Posts

Showing posts with the label Mualaf

Ceramah di media sosial tarik Siti Hawa peluk Islam

Image
Ceramah di media sosial tarik Siti Hawa peluk Islam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162815 Persepsi buruk terhadap Islam membuatkan seorang wanita Orang Asli keturunan Temiar ingin mengetahui kebenaran perkara tersebut dengan menonton ceramah-ceramah mengenai Islam di media sosial. Bagaimanapun, selepas menonton beberapa ceramah daripada penceramah bebas, hati Siti Hawa, 19, kata-kata indah penceramah berkenaan mengenai Islam menjentik pintu hatinya. "Saya tidak kenal mereka tetapi setiap kali muncul di media sosial, saya akan melihat dan menghayatinya," katanya ketika ditemui di Pondok Pengajian Islam (PPI) di Kok Lanas di sini pada Jumaat. PPI menempatkan anak-anak Orang Asli yang mendalami ilmu asas agama Islam. Siti Hawa berkata, kini antara pendakwah bebas yang diminatinya ialah Ebit Lew dan Prof Dr Abdul Somad Batubara. Menurut Siti Hawa, niatnya untuk memeluk Islam semakin kuat apabila dia bermimpi dibelit dan dipatuk ular besar. Tidak puas hati dengan mimpi yang