Posts

Showing posts with the label Nahas dan Bencana

[Video] Lima rumah kedai musnah terbakar di Jalan Beserah, Kuantan

Image
[Video] Lima rumah kedai musnah terbakar di Jalan Beserah, Kuantan Baca selanjutnya di:  https://pakdin.my/155657 KUANTAN: Lima rumah kedai musnah dalam kebakaran di Jalan Beserah, di sini, tengah malam tadi. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, bagaimanapun, kejadian itu tidak menyebabkan kehilangan nyawa dan kecederaan. Katanya, berdasarkan laporan, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM menerima panggilan kecemasan pada jam 12.47 tengah malam. "Seramai 24 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan, Indera Mahkota dan Gebeng bersama enam jentera terbabit dalam operasi pemadaman. "Operasi pemadaman membabitkan lima rumah kedai yang mengalami kemusnahan 100 peratus dan api berjaya dikawal pada jam 2.14 pagi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Beliau berkata, operasi ditamatkan jam 6.04 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

[Video] Lebih 50 rumah atas air di Kampung Landung Ayang terbakar

Image
[Video] Lebih 50 rumah atas air di Kampung Landung Ayang terbakar [Sumber: https://pakdin.my/?p=154863 ] KUDAT: Dianggarkan lebih 50 rumah atas air di Kampung Landung Ayang, di sini, musnah dalam kebakaran setakat jam 7 malam ini. Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan usaha memadamkan api sedang giat dijalankan. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.26 petang. Katanya, sepasukan 15 anggota dan pegawai bersama dua jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian. "Operasi memadam kebakaran dilakukan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat dengan dibantu pasukan BBP Kota Marudu. "Sehingga kini, usaha memadamkan api kebakaran sedang giat dijalankan dan api masih belum dapat dikawal ," katanya dalam kenyataan media, hari ini. Katanya, operasi pemadaman itu juga turut dijala

20 rumah setinggan di Kolombong, KK musnah terbakar

Image
 20 rumah setinggan di Kolombong, KK musnah terbakar [Sumber: https://pakdin.my/?p=153609 ] Kira-kira 20 rumah setinggan yang terletak berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa, Kolombong, Kota Kinabalu musnah dalam kebakaran pada awal pagi tadi. Dalam kejadian pada 4 pagi itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan, bagaimanapun seorang lelaki dilaporkan mengalami sesak nafas. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.10 pagi tadi. Katanya, sepasukan 28 anggota dan pegawai bersama tiga jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Penampang dan Kota Kinabalu dikerah ke lokasi kejadian. “Sebaik tiba di lokasi kejadian, kebakaran didapati membabitkan rumah setinggan berkeluasan 5,574 meter persegi. “Operasi pemadaman segera dijalankan bagi mengawal api daripada terus merebak ke sebahagian besar lagi rumah setinggan b

Remaja orang asli maut motosikal dirempuh bas

Image
  Remaja orang asli maut motosikal dirempuh bas [LINK:  https://pakdin.my/?p=153511 ] LIPIS- Seorang remaja orang asli maut manakala rakannya cedera selepas motosikal yang dinaiki mereka dilanggar sebuah bas ekspres di Kilometer 10, Jalan Sungai Koyan-Raub di sini pada petang Ahad. Dalam kemalangan kira-kira jam 3.25 petang itu, penunggang motosikal, Myhkel Ali, 18, dari Pos Sinderut di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng, John Kamarudin, 11, cedera pada kaki dan tangan. Pemandu bas berusia 36 tahun dan pemandu kedua, 27 tahun bersama 17 penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan. Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku ketika bas terbabit dalam perjalanan dari Kota Bharu menghala ke Kuala Lumpur manakala mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah di Pos Sinderut dari Sungai Koyan di sini. "Ketika tiba di lokasi kejadian, pemandu bas dipercayai gagal mengelak dan terlang

Kesian bomba Hulu Selangor ulang alik ke sungai

Image
HULU SELANGOR: Tidak sampai 24 jam seorang pemuda mati lemas, seorang lagi lelaki cedera parah selepas terjatuh di atas batu ketika mandi di tebing Sungai Kedondong, Jalan Batang Kali, di sini, tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.45 petang. Beliau berkata, sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke tempat kejadian. "Setibanya di lokasi, didapati mangsa berusia 53 tahun jatuh terhempas di atas batu di tebing sungai semasa mandi. "Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan dalaman pada bahu namun dilaporkan stabil," katanya semalam. Norazam berkata, mangsa kemudian dibawa ke tempat selamat dan diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut. Berita sebelumnya: Remaja dikhuatiri lemas selepas selamatkan rakan terjatuh dalam sungai di Pertak https://pakdin.my/remaja-dikhuatiri-lemas-selepas-selamatkan-r