agong buat keputusan, atau mahu kaji... kita orang (UMNO) dah tak terlibat,” katanya. Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) berkata demikian ketika ditanya mengenai pandangan peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla bahawa UMNO tidak boleh memfailkan permohonan pengampunan bagi pihak Najib. Haniff sebelum ini dilapork

[VIDEO] MKT Mohon Ihsan Agong Pertimbang Pengampunan Penuh Buat Najib

Image
[VIDEO] MKT Mohon Ihsan Agong Pertimbang Pengampunan Penuh Buat Najib BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163289 Memohon mengadap bagi mempersembahkan warkah rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong beserta dengan memorandum yang ditanda-tangani oleh seluruh kepimpinan UMNO daripada 191 Bahagian. memohon ihsan Ke Bawah Duli Tuanku untuk mempertimbangkan pengampunan penuh buat Dato’ Sri Najib sebagaimana kuasa yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan MKT berdukacita dan mengetahui keresahan daripada ahli-ahli UMNO di akar umbi terhadap keputusan yang dilihat tidak adil. Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 7 April 2023 bersamaan 16 Ramadan 1444H mengadakan mesyuarat bulanannya hari ini telah membincangkan beberapa perkara berikut: 1. Keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menyemak semula sabitan dan hukuman penjara berhubung dengan kes SRC. 2. Majlis Kerja Tertinggi mengambil maklum kedukacitaan dan keresah

[VIDEO] Perikatan Nasional sombong tak dengar nasihat Agong

Image
[VIDEO] Perikatan Nasional sombong tak dengar nasihat Agong BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162514 Soalan diajukan oleh Putrajaya kepada Kota Melaka mengenai sentimen pengundi, kononnya apabila PH bergabung dengan BN maka ia seperti tidak menghormati semangat anti lompat parti.  First of all, aku cuma nak kata Radzi Jidin ni tak bijak. Nak fokus sentimen pengundi tapi sudahnya semangat anti lompat parti pulak jadi point. Pening betul mantan Menteri Pendidikan yang tak perform ni.  Bila kena bidas dengan jawapan padu dan simple, terkial-kial kata itu bukan maksud dia. Hampas!  Pertikaian Nasional ni lupa yang BN asalnya memang taknak gabung dan mahu jadi pembangkang saja tapi hormat pada saranan YDP Agong agar kerajaan dapat dibentuk.  Pertikaian Nasional sikit punya sombong especially Mahiaddin sendiri cakap dah sign tapi tulis tidak bersetuju bila YDP Agong cadangkan untuk wujudkan Kerajaan Perpaduan.  Nah! Sampai hari ni Pertikaian Nasional meroyan.. Kesian. #RakyatBijak #Lawan

[VIDEO] Dewan Rakyat bubar hari ini 10 Oktober 2022

Image
[VIDEO] Dewan Rakyat bubar hari ini 10 Oktober 2022 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160951 https://youtu.be/-CM6wWLle-U Selaras dengan Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, telah bertindak menurut budi bicara Baginda dengan memperkenankan permintaan saya, supaya Parlimen Ke- 14 dibubarkan pada hari ini, Isnin 10 Oktober 2022. Saya mengesyorkan Ketua-ketua Kerajaan Negeri kecuali Kerajaan Negeri Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor supaya mengambil tindakan sewajarnya, bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing- masing pada tarikh yang sama dengan Pilihan Raya Umum Peringkat Parlimen, meskipun beberapa buah negeri telah memutuskan untuk tidak membubarkan DUN masing- masing. Ia wajar dilaksanakan serentak bagi memastikan rakyat tidak terbeban, selain kelancaran proses demokrasi serta menjimatkan kos. Sementara itu, penetapan tarikh-tarikh hari penamaan calon, dan hari mengundi serta

Pembubaran Parlimen mungkin seawal esok - Sumber

Image
Pembubaran Parlimen mungkin seawal esok - Sumber BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160931/ Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, tengah hari tadi. Memetik laporan New Straits Times (NST), kunjungan Perdana Menteri itu bagaimanapun tidak dihidu media yang biasanya berkumpul di luar pintu utama istana. Ini kerana rata-rata media membuat liputan sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) sejak pagi tadi. Diifahamkan, Perdana Menteri menghadap untuk mendapat perkenan Seri Paduka Baginda berhubung pembubaran Parlimen. "Pembubaran Parlimen mungkin seawal esok," kata sumber. Difahamkan, Perdana Menteri akan menghantar Yang di-Pertuan Agong untuk lawatan khas ke United Kingdom yang bermula esok hingga 16 Oktober. Lawatan khas baginda dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria

Kuasa menghukum, pengampunan tidak wajar diguna sewenangnya – Agong

Image
Kuasa menghukum, pengampunan tidak wajar diguna sewenangnya – Agong BACA seterusnya di https://pakdin.my/160673/ Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kuasa menghukum dan memberi pengampunan tidak wajar digunakan sewenang-wenangnya kerana ianya bakal dipertanggungjawabkan kelak. Seri Paduka Baginda bertitah prinsip keadilan menurut Islam adalah menjunjung amanah Tuhan dan bukannya mewakili kuasa Tuhan. “Jika undang-undang tidak dilaksanakan secara konsisten dan adil nescaya keadilan tidak akan tercapai kerana falsafah di sebalik penggubalan sesuatu undang-undang itu telah ternoda. “Jika undang-undang tidak dilaksanakan secara konsisten akibatnya pihak yang lemah akan menjadi mangsa kepada pihak yang memiliki kuasa maka titik permulaan menghalalkan penindasan dan kezaliman akan berlaku dalam sesuatu sistem pemerintahan,” titah baginda pada Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Pahang di sini hari ini 5 September 2022. Menurut

[Video] ‘Sudah-sudahlah menipu, bukti semua ada’, Najib jawab dakwaan Muhyiddin

Image
  [Video] ‘Sudah-sudahlah menipu, bukti semua ada’, Najib jawab dakwaan Muhyiddin [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154594 ] Adakah dia khianat Pak Lah sebab 1MDB? Dia khianat Pak Lah, dia naik dari Naib presiden menjadi TImbalan presiden dan timbalan perdana menteri. Adakah dia khianat Mahathir dan PH sehingga kerajaan jatuh sebab 1MDB? Dia khianat Mahathir dan PH dan dia naik dari Menteri KDN menjadi Perdana Menteri. Adakah dia derhaka pada YDP Agong sebab 1MDB? Dia derhaka pada YDP Agong dengan melawan titah bahawa ordinan darurat perlu didebat dalam Dewan Rakyat dalam cubaan untuk mengelak kalah undi ordinan dan dia hilang jawatan sebagai Perdana Menteri.  Sehingga YDP Agong dua kali zahirkan amat duka cita hanya sebab dia mahu kekalkan jawatan PM. Track rekod dia ialah pengkhianat. Kalau dia nak kata gelarkan saya sebagai penjenayah sebab ianya bukan hak saya untuk sedekahkan RM42 juta dalam kes SRC, dipersilakan. Tapi perlu faham juga bahawa RM642 juta yang saya terima dari Kement

Agong tak perkenan kerajaan batal Ordinan Darurat, kata Istana Negara

Image
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan yang dibuat di Parlimen pada Isnin bahawa kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat walhal ia belum lagi diperkenan baginda, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin. Dalam kenyataan Fadil berkata, Agong menegaskan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan pada Isnin adalah tidak tepat dan mengelirukan ahli Dewan Rakyat. “Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dititahkan kepada Datuk Seri Takiyuddin Hassan selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) dan Tan Sri Idrus Harun, Peguam Negara semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Julai 2021 bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan telah tidak dilaksanakan,” katanya. Kenyataan itu menegaskan, Perkara 150 (2B